TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

11tahun terbinanya Blog Eca Dwinky Asha.

Assalammualaikum & Selamat PKP korang.

So, apa cer PKP korang? Mesti bosan kan, tapi dua minggu pertama ne..Eca happy sebab takyah kejar budak nak ber-pdpr. Kalau tak, jenuh tunggu pagi ke petang tuk budak siapkan tugasan. Selepas dua minggu ne, sambung lagi kejar budak. haha!

ohya, tuk pengetahuan korang....Eca dah berblog hampir 11tahun. Tak sangka betul dah 11tahun. Kiranya blog ne dah masuk Tahun 5 lah kan?...dah akil baligh kannn?...tapi tu lah, kesibukan melanda diriku (alasan je tuuuuu!).  

Entry pertama Eca, hanya ada dua baris. Like newbie sesangat awakkkkkk. Baca : Entry Pertama 

Disitulah bermula arena blogging Eca. Masa tu, ingat lagi Eca berada di Universiti Tun Abdul Razak. Menyewa sebuah rumah teres 3 bilik. Share bilik dengan BFF Eca, Arwah Rain dgn Patmah. Indahnya waktu remaja tu. Bermula dari entry pertama, muncullah beberapa entry selepas itu...eh bukan beberapa beratus, beribu..... Dari Entry keanak-anakan, ke entry giveaway, entry review buku, review makan, review drama/movie, advertotial segala. 

Berbloging ne bukan sahaja beri satu kepuasan menulis kepada Eca malah dapat menambah ilmu dan paling penting dapat ramai kenalan. Kat FB Eca je, separuh dari friendlist tu, memang rakan-rakan blogger. Ada yang sama-sama naik dan sama-sama tenggelam dek kesibukan masing-masing. Ada yang kenal dari zaman bujang ke anak lima tapi daku juga yang singleandavailable

dah 11 tahun berblogging ne, pernah juga sebenarnya terfikir untuk berhenti dan tutup blog. Tapi akhirnya Eca biarkan saja. Blog ini boleh jadi tempat Eca menyimpan kenangan dalam hidup. Berkongsi ilmu semestinya. Sejak 2017, dah jarang update. Kalau update pun, hampir semua advertorial/paid reviw/event review. Tahun 2020, pernah juga terfikir buat comeback semasa PKP, tapi masa itu, hanya beberapa entry sempat dipublish...yang lain duk dalam draft!. Semoga tahun 2021 ne, Eca rajin nak berkongsi cerita dengan korang semua kat blog. Doakan Eca ya! Banyak cerita nak share ne :) 

semoga bertemu di lain entry ya. Happy PKP and stay safe korang!

10 comments:

  1. Kita jalan2 Kat sini.

    ReplyDelete
  2. Wah otai ni..11 tahun dlm dunia blogger..keep it up ya terus berkongsi karya.

    ReplyDelete
  3. keep it up eca hehe aku pun baru jugak betul2 comeback taun lepas tupun kdg krik2 jugak tu kono haha

    btw stay safe n healthy ar

    ReplyDelete
  4. MOga terus maju jaya eca..keep bloging okay ^_^

    ReplyDelete
  5. Wahhh welcome back yer

    ReplyDelete
  6. Janganlah tutup Eca.. biar je..
    Lama tu dah 11 tahun.. Terus berblog tau Eca..

    ReplyDelete
  7. Wah, senior ni. Mohon tunjuk ajar ye sifu..saya budak baru belajar :D

    ReplyDelete
  8. Sama la rasanya blog dh masuk 12 tahun hehe. Syg nk tinggalkan bila dh lama. Stay safe

    ReplyDelete
  9. 11 tahun? lamanya...tahniah dan keep it up...

    ReplyDelete
  10. Selamat 11 tahun blog Eca. Teruskan menulis kalau ada masa :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*