Assalammualaikum & Selamat PKP korang.

So, apa cer PKP korang? Mesti bosan kan, tapi dua minggu pertama ne..Eca happy sebab takyah kejar budak nak ber-pdpr. Kalau tak, jenuh tunggu pagi ke petang tuk budak siapkan tugasan. Selepas dua minggu ne, sambung lagi kejar budak. haha!

ohya, tuk pengetahuan korang....Eca dah berblog hampir 11tahun. Tak sangka betul dah 11tahun. Kiranya blog ne dah masuk Tahun 5 lah kan?...dah akil baligh kannn?...tapi tu lah, kesibukan melanda diriku (alasan je tuuuuu!).  

Entry pertama Eca, hanya ada dua baris. Like newbie sesangat awakkkkkk. Baca : Entry Pertama 

Disitulah bermula arena blogging Eca. Masa tu, ingat lagi Eca berada di Universiti Tun Abdul Razak. Menyewa sebuah rumah teres 3 bilik. Share bilik dengan BFF Eca, Arwah Rain dgn Patmah. Indahnya waktu remaja tu. Bermula dari entry pertama, muncullah beberapa entry selepas itu...eh bukan beberapa beratus, beribu..... Dari Entry keanak-anakan, ke entry giveaway, entry review buku, review makan, review drama/movie, advertotial segala. 

Berbloging ne bukan sahaja beri satu kepuasan menulis kepada Eca malah dapat menambah ilmu dan paling penting dapat ramai kenalan. Kat FB Eca je, separuh dari friendlist tu, memang rakan-rakan blogger. Ada yang sama-sama naik dan sama-sama tenggelam dek kesibukan masing-masing. Ada yang kenal dari zaman bujang ke anak lima tapi daku juga yang singleandavailable

dah 11 tahun berblogging ne, pernah juga sebenarnya terfikir untuk berhenti dan tutup blog. Tapi akhirnya Eca biarkan saja. Blog ini boleh jadi tempat Eca menyimpan kenangan dalam hidup. Berkongsi ilmu semestinya. Sejak 2017, dah jarang update. Kalau update pun, hampir semua advertorial/paid reviw/event review. Tahun 2020, pernah juga terfikir buat comeback semasa PKP, tapi masa itu, hanya beberapa entry sempat dipublish...yang lain duk dalam draft!. Semoga tahun 2021 ne, Eca rajin nak berkongsi cerita dengan korang semua kat blog. Doakan Eca ya! Banyak cerita nak share ne :) 

semoga bertemu di lain entry ya. Happy PKP and stay safe korang!