Kasih Untuk Kamu

Kasih Untuk Kamu

Assalammualaikum

tak kuharap kasih berbunga,
namun kudoa ia harum hendaknya,
tak kuminta kasih didunia,
cuma ingin kekal diakhirat sana.

andai kupunya dua jiwa,
kan kuberi satu untukmu,
andai kupunya pelbagai cita,
hanya ingin kau selalu disisiku.

sakura kembang ditaman cinta,
lembut bayu mengalun melodinya,
bukannya ingin bercinta-cinta,
mengharap kasih hingga ke syurga.

rerama ditaman riang berterbangan,
kesana-sini berdua-dua,
antara kita tercipta kenangan,
terpahat dijiwa buat selamanya.



buat kamu,yang ada dia.
hargai dia,sebelum dia pergi.
sayangi dia,sebelum dia membenci.
kasihi dia,hingga akhir waktunya.

^,^


p/s :: kak Ina (blogger IntaNBerliaN) da nak bersalin....da buka 2cm katanya.
kita doakan sama-sama yer....
tak menahan eca sms dia macam ne,"jangan putus asa meneran ye kak".
macam daku ada pengalaman pulak dahhh..lalalalala~

Post a Comment

21 Comments

  1. InsyaAllah..sayangi orang yang tersayang selagi kita dan dia masih bernyawa.. terutama orang tua kita

    ReplyDelete
  2. wah..menarik..yerke..kt doakan sama2 ya..

    ReplyDelete
  3. siapa pon dia...doakan yg terbek utk dia..pasti kite akn lebih boleh menerima.. ^^
    hahaha..kirim salam kan kat kak ina..advice yg sme jgkla..jgn putus asa meneran ye kak..hihi

    ReplyDelete
  4. moga segalanya di permudahkan..!

    mmg xmenahan ayat eca..! heheh

    ReplyDelete
  5. untuk saya ke ni???heehe

    ReplyDelete
  6. @Ikhmal Malique minumlah ubat batuk cap ibu dan anak oke?! :P

    ReplyDelete
  7. @boni kacak untuk dia hey! untuk dia hey! *najwa here* :P

    ReplyDelete
  8. Semoga kita menghargai orang2 yang menyayangi kita seadanya. :)

    ReplyDelete
  9. Memang kita patut hargai org yang sentiasa ada di sisi kita.

    ReplyDelete
  10. wah...eca siap kasi galakan utk kak ina meneran ye..hihihi..mcm dh berpengalam meneran tu..kikiki

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*