Tips Penggunaan Keywords dalam entry SEO.


Assalammualaikum.
entry kali ini menjawab pertanyaan rakan-rakan blogger mengenai SEO.nak kata eca hebat sangat,ibarat jauhnya bulan ke bumi.tapi ilmu yang eca dapat dan adapt dalam blog ini,eca cuba kongsikan dengan kalian semua ye.

Tips SEO blogspot-Penggunaan Keywords.

Tajuk Entry dan hubungkati Keyword.

Tajuk entry adalah amat penting dalam sesuatu entry.Ini kerana tajuk entry menggambarkan intipati sesuatu entry.Tajuk entry tidak boleh terlalu pendek dan juga tidak boleh terlalu panjang.Tajuk entry yang mengandungi 'keywords' atau 'kata kunci' sesuatu topik memudahkan enjin carian menemukan entry anda.

Contohnya ;; entry anda adalah berkisar tentang makan-makan di Secret Recipes,anda boleh meletakkan keywords "Secret Recipes' pada entry.Contoh tajuk entry yang sesuai untuk keywords Secret Recipes antaranya adalah "Secret Recipes pilihan kami", "Menambah lemak di Secret Recipes", "Staff  Secret Recipes Warisan Square KK terbaik".

Lihat bagaimana eca meletakkan keywords 'Secret Recipes' dalam tajuk.Bila seseorang mencari mengenai Secret Recipes,enjin carian akan terus detect(mengesan) entry anda kerana keywords Secret Recipes berada pada tajuk entry.~see bagaimana sesuatu blog peribadi memainkan keywords dalam tajuk entry.


Perbanyakkan Keywords dalam entry.

Apabila bermain dengan keywords,anda haruslah memperbanyakkan keywords dalam entry.Bukan sekadar menulis keywords pada tajuk sahaja.Dalam sesuatu entry,keywords yang banyak memungkinkan entry anda dijejaki lebih cepat oleh enjin carian.

Apabila meletakkan keywords dalam entry,keywords hendaklah meliputi lebih kurang 40% daripada isi entry kita.Contohnya,keyword adalah Secret Recipes...Berikut adalah contoh perenggan yang mengandungi banyak keywords :
Secret Recipes,Pizza Hut atau Chicken Rice Shop....tiga tempat makan-makan yang menerpa minda dan perut beberapa hari ini...nak makan kat mana,hati memberontak sendiri.Secret Recipes yang begitu terkenal dengan aneka kek di Secret Recipes menjadi pilihanku kerana kek Secret Recipes yang disajikan bukan sahaja sedap malah menepati selera penggemar kek sepertiku.Harga bagi satu slices kek Secret Recipes boleh mencecah RM9.00 tapi ianya amat berbaloi.Tidak mustahil Secret  Recipes menjadi pilihan utama.
lihat hampir 6 keywords "Secret Recipes" eca letakkan dalam perenggan diatas.Ini membolehkan enjin carian seperti google mengesan entry berdasarkan bilangan keywords yang diletakkan pada perenggan anda.Mungkin anda boleh rujuk entry Cinta Kotak Fibox eca yang memenangi Contest SEO suatu ketika dahulu.

motif letak gambar kek?!.. =.="

Penggunaan Font pada keywords.

Bold atau italic sesuatu keywords pada keywords juga memainkan peranan,kata sesetengah blogger.Bagi eca,bold  mahupun italic membantu para pembaca bahawa anda ingin mengutarakan keywords atau idea dalam entry anda.

eca cakap-cakap :: Kalau eca salah,tolong betulkan yer kawan-kawan.eca pun masih dalam proses pembelajaran......sama-sama membantu oke?..BTW,yang mana eca boleh tunjukkan,eca kongsikan di blog.Kalau tak,maaf sangat-sangat ye....dan kalau rasa nak suruh eca reply cepat-cepat segala pertanyaan kamu,sekali lagi eca nak minta maaf sangat-sangat....menjadi seorang pelajar tahun akhir + membuka bisnes sendiri + blogging menuntut banyak perkara penting terpaksa didahulukan....apatah lagi menjadi harapan di rumah sewa ne...itu ini eca kena buat..bayar bil sana sini.sabar ye.

p/s :: agak-agak ada yang SEARCH pasal Secret Recipes dan terjumpa ENTRY ne boleh mengamuk kot.Takdapat pun info pasal Secret Recipes tapi dapat Tips SEO lak..muahahaha,jangan salahkan eca ye.salahkan tekak ne arh..mengidam sangat chesse cake SR tapi malas nak gi beli..nak try buat sendiri..masalahnya ruma sewa ne lengkap sangat dengan handmixer =.="

{ 15 comments.. read them below or add one }

Leeza Dayasari Leeza Dayasari 20 November, 2012
ohh begitu rupanya... thx ...
Unknown Unknown 20 November, 2012
penggunaan keywords ni amat penting...mesra seo
Unknown Unknown 20 November, 2012
terbaekk la tips n tricks dari ECA..selalu terlepas pndang bab-bab "keyword" nie..thanks

need yr support
iPhone 5 Gadget Impian
Myra Jay Myra Jay 20 November, 2012
Nice sharing.. TQ Eca :D
Mrs Velentine Mrs Velentine 20 November, 2012
eca blog kakak ada seo juga kau rasa..hehehe
Emas Putih Emas Putih 20 November, 2012
wah. bagus ni :) mo try n dipraktikan. thanks eca :)
ayut ayut 20 November, 2012
hihihi..nice..pasni nak msukkan keyword bebanyakla :) klu bold tu ayut tulis utk idea kot...mcm eca ckp.
Unknown Unknown 20 November, 2012
bagus tips ni eca! pasni buat keyword banyak2..hehe
Unknown Unknown 20 November, 2012
setuju sangat !! kena pandai bermain keywords dlm entry.. tapi kadanag2 k sha malas. bila dah malas, hampehhh hahahaha
Mia Liana Mia Liana 20 November, 2012
baguslah eca ni... siap sharing kat blog..
Qashmere Qashmere 20 November, 2012
Gambar kek bagi Mummy lapar le pepetang ni! Aduh...kek secret recipe sedaps
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 20 November, 2012
dah agak dah.. bila duk bg contoh secret recipe ni mknanya eca tgh duk ngidam kek sr.. hahah
Unknown Unknown 21 November, 2012
tips yg berguna.. tq ^^

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*