Popcorn Ayam Pedas versi eca


Assalammualaikum.

kat entry Wordless Wednesday #62,ada yang tertanya-tanya apatu..cucur ke popcorn.hikhikhik....Actually,itu adalah Popcorn Ayam yang eca sediakan untuk menu makan-makan Khamis lalu.


Resepi Popcorn Ayam versi eca :
1) setengah kilo isi ayam yang dipotong dadu.
2) Sebiji telur.
3) 3 sudu makan serbuk cili.
4) Tepung Goreng Ayam (cari yang pedas punya)
5) Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Popcorn Ayam :
1) Isi ayam dipotong dadu,dibersihkan kemudian ditoskan.
2) Selepas itu,tuang sedikit tepung goreng kebekas mengandungi isi ayam tu.(sedikit je tau,dalam 1-2sudu makan.lepas tu korang gaul sebatikan!)
3) Pecahkan telur ke dalam bekas tadi kemudian gaul lagi.
4) Selepas korang gaul sebati,ketepikan sebentar kemudian panaskan minyak.
5) Selepas tu,masukkan 3 sudu makan serbuk cili (nak lagi pedas,tambah je ikut sukahati korang)
6) Gaul sebati serbuk cili dengan isi ayam.
7) Kemudian masukkan tepung goreng ayam kedalam bekas tadi,gaul sebati.
8) Last,gorenglah sehingga garing.

tips : 
1) setiap kali eca nak buat popcorn atau cucur,eca suka letak sedikit minyak kedalam adunan tu.Sebab ianya agak lebih garing tau.
2) tak perlu nak campurkan air kedalam adunan tu oke,sebabnya ayam tu akan mengeluarkan air lagipun dah ada telurkan.
3) Pastikan minyak dipanaskan sebelum memasukkan isi ayam tu,jika tidak alamatnya 'rosak'lah hasil gorengan kamu.

nampak je rumit,tapi sebenarnya TIDAKlah SUSAH MANA pun kan?!..hikhikhik.
korang pun boleh cuba sendiri tau mahupun pelbagaikan resepi ini.
Oh ya,kak Ina (IntaNBerliaN) pun pernah berkongsi resepi ini di Blog beliau.Baca Entry
jom cuba,konfirm sedap.


ehem!.Makcik,dah boleh masuk meminang dengan segera oke?!

{ 13 comments.. read them below or add one }

ros_reeza ros_reeza 24 January, 2013
em sedap. mudah je nak sediakan kalau baca cara caranya. nanti nak cubalah. thanx for sharing :-)
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 24 January, 2013
xpayah ler nak beli dkt kfcc lagi kan eca....buat kat rumah lagi dpt banyak..
Cik Nur Cik Nur 24 January, 2013
waaaaaaaaaaaaaaa...
nanti boleh cuba.. :)

tapi lagi sedap, kalau eca yg buatkan..
heeeeeeeeeeeeeee.. :)
Sally Yatiey Sally Yatiey 24 January, 2013
Sedappppnya ;D
Nice sharing ye sis.
Boleh cuba ni ;D hee
roslita thalib roslita thalib 24 January, 2013
nampak sedap. ty for sharing :) boleh cuba kalau ada masa nanti.
GreenSejukhati GreenSejukhati 24 January, 2013
alahai , senang je..mesti sedap punya..feveret sy la pedas2 nie..tengs share :)
GreenSejukhati GreenSejukhati 24 January, 2013
alahai , senang je..mesti sedap punya..feveret sy la pedas2 nie..tengs share :)
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 24 January, 2013
makcik mana tu, meh kak ina nak suh dia baca entry ni.. hahha
Mrs Velentine Mrs Velentine 25 January, 2013
bah mana makcik tue..cepat baca ni entry..kak sdh cuba gak tp nda buat pedas..sebab anak2 mulut kucing...takut pedas
^^eKaTiKaH^^ ^^eKaTiKaH^^ 25 January, 2013
wah, nampak sedap tu.. terliur dibuatnya T__T

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*