Lexis Hibiscus Port Dickson penuhi impian percutian.

Lexis Hibiscus Port Dickson penuhi impian percutian.

Lexis Hibiscus Port Dickson | Assalammualaikum & Salam 1Malaysia.

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke-5 untuk tahun 2018. Sepanjang beberapa bulan ni, Eca akui sendiri Eca tak banyak masa untuk diri sendiri. “Me Time” tu dah takdak makna, dengan tugas sebagai guru apatah lagi sebagai warden asrama. Bila terfikir cuti sekolah, rasa nak lari dari dunia pendidik..nak bercutiiiiiiiii sangat-sangat-sangat.

Masa tengah survey resort (google is my latest bestfriend for last few days tauu!), Eca tergoogle pula pasal Lexis Hibiscus Port Dickson. Tambah pula rakan facebook Eca update pasal percutian beliau sekeluarga kat Lexis Port Dickson baru-baru ni, tambahlah berkobar-kobar perasaan nak pergi bercuti kat Lexis Hibiscus Port Dikson.


Jom kita cuci mata pasal Lexis Hibiscus Port Dickson :



Pemandangan Lexis Hibiscus menunjukkan susun atur bilik penginapan diilhamkan daripada bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita. Mula dibuka pada tahun 2015, Lexis Hibiscus ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong luar malahan menjadi tumpuan rakyat Malaysia berikutan kemudahan yang disediakan amat menarikkk…Eca pun tertarik juga lebih-lebih aktiviti air yang disediakan adalah sesuai untuk semua golongan. So, takdak masalah kalau bercuti kat sini bersama seisi keluarga



Pemandangan waktu malam pun amat menyenangkan tau. Bagi Eca, kalau nak photoshoot kat sini untuk pre-wedding ataupun post-wedding takdak hal ah!...Sekali lah honeymoon gitu, kan?  eh eh, Eca macam dah hint something lak!



Kan dah cakap, cantik!!!!...Sebenarnya kan, kat Lexis Hibiscus ni terlalu banyak pilihan bilik antaranya ialah :
  
  • Executive Pool Villa
  •  Premium Pool Villa
  • Panorama Pool Villa (Sea View & Fountain View)
  • Sky Pool Villa
  • Royal Suite
  •  Imperial Suite
  •  Presidential Suite


Harga dan keluasan setiap bilik adalah berbeza. Eca pulak berkenan sangat dengan Sky Pool Villa yang berkeluasan 9sqm dan memberikan pemandangan laut yang menarik. Sky Pool Villa mempunyai dua katil bersaiz king selain terdapatnya kolam renang dan sauna peribadi di bahagian balkoni.




Walaupun bilik ini sangat AWESOME, takkan nak berkurung dalam bilik je kan, tak best lah pulak!. Apa kata kita berjalan sekeliling Lexis Hibiscus. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah :

1. Water Sport.
Untuk aktiviti air ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk semua peringkat. Kalau nak bawak anak-anak kecil bercuti, pasti percutian ini akan menjadi satu percutian yang akan mereka ingat sampai bila-bila. Apatah lagi, keselamatan ketika melakukan aktiviti amat dititikberatkan oleh pihak Lexis Hibiscus Port Dickson.

Kita sering mendengar aktiviti seperti Banana Boat, Jet Ski mahupun berkayak. Lexis Hibiscus turut menawarkan aktiviti sukan air seperti Airhead & Bandwagon.


Untuk aktiviti Airhead, bilangan penumpang di atas tube tersebut adalah antara 2 – 6 orang.


Untuk aktiviti Bandwagon, bilangan penumpang adalah antara 4 – 6 orang. Untuk kedua-dua aktiviti ini, harganya adalah sebanyak RM35/pax untuk 15minit permainan. Perbezaan untuk kedua-dua aktiviti hanyalah pada tube Bandwagon, terdapatnya “Backrest Tube” yang mana penumpang boleh memilih untuk berdiri. Excited pula Eca nak cuba!

Antara aktiviti lain :

2. LexSpa
Ramai yang tahu Eca suka berurutkan…percutian ke Lexis Hibiscus ini sangat berbaloi kerana terdapatnya LexSpa di dalam Lexis Hibiscus itu sendiri. Semakin menjadi-jadi tahap keinginan untuk bercuti kat sini. Ohya, harga untuk perkhidmatan spa disini amat berbaloi harganya.


Berbaloi tak harganya? Bagi Eca, sangat-sangat-sangat berbaloi tau!


..dan paling Eca tak sabar nak cuba di Lexis Hibiscus Port Dickson ialah



HIBISCUS WALK / HIBISCUS STALL

Kenapa Eca cakap tak sabar, sebab utama KEPELBAGAIAN PILIHAN MAKANAN MALAYSIA terdapat di gerai yang disediakan selain menikmati pemandangan di sana. Antaranya :

  • Penang Hawker
  •  Malay Delights
  •  Seafood Paradise
  •  Satay-Satay
  •  Indian Corner
  •  The Asian Wok
  •  Pelbagai pilihan menu minuman
  •  Serta pelbagai pilhan buah-buahan.


Means, selain daripada bermalam di dalam bilik yang sangat mewah dilengkapi dengan pemandangan menarik, pelbagai aktiviti kita boleh lakukan di Lexis Hibiscus Port Dickson. Tak sabar tau Eca nak merancang percutian ke sana (doakan tau murah rezeki Eca). So, if you want to find more on lexis hibiscus in port Dickson  you'll be excited like me. 


Oke guys, Eca nak sambung cuci mata pasal Lexis Hibiscus ni. Baru semangat gitu nak merancang percutian ke sana. Till next entry! =

Post a Comment

2 Comments

  1. Simply want to say your article is as surprising. The clearness to your publish is
    simply cool and i could assume you're knowledgeable in this subject.

    Fine together with your permission allow me to take hold of
    your RSS feed to keep updated with drawing close post. Thanks a million and please continue the enjoyable work.


    my blog post: Tin tuc noi that

    ReplyDelete
  2. Anonymous03 May, 2018

    Hello there, You've done a great job. I'll certainly digg it and personally recommend to my
    friends. I'm sure they'll be benefited from this site.

    Stop by my page; tin tuc game

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*