TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Officially Closed

Assalammualaikum.
Happy Weekend Everyone.

is OFFICIALLY CLOSED for any services for the moment.

eh eh,jangan risau..ini SEMENTARA sahaja.
memandangkan sekarang terdapat BANYAK tempahan edit template blog,eca sendiri tak larat nak terima lagi sebab yang lain-lain puwn belum selesai lagi...so terpaksa AMBIL KEPUTUSAN ini.maaf yang teramat.

As been told,eca ne masih STUDENT sepenuh masa dan masuk bulan APRIL ne juga lah musim assignment,quiz,test bakal berlangsung.[pakat-pakat lecturer eca ne buat semua dan kena hantar semua dalam waktu terdekat ne.#senyumdalampaksa].So,terpaksa TUTUP tuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada pelajaran,blog,dan tempahan terdahulu.

yang dah EMAIL eca tu jangan risau,eca dah letak anda semua dalam ruangan 'waiting list' dalam buku nota.Untuk lebih clear,eca bagi senarai waiting list tersebut :::
1) Khumaera Ismail (penaja GA) [pending]
2) Kiddie"s House [on progress]
3) Azni Hanafi (snowbear_x) [next]
4) Mimi Mariana (thisisme_mimie87)
5) Sanuria Zainun (sanuriazainun)



dah siap letak gambar dekat folder memasing puwn.heehee.


hopefully dapat disiapkan dalam dua-tiga minggu ne.
\\doakan eca yerr//



dan tolong singgah-singgah blog eca dua hari ne ye.
eca sekarang dekat kampung,kemas rumah tuk kenduri next week (^.^)
esok pula,dah nak balik KK,cuti sem dah habis lah =.="
[mulakan aktiviti JALAN KAKI pergi KELAS lepas ne]
~kalau takde nama korang di atas tu,please inform eca yer.PM eca dekat FB~

dan,,,,DIHARAP SABAR MENUNGGU :)

Segmen Superstar blog5

Assalammualaikum.


let support each other by joining here before 4/4/2012

Jururawat terkejut RM2000 lesap di bank.

Assalammualaikum



Seorang jururawat terkejut apabila mendapati duit gajinya sebanyak RM2000 hilang,dipercayai dicuri melalui sistem perbankan internet.

Noor Haslina Awi hanya menyedari kejadian itu apabila beliau hendak mengeluarkan duit gajinya melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).Beliau terperanjat apabila wang didalam akaun banknya hanya tinggal RM11.13 sahaja.


Menurutnya lagi,kejadian ini mungkin ada kena-mengena dengan panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang lelaki yang mengaku dirinya dari sebuah syarikat telekomunikasi menyatakan bahawa beliau telah memenangi wang tunai berjumlah RM5,000.


Lelaki berkenaan meminta beliau ke mesin ATM untuk memudahkan proses memasukkan wang yang kononnya dimenangi.Beliau menuruti permintaan tersebut sehinggalah timbul keraguan,barulah beliau tidak meneruskan arahan yang telah diberikan.

Namun,wang kemenangan berjumlah RM5000 seperti yang dijanjikan tidak dimasukkan kedalam akaun bank malahan wang gajinya pula hilang begitu sahaja.


sumber.

:: eca cakap-cakap ::

penipuan penipuan penipuan!.Semakin berleluasa dan semakin tidak terkawal.Ada yang ditipu, terpedaya...ada yang ditipu,menipu kembali...nak terus hidup....maka,penipuan diatas penipuan.

eca pernah mengalami sendiri situasi dimana 'dihubungi' oleh 'seseorang' yang mengaku dirinya dari 'institusi kewangan',katanya .."puan menang bla bla bla~~~".#err,puan?!.CIK lagi oke!.Syukurlah masa tu,eca tengah busy sesi berphotogediks dan tak boleh layan panggilan tu.So,eca suruh pihak berkenaan menghubungi eca semula pada petang tu,tunggu tunggu takde pula.MEANS OFF...??.


so,kes ini..kita jadikan panduan dan iktibar.Mari kita sama-sama saling mengingati antara satu sama lain.Jangan cepat teruja apabila ditawarkan wang ringgit atau apa jua barangan yang mewah mewah.

nak kaya?...cari cara yang betul.
tepuk dada,tanya selera.
tepuk minda,tahu caranya!.


Dear My Future Husband

Assalammualaikum


Dear Future Husband,

I love you already & I don’t even know who you are yet. 
I love you now because I know that because you’re my future, you’ve accepted me as the person that I am which has always been the only one thing I truly wanted to find in a man. 
I know that you understand me & all my craziness, from the mood swings, to the jealousy, and through all my randomness. 
You see the beauty in me, even in the moments when I don’t see it in myself. 
You tell me I’m pretty on those days when I feel like I’m not. 
You’ve listened to me speak about my insecurities and the reasons behind them without judging me or ever getting tired of me.
 You’ve been there. 
You’ve made me stronger, more confident, happier
You’ve made me complete. 
I know that our love will be true & I know that the moment I meet you, I’ll know you’re it. 
I won’t need to search for my other half anymore because you’ll be right there in front of me. 
I look forward to the day when I finally have you here with me. 
I’ll be sure to keep you happy any way I possibly can. 
I promise to be the best wife.
I’ll cook for you, I’ll clean, I’ll give you rub downs on your long days at work,
I’ll listen to you, I’ll motivate you.
I’ll watch every basketball game & football game without interrupting you.
I’ll let you have your time with your guys, & most importantly......
I’ll love you til the world ends & through whatever problems we go through. 
You’re all I need in this crazy world. 
I can’t wait til the day I have you.

With Love,
Your Future Wife ♥



mood : berangan  (",)

Pusat Rawatan Islam Darrusyifa,sumbangan diperlukan.

Assalammualaikum.


Pusat Rawatan Islam Darrusyifa yang terletak di Bandar Sierra,Menggatal,Sabah kini dalam proses pembinaan.Rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.


pandangan dari depan.

Sumbangan boleh dilakukan dengan mennghubungi individu-individu berikut ;
1- Ust Nik Anuar Zakaria (013-8879100)
2- En Azaruddin (013-5434138)
3- Ust Mazmi (019-8204767)
4- En Khalid (019-5687394)
5- En Khairunninzan (019-8113462)
6- Ust Kasni (019-8113565)



Beramal jariah dengan memberi sumbangan itu perkara yang disukai Allah.

tak perlu tunggu masuknya Bulan Ramadhan baru nak beramal jariah.
selagi mampu,apa salahnya.



15 March,save the date.

Assalammualaikum


15 March 2017,lebihkuranglebih 5tahun dari sekarang....5 tahun lagi yer kawan-kawan.Cukup tuk kamu kumpul duit dan menghadiri majlis eca...majlis apa?..cek out sini --->


boleh percaya ke?!...Digalakkan TIDAK PERCAYA yer kawan-kawan.
ramal-meramal bukannya bagus sangat puwn kan?
sebabnya,Allah SWT telah tetapkan hidup kita.

bila kita kawen,bila kita sakit,bila kita mati
semua telah direncanakan.

March is not my favourite month actually.hahaha.I prefer  on June/Dec..get me?!.
Kalau boleh biarlah majlis tu buatnya time cuti sekolah yang panjang sikit.
baru senang  kerja ^_______^

jangan risau,korang akan dijemput kalau ada suda majlisnya.



#awak,dah ada HINT ne...muahaha.Europe?!..takyah lah..gi Genting dah cukup >,<"







sedih,gembira,teruja.

Assalammualaikum.

hari ini sedih sikit.
sebab niat nak jumpa Kak Ema,dia tengah bercuti dekat Sabah.
tapi tak sempat nak jumpa,time eca call dia,LINE PHONE tak de,so.....#paam-paamlah.
lepas tu,bila dah dapat,dia pula dah On The Way balik KK.
T__________T"

so,takde entry blogger meets blogger.
hopefully can meet up someday.tak di Sabah,di Putrajaya tahun depan.
TAHUN DEPAN AKAN KONVO DI SANA.hikhikhik.

then,gembira yang terlebih-lebih.
sebab tengok Buffered Earnings semakin menaik dan menaik.
*satu BE je puwn,tapi takpe lah...satu pun satu,takde saingan.Sentiasa ada iklan BE dalam blog*


lepas tu,dapat lagi tempahan edit blog.
eca akan cuba berusaha siapkan yer kalian.
hari ini baru 1 blog siap,1 blog lagi tengah OTW design.

harap korang tak marah dengan eca.
#please jangan marah yer.eca akan cuba siapkan juga semua tempahan.


teruja lagi,bila dapat tersenarai dalam Projek 100 Bloggers Bro Framestone.

akan hantar hantar laporan kepada Bro!.#semangat kau ca!
wah,macam ne kena kerja lebih.

boleh pengsan eca camne..ngeee~
mana nak catch-up study,nak siapkan tempahan template blog.
uwaaa...eca kena kuatkan semangat.
gadis yang kuat takkan cepat mengalah!!!.
gadis yang cekal tak kenal erti putus asa!!!.
gadis yang comel akan terus maintain kecomelan!!!.#eh,cam takde kaitan je.

so,hari ini perasaan tu bercampur baur.
sedih then,kawan-kawan buat eca happy balik.
terima kasih kawan-kawan.


kawan yang menceriakan kita dikala kita sedang bersedih adalah kawan yang paling berharga,
bukan kerana mereka tidak bersedih dikala kita bersedih..tetapi mereka berusaha untuk buat kita gembira semula tatkala kita bersedih.

WW #78 |Blog Achievement|

Assalammualaikum.


1st time 24 online visitors dalam blog.
pencapaian yang memberansangkan.

nak belajar lagi tentang SEO dengan Sis Ulan.

WW #77 |Women's Mood|

Assalammualaikum.


boys,please takes note~


WW #76 |phone with mom|

Assalammualaikum.



totally agree!!!!






WW #75 |work smart|

Assalammualaikum.



"being creative and u'll find easy way to do any work"

notes : dont push yourself doing any work you know that you can't do it.




IntaNBerlian punya pasal!!!!!!!

Assalammualaikum.


IntaNBerlian lah pencetus segalanya.Kalau tak kerana beliau,takde jadi camne....nak marah beliau,BOLEH tak?!........grrrrr (>,<")

Kalau tak kerana IntaNBerlian,takdenya eca pening kepala sampai rasa nak muntah-muntah uweek uweek,tu sume pasal beliau lah tue.....hushhh.

tahu tak apa yang TERJADI SEBENARNYA?.

Beliau PROMOTE BAIK PUNYA sampai eca tak menang TANGAN weiii!....hohoho.ishhh ishhh ishhh,eca sendiri pun tak tahu kekuatan PROMOSI beliau tu dimana..di kata-katanya ka?!...di puji-pujiaannya ka?!.ishhh,korang baca sendiri BOLEH TAK?



nampak tak betapa puan IntaNBerlian memuji eca sampai 'berat badan' naik doblas gram?!.
hidung pun dah kembang semangkuk bak BF eca ne.






dan sekarang IntaNBerlian puji lagi weiiii....sapa tak suka bila mendapat tempat RSS Feed FREE di blog penuh BERLIAN tue.  --->>





Actually,dapat RSS Feed Free dari blog beliau sebab ini :
*gambar ambil dari blog IntaNBerlian*

sebagai PENGHARGAAN kepada memberi TRAFFIC yang berlebih-lebihan kepada blog IntaNBerlian.
muahahaha,nak FEATURED dalam RUANGAN Berlian Untuk Kamu,sumbangkanlah TRAFFIC yang berlebihan yer....[tips :: hari-hari masuk IntaNBerlian]

disebabkan IBU MENGANDUNG neyh dah PROMOTE baikkk punyerrr,tempahan edit blog semakin meningkat naik dan naik dan naik dan naik lagi!....memula eca ingatkan ada 4 saja blog yang perlu di EDIT,bila re-check balik dan tulis dalam BUKU NOTA EDIT BLOG (kelasss kau edit blog pun ada buku nota!!!!),rupa-rupanya ada lebihkuranglebih 7 blog kena edit(tidak termasuk tempahan header dan lain-lain).uwaaa,semakin meningkat pula.Terkenan rezeki Kak IntaNBerlian yang tengah mengandung anak kedua lah tue....muahahaha,duduk jauh pun boleh terkenan eh,tak tahu la kalau duk dekat (ada rezeki dekatlah tue.hikhikhik).[so,kepada mereka yang dah email & PM FB eca,sila tunggu giliran anda yer,sebab eca banyak tempahan dan eca masih ada assignment yang perlu dsiapkan untuk dihantar dalam minggu depan].

dapat kawan blogger macam ne BEST kan?!.
tak rugi berkenal-kenalan dengan beliau di alam maya,dan tercari-cari peluang bila nak jumpa beliau didepan mata.......ke nak tunggu kita jadi orang sana >,<"

.saja bagi tajuk gempak-gempak,takde la nak gaduh-gaduh dengan kawan sendiri kan.

WW #74 |Great on Bed|

Assalammualaikum.



yeah..I'm great!...sleep all days and night,wake-up only for pee and eats 
^____________^


mood:tak tidur lagi dari jam 2pagi,semalam tidur seawal jam 9.




Kes Bunuh Diri Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu.

Assalammualaikum.



Kes bekas pelajar politeknik Kota Kinabalu ditemui mati akibat bunuh diri di jemuran (ampaian) rumah sewanya di tingkat 4,Taman Sri Maju,Jalan Sepanggar oleh teman serumahnya.

Andika Alam Usman Duri,23 tahun,bekas pelajar politeknik Kota Kinabalu ditemui tergantung di jemuran rumah sewanya dengan mengunakan wayar periuk nasi elektrik.Dia ditemui oleh rakan serumahnya kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut sumber,mangsa yang juga bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu pernah mengadu beberapa kali akan sakit dada kepada teman-teman serumah dan pernah beberapa kali mengerang kesakitan di rumah berkenaan.Rakan-rakan mangsa juga beberapa kali telah menasihati agar mangsa mendapatkan rawatan susulan di hospital kerana risaukan keadaan mangsa.

Mangsa yang ditemui kira-kira jam 9 pagi itu lengkap memakai songkok dan berkain pelikat,dipercayai menunaikan solat subuh sebelum menggantung diri.Sebelum itu,kira-kira jam 5 pagi,rakan serumah mangsa dikatakan mendengar jeritan mangsa mengadu sakit dada namun tidak menghiraukan mangsa kerana sudah biasa dengan keadaan terbabit.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut,namun pihak polis masih menyiasat motif sebenar mangsa bunuh diri dan hasil siasatan tidak menunjukkan unsur jenayah dalam kes ini.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat sebelum dihantar kepada keluarganya.


:: eca cakap-cakap ::
pelajar mahupun bekas pelajar (sesiapa sahaja) zaman sekarang perlu diberikan IQ dan EQ yang seimbang agar mereka bukan saja cemerlang dari segi akademik,malah seimbang dari aspek rohaniya juga.Ada pelajar yang cemerlang dari aspek akademik,ada diantara mereka yang dianggap genius,namun sedarkan anda bahawa ramai dari kalangan cerdik pandai ini menginap di rumah sakit jiwa.Hal ini berlaku apabila mereka tidak berjaya mengawal emosi dan rohani mereka.Demikian para pelajar zaman sekarang,ada diantara mereka yang dipaksa oleh ibu bapa malahan ada diantara mereka terlalu inginkan kecemerlangan dalam bidang akademik sehingga membawa kepada kehancuran aspek rohani dan emosi.

So,dear student,biar tak cemerlang dari segi akademik asal seimbang emosi dan rohani.Kalau dua-dua tak cemerlang?!....cuba asah bakat terpendam ^-^

teringat kisah classmate eca juga.#sedih!.

Awal Ashaari & Scha Alyahya nikah 4 Mei

Assalammualaikum.

Awal Ashaari dan Scha Alyahya hari ini telah melakukan sidang media bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka setelah beberapa kali menunda majlis berkenaan.

Bertempat di Ampwalk,Jalan Ampang pada pukul 3.30petang hari ini,pasangan kekasih ini akhirnya mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka.


Majlis pernikahan pasangan ini akan dilangsungkan pada hari Jumaat,4 Mei 2012 bertempat di Pullman,Putrajaya.Dua hari selepas majlis pernikahan,majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya.

sumber : mStar Online.

wahhh,tak sabar menanti detik bersejarah kedua-dua pengacara/pelakon kegemaran eca ne..Sweet kan cara Awal Ashaari melamar Scha Alyahya dalam rancangan Propaganza.Baca disini --> Awal Melamar Scha.

"semoga semua yang dirancang akan terlaksana".

#awak,kita lama lagi kan?.hikhikhik


lelaki merajuk,kena pujuk eh?!

Assalammualaikum.

Kebiasaannya dan SELALUnya,bila disebut tentang merajuk ne,semua refer orang perempuan...semua tunjuk orang perempuan...jari dituding kena orang perempuan.Apa LELAKI ne tak merajuk eh?!.
no no no.Kalau korang berfikir macam tu,sila ubah fikiran doblas kali!.meh meh meh kita tengok rajuk lelaki dan sebab-sebab mereka merajuk.


Lelaki merajuk kerana mahukan perhatian.
Seperti juga perempuan,lelaki juga merajuk kerana mereka mahukan perhatian.Kadang-kala mereka rasa perempuan ne (kekasih/isteri) kurang memberi perhatian kepada mereka kerana perempuan lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara lain.Contohnya,lebih menumpukan dengan kawan-kawan berbanding meluangkan masa bersama.

Lelaki merajuk kerana cemburu.
Mereka juga bisa cemburu malah lebih cemburu dari kaum perempuan!!!.itu realiti oke?.sila la encik lelaki jangan menyangkal kenyataan yang terang lagi bersuluh ini.Kaum lelaki ini mungkin cemburu melihat pencapaian perempuan yang melebihi mereka.Lantaran,lelaki sebegini akan merasakan mereka tidak berguna sehingga tahap keyakinan akan menurun.

Lelaki merajuk kerana ................
aduhh,apa lagi eh?.tapi lelaki tak boleh lari dari perasaan merajuk dan ingin dipujuk.Bagaimana pula nak memujuk mereka?!....



Biarkan mereka melayan rajuk mereka.
Bila kita(kaum perempuan) merajuk,amat jarang sekali kita dipujuk oleh teman lelaki.Kalau ada pun,sedikit jak la dari golongan lelaki yang suka memujuk.So,bila lelaki merajuk,biarkan saja mereka bertenang untuk seketika agar mereka dapat memunasabahkan diri sendiri.



Berikan mereka hadiah yang mampu buat mereka tersenyum.

Kadang-kadang tak perlu la berikan mereka hadiah yang mahal-mahal...Mungkin cukup dengan memberi senyuman manis seikhlas yang akan membuatkan tembok keegoan lelaki tu pecah.

Tapi ingat ye kawan-kawan,kalau lelaki merajuk then minta pujuk dengan cara 'seks' atau 'ringan-ringan',takyah pening kepala fikir camna nak pujuk,TERUS TINGGALKAN...suami-isteri takpe,dah halal.hikhikhik.

untuk 'dia' yang suka merajuk,sila TERIMA Bunga diatas
^__^

dengan harapan,"Janganlah Merajuk Lagi,penat tau nak pujuk" 


korang merajuk dan memujuk,camna pula?!.
Jom Kongsikan Bersama.


Azy Collection,yang cantik dan bergaya!

Assalammualaikum

Jemput JOIN My Little Giveaway dan menangi hadiah-hadiah yang menarik.

Azy Collection,blogshop ini menawarkan pelbagai barangan menarik untuk anda miliki dengan harga yang berbaloi-baloi.Jom cek-out barangan-barangan menarik untuk semua golongan,baik lelaki,wanita,si gadis,ibu-ibu mengandung dan lain-lain. 

Jaket untuk si jejaka.

untuk para wanita,,,blouse,cardigan,pre-love item!

hey,couple(s),
you might look gorgeos going dating when wear this lovely couple-shirt 
couple-shirt.

beg for ladies!!!.some are branded handbag grad AAA.

kalau anda semua mencari barangan 'handmade',disini ada...... 

macam-macam ADA kan,ADA lagi neyh....................


untuk KESIHATAN dan KECANTIKAN anda semua,mari mencuba PRODUK ini.

[wanna GRAB it also~.~.muahahaha]

 


ibu-ibu yang mengandung ataupun dalam pantang,boleh cuci mata dengan produk ini

Bio Selusuh,untuk ibu hamil 37-38 minggu.

Set Nona Roguy boleh dimiliki dengan harga RM300++


wahh,betulkan eca cakap, "Macam-Macam Ada!!!!'.
ADA LAGI neyh.........................

memandangkan taklama lagi nak masuk bulan puasa,baik korang mula mencari kain ela untuk dijahit lebih awal.Lebih awal korang hantar,lebih awal SIAP dan tak mendatangkan masalah.



rambang mata kan memilih?!...eca pun >,<"
semua ini boleh didapati dalam ALBUM ini dan ALBUM ini.

cop cop cop,nak yang dah berjahit pasang siap pun ADA!!!.

dan banyak lagi di Album Ini.Sila cuci mata oke?!.

macam-macam ADA di Azy Collection ne tau,tak rugi korang window shopping online disini.
untuk dapatkan sebarang pertanyaan mengenai tempahan dan semuanya,boleh cek out sini.

btw,pemilik Azy Collection ne juga mempunyai sebuah blog peribadi yang banyak berkongsi dengan pelbagai cerita...jom baca entry-entry beliau di Syuwai Story : Bukan Cerita Tentang Coklat.


:: just for her ::
thanks for the SPONSORED for my GA.Semoga bisnes semakin maju dan maju dimasa akan datang...dan semoga semakin bahagia.dengar-dengar tak lama lagi.[gossip lagi]
korang!!!.
Jom cuci mata dekat Azy Collection tau!