Review Blog MiaLiana Smile Smile Smile

Review Blog MiaLiana Smile Smile Smile

Assalammualaikum.

masih lagi mood mereview penaja GA & Contest akhir tahun lalu..kali ne,eca nak review Kak Mia...ala,blogger yang sinonim dengan tagline "Smile Smile Smile"  ^_____________^

cantik & menarik perhatian dengan warna yang ceria header kak Mia ne.

Blogger ini lebih dikenali sebagai MiaLiana berasal dari Johor Bharu,merupakan seorang anak,isteri & ibu kepada anak perempuannya yang dah mula masuk tadika......Berusia 34tahun,bekerja sebagai Assistant Information Technology Officer....atau dalam bahasa melayunya Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat.

Beliau juga dipilih dari beribu graduan OUM di Malaysia untuk menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award juga Anugerah Counselor pada majlis konvokesyen ke-13 OUM tahun lalu.Nak tahu Tips Pembelajaran di OUM ataupun tips belajar sambil bekerja,korang boleh baca entri-entri kak mia dibawah label Study @ OUM.

Komen mengenai layout blog pulak....

1) Susunan Sidebar yang kemas.Eca suka cara kak Mia menyusun sidebarnya.Nampak begitu kemas....Lihat sahaja bahagian sidebar yang tidak terlalu panjang dan tidak melambatkan loading blog...Paling eca suka penggunaan Widget Tabber,yang menggabungkan beberapa gadget antaranya Cbox,Archive,Bloglist & Statistik Blog.Nampak amat kemas.

2) Bahagian MenuTab yang simple.Untuk menutab Kak Mia,setiap linkies dipisahkan dengan bentuk love......amat mencuri perhatian daku ketika menunggu loading blog siap.

3) Suggestion eca,agar gadget "Follow By Email",diletakkan sekali (secara berturutan) dengan Google Friend Connecter (Follower) juga Google+ Follower.Bukan apa,jika ada yang berminat untuk membaca blog Kak Mia,dan tercari-cari bagaimana nak subscribe blog tersebut melalui email,dia boleh nampak terus dibahagian Follower.Agak memudahkan sedikit. *Ini SUGGESTION je Kak Mia...hehehe ^____^

4) keep SMILE & keep blogging.....& kalau ada SEGMEN yang Kak Mia anjurkan,invite-invite la eca lagi yer.hehehehehe :)

Masak lemak si jantung pisang ,
Digulai dengan ikan kering,
mereview blogger buat ku girang,
mari semua kita berkunjung.

mialiana.com
*klik je banner untuk ke Blog Kak Mia.
p/s :: kalau ada segmen review-review blog,ada sapa nak JOIN tak?!.

Post a Comment

0 Comments