Battleship & Avengers


Assalammualaikum.


RM5 untuk tengok wayang gunakan 'student card' memang berbaloi bagi student yang suka tengok wayang macam eca.Yelah,nak marathon tengok wayang selagi ada masa kan.Selagi bergelar student ne,jangan sia-siakan RM5 tu.hehehe..esok-esok dah kerja,tak merasa RM5 tu.hukhukhuk.

So,last few week tengok Battleship dengan unimate dan kemarin sempat tengok Avengers dengan adik bongsu eca.Antara Battleship dengan Avengers,dua-dua bagus dan ada kekuatan dalam movie tu sendiri.Moral values pun lebih kurang jak.(biasalah kalau bakal-cikgu ne,moral values tu yang penting,bukan keseronokan menonton movie tu je)

terkenang pula 'abg navy' dulu tu.Dia keja atas kapal.


Dalam Battleship ne,moral values yang eca dapat ::
1) Bila kita serius mahukan sesuatu,pastikan kita akan dapatkannya.Contoh,hero tu nak ngurat awek,padahal baru kenal.Tapi kerana serius,dia buat juga apa yang awek tu nak even membahayakan dia.......kan bagus macam tu!.hehe.

2)  yang LAMA jangan dilupa dan diperlekehkan.Contoh,disaat-saat akhir kapal navy yang baru sudah tidak dapat digunakan lagi.Dengan bantuan dari 'navy pencen' dan kapal lama mereka,dapat juga pihak lawan dimusnahkan!...tu pasal makin lama,makin berguna. :)

3) jangan anggap KECACATAN itu sebagai pematah semangat untuk kita tidak boleh berjaya/bekerja.Contoh paling jelas dalam movie ini,ARMY yang takde kaki dan terpaksa gunakan besi tu.Even cacat,beliau tetap juga memberi bantuan melawan pihak lawan dan memberi kerjasama.See,orang kurang upaya pun boleh buat,kita yang upaya ne...kenapa tidak boleh?!.


Manakala melalui filem Avengers ne pula,eca dapat ::
1) kenali musuh dan sahabat.Bila Thor sampai dan rebut Loki dari Iron Man & Captain Amerika tu,terus Iron Man pun menyerang Thor tanpa mengetahui apa sebenar yang terjadi.Dah buang masa pula pergi berlawan sesama sendiri,padahal berada dipihak yang SAMA.So,kita pun kenalah tahu bezakan musuh dan sahabat.

2) jangan anggap diri tu HEBAT sehingga memperlekahkan orang lain.Contoh,Loki yang menganggap dirinya 'dewa' yang teragung.Sekali kena hentam sikit oleh Hulk,dah mati....tu pasal,takyahlah nak bangga-bangga diri tu je eh?!.

..dan melalui kedua-dua movie ne,eca dapat :: Kerjasama itu penting.
Dalam Battleship,tanpa kerjasama dari semua navy (yang lama dan baru),tak mungkin pihak lawan (alien) dapat ditewaskan.Manakala dalam Avengers,kalau ahli-ahli Avengers tidak berkerjasama dan pentingkan diri sendiri sahaja,maka kemusnahan akan berlaku di dunia ne.So,tiada kerjasama sesama ahli,tiadalah kesepakatan dan musuh semakin menakluh dunia.

dalam tubuh kita pun,perlu kerjasama yang kukuh.
Contohnya,antara hati dan minda.Kalau ikut hati,maka akan binasa sesuatu perkara.Kalau ikut minda semata,mungkin ada yang bakal merana.Fikir-fikirkanlah >,<"


(petang ne nak nonton Nongkrong pula dengan anak sedara eca)
dan kalau sudi,silalah KLIK semua dibawah ini......

5 comments.. read them below or add one

CikAnyss' :O CikAnyss' :O 13 May, 2012
hye eca , thanks share ..kalau tidak mmg anys tahu laa . huhu
anys pon tak mahir sangat pasal nuff ni ,
anys ingat BE lah .. hehehehe ,, ..
mungkin campaign je kot .. ada betulnya tu klik orang ..
thanks tegur ya ^_^
Cik Nur Cik Nur 13 May, 2012
wah....seronoknya tiket murah..!

pinjam kad..hihi
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 13 May, 2012
ramai org review cite ni.. tp akak xtgk pun.. hihi

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*