Perkembangan Blog Eca Dwinky Asha

Perkembangan Blog Eca Dwinky Asha

Assalammualaikum dan Selamat PKP korang!

Eca sebenarnya mencari momentum untuk berblogging semula. Lama sangat tinggal blog ni tanpa update. Nak sangat update, tapi tu lahhh masa mencemburui diriku!!!. (tapi booong tuuu~ busy layan cdrama) .

Bila PKP tiba lagi, memang dah pasang niat nak kembali aktif. Atleast sehari dua jam luangkan masa update blog dan blogwalking blog korang semua. Sudi-sudikanlah terima kunjungan Eca ya. So, kali ini, Eca nak cerita perkembangan blog Eca. Biarpun lama dah terabai, bila buka sekali-sekala...seronok juga!.

SEO Checker.

Benda pertama Eca nak update ialah tentang SEO Blog ini. Eca check SEO Blog gunakan website : Freetool Seobility. dan ini adalah hasil selepas semakan : 

Seobility Score for ecadwinkyasha.com

SEO Blog Eca Dwinky Asha adalah pada tahap 87%. Agak jauh lagi untuk dapatkan 100% tapi kalau 87% ni dah gred A kannnnn (dasar cikgu betul ingat gred aja!!!). Kekuatan blog Eca ne sebenarnya dari template blog. Template Blog ni Eca beli lama dahhhhh, selepas tukar template, blog ni lebih terima organik trafik dari enjin carian seperti Google. Lupa lak kenalkan template Eca ne adalah Thesis Template, kekuatan pada SEO memang terbukti. Sanggup beli tauu dulu tapi alhamdulillah Eca sangat puashati tau. 

Semasa check SEO tu, antara perkara yang perlu Eca perbaiki adalah : 

1. Declaration HTML Language.

2. Perfomance Blog. Kiranya blog Eca ni agak lambat nak loading. Blog respond adalah sebanyak 0.98saat, yang dicadangkan adalah kurang dari 0.4saat. Bila lambat loading, enjin carian pun akan lambat detect blog kita. Camna nak duduk tangga 10 teratas kan, tak membantu untuk dapatkan pengunjung blog camtu.

3. Alt Atribute.  Hal ini sebenarnya merujuk kepada memberi keterangan ringkas kepada gambar yang kita upload dalam blog seterusnya dapat membantu enjin carian cari gambar yang bersesuaian dengan alt tag.

4. External Links. Dalam blog Eca, banyak sangat external links ke entry rakan-rakan lain. Bukan tak elok, elok je pun sebenarnya. Cuma bila jadi terlalu banyak, ada yang duplicating dan mungkin banyak links yang dah tak direct ke website/blog tersebut. Tu jadi broken links.

5. Javascript Files. Untuk ini, sama seperti point nombor 2. Terlalu banyak javascript files, blog jadi lambat loading. :(


Page Rank Checker.
Seterusnya, Eca juga check Page Rank. Dulu-dulusuka check, asyik PR1 je...ada lah sekali tu PR2 pastu turun g PR1 lagi. Aipppp! Tapi baru ne check resultnya adalah : 

backlink checker

yeeeeahh! PR3 dah rupanya Blog Eca Dwinky Asha ni. Setelah bertahun berblogging. PR ni sebenarnya tunjukkan kepentingan website kita kepada enjin carian. Semakin laku blog kita dalam enjin carian, semakin tinggi PR Blog. Penting juga bagi pihak-pihak pengiklanan. Sebab bila asyik keluar dalam enjin carian, iklan-iklan mereka lebih senang dilihat. 


cukup update dua benda ne dulu. Lain kali kita update yang lain pula. Doakan semoga Eca semakin rajin dan membawa lebih banyak perkongsian dalam blog ini untuk korang semua. 
So, korang dah cek tak SEO dan PR korang?

Post a Comment

6 Comments

  1. Tahniah eca! teruskan bloging ya!

    ReplyDelete
  2. hai eca! selamat kembali berblogging..
    rindu plak kan zaman blogg dulu2.. haha

    arap eca kenal sy lg la.. haha

    ReplyDelete
  3. all the best eca. teruskan bersemengat tuk blogging hehehe

    ReplyDelete
  4. Blog saya sangat bermasalah sekarang..huwaaaa

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*