BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI


klik muka abang Ben kalau nak join :)

.assalammualaikum.hari ini join segmen abang ben kita lagi...pasal cinta :).suka la tu kan bila sebut pasal cinta!.sapa tak suka?!.

Pengalaman bercinta?!.tak boleh nak kata apa,sebab rasanya terlalu banyak.Dalam ramai-ramai mantan kekasih tue,ada seorang sampai sekarang ini,I masih tertanya-tanya 'kenapa jodoh kami tak panjang'.

Cerita percintaan kami begini:...kita namakan dia 'si A'.I dengan si A ne dah lama kenal masa tuisyen,time tu baru darjah 3 oke?!.Tak sangka pula,bila dah naik sekolah menengah,kami ditempatkan dalam satu kelas yang sama.Tapi time tu takde la bibit cinta.Perasaan kat dia macam kawan baik,sebab dia memang baik dengan semua orang.Feveret ramai even muka tak berapa nak kacak,ooo manis tu ada.Masa tingkatan satu dulu,dia sangat baik dengan I.Ada satu hari,dia janji nak belanja di kantin sekolah tapi masa tu pula nenek dia sakit kat kampung.So,dia terpaksa ikut parents dia balik.Masa nak balik kampung tu,dia sempat call I.(call terus g tepon ruma,time tu xde lagi nak pegang HP sendiri):

si A : cha,aku mau balik kampung ne,nenek sakit.
I : oke,baik-baik.
si A : sorry,xdapat tunaikan janji sama kau mau belanja di kantin.
I : nda pa.len kali jak.
si A : ko mo apa,nanti aku kc beli?.
I : cokelat.
[ I masih ingat semua kenangan kita :) ]

After few days,sekolah macam biasa.Time tu,I duduk kat kerusi sambil kepala dan tangan atas meja.Dia lalu depan I,terus letak cokelat dekat tangan.I punyalah terkejut,ingat dia main-main jak.Rupa-rupanya betul dia belikan.Lepas tu,kami pun berkawan je macam biasa.Budak kecil lagi lah.baru masuk 13tahun.Naik tingkatan dua,kami masih sekelas.Ada satu hari tu,kitaorang awal balik.Tapi kami tak balik lagi sebab cikgu masih nak mengajar.Kelas lain rata-rata dah pulang.Time nak pulang tu pula,I kena jalan sorang-sorang.Kawan I dah pulang dulu tinggalkan I sendiri.si A ne pula baikhatinya temankan I balik rumah.Time tu rumah I dengan sekolah tak jauh,dalam 10minit je jalan kaki.Bila dia dah hantar I balik,siap tolong angkatkan buku oke..dia terpaksa pula balik ke sekolah sendiri.hikhikhik.Naik Form 3,I pindah sekolah,tak gtau dia!.haha.jahatkan.Sebab time tu,anggap dia kawan je.Dalam form3 tu,I dapat tahu dia sebenarnya ada perasaan kat I.tue pun kawan baik kami,which jiran dia yang gtau I.

kwn : ko nda tau ka si A tu suka ko?.
I : ko ne!.kawan-kawan jak bha kami.
kwn : dia gtau semalam,selama ne dia tunggu ko.
I : ermm.

Starting from that baru I terfikir kenapa selama ini dia begitu baik dengan I.Rupa-rupanya ada 'udang disebalik mee goreng".Dan,,di saat-saat itu juga la bermulanya bibit-bibit chenta antara kami.LOL!!!.takde cerita hindustan oke?!.Time tu kan amik PMR,so kami pun bersaing antara satu sama lain.Selalunya lepak a.k.a  dating ler tue,kat library daerah kudat je.hehehe.Pernah sekali tu,time study...si A ajar I,I ajar si A.Tetiba kaklong datang....perhhh,si A ne pula gabra semacam.Baca buku pun terbalik,ntah tu baca ke atau just tengok gambar...tapi buku tebal siot,tak silap I buku tu pasal haiwan.Dah kaklong blah dengan kawan-kawan dia,baru nampak si A ne cool sikit.I nak gelakkan dia tak sampai hati.Yela 1st time dia jumpa kaklong kan.Kalau dengan adik pompuan I,biasa sangat dah bertepuk tampar tue...Naik form4,hubungan tu berjalan seperti biasa.Time tu I dah beli simcard digi tau.Nombor pertama yang I masukkan adalah nombor si A neyh la,yerla kekasih hati la katakan.Topik kami time tu,pasal AF dan AF dan AF.dia memang peminat setia AF oke?!.Masa naik form5,dia dah pindah dari kudat neyh.pindah balik kat kampung dia kat Likas sana tuh!.Tambahla kami jauh kan,nasib je la time tu dah ada HP yang bapa belikan.SMS n CALL je lah yerr.Time tu kan,lagu DEALOVA sangat-sangatlah popular.siap i tujukan lagu tuk dia,dia tujukan tuk I.haha,ko ada?!

feveret kami :
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

lagu lain yang menjadi feveret kami,lagu Velvet AF4 "kini detiknya"...
Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan.janji

Buka rahsia hatimu
Kau luaskan kepercayaan
Tiada lagi sempadannya
Merenda asmara menyambut kau lafazkan kata cinta 

Tamat form5,I kena jalani PLKN pula.time tu HP hanya boleh pakai start hari sabtu pagi-ahad petang je.So,time tu memang berebut sume nak cas HP.Setiap minggu memang dah suh my parents masukkan topup RM20.haha.nak call ramai sangat orang,padahal call dia je.haha!.Time tu bergayut memang tak ingat dunia,kawan-kawan cakap kalah monyet di zoo.Time bufday dia,I call dia dari public phone takdapat.Terpaksa suh kawan baik I,wish kan tuk I je =.="

Lepas dapat result SPM,tak tahu hala tuju nak kemana.Dia suggest kami apply poli.I pun apa lagi,pegilah la apply.Amik bidang yang sama iaitu,Diploma Akauntasi.Time tu pula,I dah masuk form6.Bila dah dapat panggilan poli tu pula,kaklong tak suh masuk,dia suh teruskan form6,sebab cepat sikit nak masuk U.erm,terpaksa la dengar cakap kaklong kan.dan si A ne pula telah memulakan hidup beliau sebagai budak poli.Disinilah segala-galanya bermula..................................

1st week at poli.Dia busy dengan orientasi dan orientasi=.=".Jarang dah contact-contact.I je yang asyik send SMS,dia tak reply puwn.Then,kawan baik kami tu,study kat poli juga tapi berlainan bidang.Dia la yang banyak bagi I informasi tentang si A neyh.Sampai satu tahap,I fed-up uda.Yerla,telah ditidakpedulikan lagi.Hubungan kami pula,putus macam tu je.Tau lagu Melly,lagu GANTUNG..itulah lagu terakhir kami sekaligus penutup cerita percintaan.

Mula-mula memang down,tapi busykan diri dengan study dan kawan-kawan.So,tak terasa sangat.Lepas dari itu semua,setelah beberapa tahun,akhirnya I dengan dia jumpa kembali.Jumpa sebab seorang lagi kawan baik kami nak sambung study kat semenanjung,so,dia ajak I kuar sesama dengan si A.lepak kat McD Shell Sulaman tu je.Kejap je oke,dan takde ruang serta peluang I nak tanya dia tentang 'kejadian kami'.hoho.
So far,sekrang ini..kami berkawan macam biasa.Yerla,kan dulu bekas kawan sekelas...so,jadi macam tu jela.Feeling kat dia?!,sebagai kawan.Ada juga kawan baik kami tu kenen-kenenkan kembali,tapi dua-dua dah buat donno.Cerita lama tak usah nak kenang lagi kan.I anggap I dengan si A ne cinta budak sekolah,zaman-zaman monyet.hikhikhik.Supposely,I dengan si A ne patut hangout reramai dengan ex-classmate kami yang lain pada 29Mei nanti,tapi I kan kat kampung..so,tak dapat nak join.Takpe la,ada jodoh,bertemu juga kita tu :)


demikianlah cerita cinta I.cinta hati sekarang?!..takde,single,mingle and available.hikhikhik.abg navy?!..urm,he just a friend 'buat masa ini'.takde lagi nak ke arah itu tue....sebab sekarang dalam fikiran I,kalau ada jodoh,insyaallah Allah akan tunjuk.


BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU?
Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ?
bagi I,dua-dua tu ada baik buruknya sendiri.kalau kita bercinta sebelum nikah,kita mesti da kenal antara satu sama lain kan.SO,proses tuk menyesuaikan diri tu tak mengambil masa yang agak lama.kalau nak nikah dulu,kita mungkin akan mengambil masa yang panjang tuk mengenali hati budi serta menyesuaikan diri masing-masing.Kalau ikutkan zaman sekarang,lebih ramai yang bercinta dulu,baru nak nikah.itupun kalau sampai jodoh.dibuatnya bercinta bagai nak rak,tetiba putus.susah jugak kan.Kalau nak nikah dulu,pastikan je la orang yang bakal dinikahi itu mampu memberikan kamu kebahagian yang berterusan.

oke,sampai sini je la I berbicara tentang cinta :)

6 comments.. read them below or add one

Fadzmie Fadzmie 16 May, 2011
Si A? Dari Darjah 3? Haha. Siapakah gerangan dia ni ah? :p
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 17 May, 2011
@Fadzmie Mohamad BUKAN BUDAK KELAS KITA.hahaha. :P
Cik Puan Kocik Cik Puan Kocik 17 May, 2011
siapa da lagu peberet....owh sweetnye
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 17 May, 2011
@Cik Kamoo hikhikhik.sume tggl kenangan lama :(
wanie misa amane wanie misa amane 18 May, 2011
setiap pasangan mempunyai pengalaman percintaan yang berbeza-beza dan cuma pasangan tu je tau isi hubungan mereka kan ?
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 23 June, 2011
@wanie misa amane yerp.betul tu.lain pasangan lain ujiannya. :)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*