Post-Convo Photography with #asfamily

Post-Convo Photography with #asfamily

Asssalammualaikum ^-^
throwback kejap kat entry ini dan ini (sila klik perkataan "ini").
Sehari selepas majlis konvokesyen eca, baru nak p STUDIO tuk gambar bersama FAMILY...kenapa eca tak p selepas majlis konvo, kan senang????!...oke,biar eca terangkan keadaan sekitar majlis konvokesyen eca yang berlangsung di UMS tu...

sebabnya...
PACKKKKK dan sangat PACK untuk pengetahuan korang!!!. Like seriously, selepas konvo eca di PWTC dulu, memang eca nak kalau boleh p cari studio luar dari kawasan majlis konvo sebab malas nak menyelit-nyelit dan hanya boleh bergaya dua-tiga pose. Bukan apa, majlis konvo UMS ne konfirm ramai. Sedangkan Sidang 1 pun hampir 300++ graduan, belum masuk sidang 2 (sesi petang)....Konfirmlah weiii, ramai orang pada hari tu. So, decide p cari studio luar dan yang penting, BOLEH KUMPUL FAMILY eca termasuk family kecik kakak dan abang eca.

INGAT, kalau nak bergambar dengan family :
  • Pastikan semua ahli keluarga boleh hadir.(Bincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu, cari masa yang semua boleh hadir)
  • Studio besar dan amat selesa. (Amat berguna untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai & jika terdapat anak kecil, lagi bagus supaya mereka selesa dan mempunyai MOOD yang bagus)
  • "CONFIRM"kan waktu untuk bergambar dengan jurugambar.(Selepas berbincang dengan ahli keluarga, konfirmkan kehadiran anda ke Studio agar tidak berselisih dan menanti agak lama dengan orang lain)
  • Tetapkan TEMA. (kalau nak nampak cantik, lagi bagus tetapkan tema warna bagi setiap ahli keluarga)

So, jom tengok hasil family-photography kitaorang.

"Akhil Rafiq tengok mana tuuuuuu?"
dengan tiga budak kecil, memang agak payah nak ambil gambar family dengan sempurna OKEY!...
tapi, sapa juga yang ada family sempurna...kita ne manusia biasa yang tak sempurna.
Nasib baik mood tiga budak ne nak bergambar jugakkk.
Paling excited Adik Najihah, studio tu dia buat macam rumah sendiri, lari sini sana....


lepas pegang budak n skroll, posing dengan bunga, posing dengan skroll, berdiri pastu duduk. penat, eh?!.

my PARENTS...yang paling banyak support.


Pandai berlakon dorang tengok, tengok result yang kosong tu~ =P


Paling penting bila nak ambil gambar studio ne kan, surveylah harga dulu....Macam PAKEJ yang eca ambil, RM88 je!..Walaupun takde FRAME, tapi banyak sangat pose.PUASHATI....tambah puashati, bila kawan-kawan yang ambil gambar dengan photographer kat UMS tu tak menepati expectation gitu.Kesian dekat kawan-kawan, ada yang tak dapat lagi gambar masing-masing.Pastu pulak, ada yang pilih pakej dengan FRAME, cermin FRAME pulak pecah....so, kiranya eca buat keputusan yang betul dengan pergi studio luar.


oke, sapa-sapa nak yang nak ambil gambar studio atau cari photographer, boleh contact :
CONTACT : 016-8171794


k, bye..see u next entry yang tak tahu bila.hikhikhik~

Post a Comment

3 Comments

  1. Olololo… comelnya diapit ibu & ayah. sweet sangat!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    tahniah eca..

    buat kat studio lagi puas hati, kan !!

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*