TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

Assalammualaikum.

hai kawan-kawan yang cantik yang budiman \(*,*)/.Hari ini eca nak buka satu bloglist baru diruangan sidebar ne....lebih memudahkan eca nak terjah rakan-rakan blogger kan.Syaratnya SIMPLE dan korang pun berpeluang menang HADIAH SAGUHATI dari eca.

Syarat-syarat nak JOIN :
1) Buat 1 entry bertajuk "Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013",entry tak kisah nak buat camne pun tapi WAJIB BUAT ENTRY.
2) Letakkan header eca pada entry :

3) OPTIONAL masukkan link blog eca ke bahagian bloglist kamu.(lagi bagus kalau korang masukkan)
4) OPTIONAL to Follow (GFC),Like Fanpage,Follow Google+ [semua ini ada diruangan footer].
5) OPTIONAL to SHARE (klik button SHARE) & klik Google+ entry INI.[entry cabaran SEO]
6) Di akhir entry,sila masukkan ayat ini : [WAJIB]
"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com"
7) Letakkan link entry kamu pada ruangan dibawah (masukkan Nama Blog,email,URL ENTRY sahaja!)
8) Segmen akan berakhir pada 11.59pm,31 Januari 2013.

Hadiah Saguhati untuk beberapa orang peserta :
1. Peserta Pertama yang JOIN segmen ini akan menerima Topup RM5.
2. Peserta dengan entry yang memikat hati eca akan menerima Pin Blogger.
3. Top Referrer akan menerima Topup RM5 + Pin Blogger.
kesemua peserta yang terlibat,eca akan letakkan link blog mereka pada ruangan BLOGLIST 2013.

"terima kasih eca dahulukan kerana sudi memeriahkan segmen ini yer"
drop LINK anda pada ruangan dibawah ini :

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 menjadi taruhan,
Happy New Year 2013 menjadi permulaan,
mencari rezeki untuk kemenangan,
moga-moga doaku diperkenankan.

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia buat semua!!!!.
disebabkan mood sekarang mood exam subjek Management Information System,eca berkira-kira untuk kongsi satu rahsia tentang bagaimana google.com.my bertindak dalam menyenaraikan laman sesawang (termasuklah blog) yang berada di halaman pertama sehingga halaman 10 dengan penggunaan kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 serta kata kunci yang lain.

Bagaimana google.com.my berkerja?!
1) Pengguna laman sesawang memasukkan kata kunci seperti Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 ke dalam carian google.Lihat gambar dibawah ::
Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

2) Laman Google menerima permintaan kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013.Kemudian,dengan menggunakan lebih dari 450,000 PC yang dihubungkan bersama dan adanya sambungan(connection) kepada internet akan menggendalikan permintaan kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 untuk menghasilkan keputusan yang sesuai seperti yang dikehendaki.

3) Selepas itu,permintaan ke atas kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 akan dihantar kepada Google Index untuk proses penilaian halaman manakah yang mengandungi kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013.

4) Dengan menggunakan software PageRank yang bersesuaian,sistem carian Google akan menilai 'popularity' sesuatu kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 pada satu-satu halaman berkaitan.Google mencari halaman terbaik yang sepadan dengan permintaan.

5) Kemudian,ringkasan setiap halaman berkaitan dengan kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 akan disenaraikan.

6) Hasil Carian Enjin Google (Search Engine Optimization) kemudiannya akan menghantar hasil carian  kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 kepada pencari maklumat menggunakan kata kunci tersebut .Sekurang-kurangnya 10 entry berkaitan pada satu halaman.
Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013
mungkinkah entry ini akan berada dihalaman pertama?!

Jadi,macam ne sebenarnya proses penilaian satu-satu Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 ataupun apa sahaja kata kunci yang diinginkan oleh pengguna laman sesawang.Korang boleh faham tak teknik carian ne?!....semuanya terletak pada kuasa kata kunci Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013....eca harap dalam exam MIS,keluarlah soalan "how does google work",konfirm fullmark eca oi!. =)

ohyeah...sambil-sambil buat revision pasal subjek MIS ne,eca juga join contest : Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013 yang mana akan berakhir pada 31 Januari 2013.kalau korang dah baca dan memahami konsep SEO yang eca terapkan diatas,boleh lah meriahkan di SINI.


kesudian korang untuk SHAREGOOGLE+ entry ini mungkin boleh membantu eca memenangi

Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013

Wordless Wednesday #67

Assalammualaikum.


bukan lambat pikap....salah pikap namanya neyh!!!.
belajar bahasa sabah :pikap - pick up/lambat faham
sumandak - gadis
temberang - menipu/cakap besar
 tap - membonceng
limpas - lalu


baca balik dialog dalam gambar untuk lebih faham 
^___________^,

Wordless Wednesday #66

Assalammualaikum


bila HOUSEMATE gua sudah marah!!!!!!!!!!!.
yang korang gi curi selipar dia kenapa................hakhakhak =P


p/s : start letak selipar kasut semua dalam rumah.ruang tamu lak cepat kotor...haish =.="

Wordless Wednesday #65

Assalammualaikum.


SIAPA NAK?!..available sampai bulan April 2013....tapi,ONLY IN SABAH,LABUAN,LAWAS.
^________________^,


p/s : jangan hairan kalau eca makin comel.sekian =.="

Wordless Wednesday #64

Assalammualaikum.


credit : Poster Dakwah

dota dota juga yer.......yang WAJIB jangan tinggal~

Alahai blog domain [dot]my !!!

Assalammualaikum.

eca ne terkilan sangat-sangat bila blog berdomain percuma setahun tu bermasalah....eca kan dulu pernah cakap berminat gak nak pasang blog domain [dot]my tapi bukan untuk blog ini lah...(blog lain yang coming soon ntah bila)...terbantut seketika bila domain [dot]my ne bermasalah...

oke,ada yang bertanya kepada eca...."dah bermasalah domain ne,traffik pun jatuh..nak buat camna"...here's the point of view and solution dari eca ::

1) tolong tarik nafas panjang-panjang oke dan senyum ^_____________^,
2) bila domain [dot]my bermasalah,korang boleh pilih satu antara dua :
    (a) biarkan blog berdomain[dot]my macam tu sehingga kembali pulih.
    (b) kembali menggunakan subdomain lama -->  .blogspot.com 
3) Jika anda membuat pilihan (a),maka tunggu je lah yer sampai server Asiahost tu oke.
4) Jika anda membuat pilihan (b),maka anda juga diberi pilihan satu antara tiga dibawah :
(i) tukarkan ke subdomain .blogspot.com dan kekalkan url macam itu.
(ii) tukarkan ke subdomain .blogspot.com dan tunggu sehingga domain [dot]my kembali pulih baru tukarkan kembali.
(iii) tukarkan ke subdomain .blogspot.com dan kemudian beli domain sendiri seperti [dot]com, [dot]net dan lain-lain.kalau nak domain [dot]com macam eca,boleh rujuk cara beli di entry ini.
5) bila korang memilih untuk berhijrah kembali ke pilihan diatas,ini caranya ::

Dashboard blogger -> Settings -> Basic -> Publishing -> Blog Address -> klik X pada kotak tersebut.(lihat gambar dibawah)

klik OK,dan kamu akan kembali ke alamat blog yang lama dengan menggunakan .blogspot.com.Then,kalau domain [dot]my da oke,boleh kembali semula.....................Kalau nak tukar terus ke domain lain,boleh hubungi pembekal domain tu sendiri bagaimana nak bertukar yer. =)

harap-harap dapatlah jalan penyelesaiannya.ne yang eca ajar kak MV kemarin,sekarang tengok blog dia suda kembali ke .blogspot.com....so,korang yang lain-lain takkan nak tunggu yer.







Cabaran SEO ecadwinkyasha.com

Assalammualaikum.

Cabaran SEO ecadwinkyasha.com?!..no no no.ini BUKAN ENTRY contest yer.takdaknya daku nak buat contest SEO sedang ilmu masih dibawah tapak kaki.hikhikhik...entry ini eca nak kupaskan hasil pemerhatian eca terhadap kesemua cabaran SEO yang pernah eca sertai selama ini.

Tahun 2012 merupakan tahun dimana eca mula aktif *sikit* mengikuti cabaran SEO even ada beberapa cabaran yang eca tak sempat nak masuk seperti cabaran Lelaki Kacak,Blog Popular......*teringin nak masuk  cabaran Blog Popular tu,tapi tak sempat,kecewa dengan diri sendiri =,="

Mari kita flashback kembali cabaran SEO yang pernah eca sertai :

Contest SEO : Cinta Kotak Fibox, contest SEO pertama yang eca sertai sekaligus memenangi contest ini.Hadiah yang eca dapat ialah Topup RM10 + 10, 000 traffik percuma ke blog ini.keyword yang agak mudah untuk dimainkan dalam entry.....seriously,lucu juga bila baca entry tu.Entry yang bagi eca bersifat keanak-anakan sikit atau sebenarnya entry menggedik.*gelakjahat!*

Selepas tu,eca try pula join contest SEO yang menjadi perbualan hangat antara blogger-blogger.Contest yang eca maksudkan ialah  Eyriqazz VS Denaihati.Untuk contest kali ini,memang eca dah surrender awal-awal bila melihatkan ramai juga 'otai-otai' SEO yang turut bertanding...sempat untuk membuat 2entry susulan untuk contest ini bagi menyokong entry yang dipertandingkan.Cuma nasib tak memihak eca....Tapi bangga jugalah pena duduk dalam Page 3.hikhikhik.

Ini entry yang eca sediakan untuk contest Eyriqazz VS Denaihati :

http://www.ecadwinkyasha.com/2012/07/eyriqazz-vs-denaihati.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/08/eyriqazz-vs-denaihatidimana-entryku.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/09/eyriqazz-vs-denaihatidipenghujungnya.html

Seterusnya,eca join satu cabaran SEO berbentuk islamik.Contest yang eca maksudkan ialah Contest Dhuha ada kelebihannya....Contest ini bagi eca merupakan satu contest yang agak baik dan bermanfaat.Selain menguji tahap SEO,kita juga boleh menyebarkan ilmu agama iaitu tentang solat sunat Dhuha yang agak jarang kita dengari.Untuk contest ini,eca berjaya mendapat tempat ke-2.Entry yang sempat eca siapkan untuk contest ini ::
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/contest-dhuha-ada-kelebihannya.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/doa-dhuha-dan-terjemahan.html

seterusnya,contest dipenghujung tahun 2012...contest SEO kelolaan spudin.com iaitu contest 2012 Tahunku Yang Cantik...seriously,dah aim boleh sangkut tapi tak sangkut-sangkut even saguhati pun.hahaha.kecewa habis dengan diri sendiri!!!!...bengong je kecewa dengan diri sendiri kan.hahaha~


dah tak menang disini,diam-diam je lah..
#dalam hati,sakit yang teramat..apa yang tak kena tue?!.
hahaha =P

latest....cabaran SEO Blog 3 dalam 1 Happy New Year 2013.seriously,keywords yang agak panjang disitu...kebetulan masa eca nak join contest itu ialah waktu peperiksaan eca...kat situ lah timbul idea nak buat entry SEO sekaligus entry yang buat eca belajar subjek Management Information System......tapi,tak kuar pun soalan tu..benci benci benci!.konfirm subjek MIS dapat B je =.="

so,harap-harap lepas ne lebih banyak cabaran SEO yang lebih menarik akan dijalankan...boleh la menguji skill lagi kan?!.....dah lah cabaran SEO Blog 3 dalam 1 Happy New Year 2013 ne macam takde harapan je nak join......fuhh..sedih sedih =.="

p/s : jangan susah hati yer,kalau korang nak belajar tentang SEO,eca boleh tolong apa yang eca tahu....macam biasa,PM eca je =)

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 3 & 4

Assalammualaikum.

lama eca tinggalkan cerita FEAR FACTOR.....bukan apa,kecewa bila pasukan favourite dah terkeluar sabtu yang lalu...arghh *tension sikit*...oke,jom kita lihat video Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 3 & 4.

Untuk cabaran pertama,setiap pasangan akan dirantai dan dikunci dengan mangga yang mempunyai kombinasi 4 nombor.Untuk mendapatkan nombor tersebut,peserta perlu melalui 4 tong dan menolak objek busuk di dalam tong tersebut.*erkkkkkkkkkkkkk,geli tak geli?!.
untuk cabaran kedua,mari lihat video ini ::


Pasangan yang tersingkir pada Episod 3 ialah Arthur Tan & Celina Khor.
Untuk Episod 4 pula......dah tersingkir pasukan favourite ramai,iaitu Jehan Miskin & Mejar Faiz.Apa pula cabaran minggu lalu,mari kita saksikan video ini ::



cabaran tikus,kalau eca pun..surrender awal-awal.hahaha.
oke,jom sama-sama nantikan Episod 5,jam 9 malam ini di Astro Ria.

Facebook Fear Factor Selebriti Malaysia : https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia
Official Website Fear Factor Selebriti Malaysia : http://www.astrogempak.com.my/fearfactor.asp

Hotel DeLeeton,penginapan strategik di Kota Kinabalu,Sabah.

Assalammualaikum.

eca nak kongsi dengan korang satu hotel di Kota Kinabalu,Sabah.Hotel ini terletak betul-betul di tengah kesibukan bandaraya Kota Kinabalu.Bukan sahaja terletak ditengah kota,malah hotel ini juga mampu memberi keselesaan dan lebih selamat buat para tetamunya.



Hotel DeLeeton terletak di Asia City Complex,seberang dari salah sebuah shopping complex iaitu Centre Point KK.Korang cuma perlu menyeberang jalan je....kemudahan teksi & bas (CityBus) amat mudah diperolehi.Selain itu,anda tidak perlu susah hati memikirkan tempat makan even dah midnight.Ini kerana setiap malam,terdapat Pasar Malam Asia City tidak jauh dari hotel ini.

view dari dalam bilik hotel menghadap Kg Air.

Jika anda berminat untuk mendapatkan brooch Sabah yang popular itu,anda tidak perlu berjalan jauh.Lebih kurang 5minit ke Pasar Malam Kg Air mahupun 7-10minit ke Pasar Malam Sinsuran.Untuk ke Pasar Pilipin juga memakan masa dalam 8-10minit.Tak perlu nak naik teksi pun pusing-pusing KK kalau nak ke Pasar Pilipin,jalan kaki je dari Hotel De Leeton neyh.

Harga Bilik untuk hotel ini :
Standard Single      : RM90
Standard  Double   : RM100

Superior Single      : RM110
Superior Double    : RM120
Deluxe Single        : RM130
Deluxe Double       : RM130
Family Room         : RM190

Harga Tambahan untuk tilam & bantal :
Tilam  : RM 50
Bantal : RM30

untuk kesemua harga diatas,TIDAK TERMASUK SARAPAN PAGI + Makanan Ringan dalam bilik.
Check-in : 2pm , Check-out : 12pm

Eca,sepupu & anak sedara eca bermalam disini pada malam tahun baru 2013 tu..sebabnya sepupu eca dari kampung nak balik IPG....singgah sebentar d KK nak ENJOY sebelum memulakan semester baru beliau.Kami ambil Standard Single Room.....bertiga pun dah rasa lebih selesa.Kalau nak berempat  pun,takde hal lah!..Bayangkan lah,kami balik ke bilik lebih kurang jam3pagi sebab sepupu eca ajak lepak d McD Api-Api Centre (bangunan bersebelahan dengan Centre Point KK)...persekitaran hotel tersebut tidak begitu membahayakan berbanding jika memilih hotel di kawasan Kg Air.Hotel ne ada lif,takyah risau nak angkut barang-barang SHOPPING korang tu.

Jika korang bercuti ke Kota Kinabalu Sabah,boleh la menginap disini yer :

Hotel DeLeeton
Lot 45-46,Block E,Asia City
88000,Kota Kinabalu Sabah.
No Telepon : 088-252222
No Fax : 088-267999


RM90,not too bad dengan ruang yang menyelesakan.
even sebenarnya...ada juga hotel yang agak murah tapi agak jauh dari CP & sedikit membahayakan.
btw,hari tu...eca g Asia City ne..ada abang PDRM bertugas berhampiran kawasan ini
see...tak berapa bahaya juga kan ^__________^,



Popcorn Ayam Pedas versi eca

Assalammualaikum.

kat entry Wordless Wednesday #62,ada yang tertanya-tanya apatu..cucur ke popcorn.hikhikhik....Actually,itu adalah Popcorn Ayam yang eca sediakan untuk menu makan-makan Khamis lalu.


Resepi Popcorn Ayam versi eca :
1) setengah kilo isi ayam yang dipotong dadu.
2) Sebiji telur.
3) 3 sudu makan serbuk cili.
4) Tepung Goreng Ayam (cari yang pedas punya)
5) Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Popcorn Ayam :
1) Isi ayam dipotong dadu,dibersihkan kemudian ditoskan.
2) Selepas itu,tuang sedikit tepung goreng kebekas mengandungi isi ayam tu.(sedikit je tau,dalam 1-2sudu makan.lepas tu korang gaul sebatikan!)
3) Pecahkan telur ke dalam bekas tadi kemudian gaul lagi.
4) Selepas korang gaul sebati,ketepikan sebentar kemudian panaskan minyak.
5) Selepas tu,masukkan 3 sudu makan serbuk cili (nak lagi pedas,tambah je ikut sukahati korang)
6) Gaul sebati serbuk cili dengan isi ayam.
7) Kemudian masukkan tepung goreng ayam kedalam bekas tadi,gaul sebati.
8) Last,gorenglah sehingga garing.

tips : 
1) setiap kali eca nak buat popcorn atau cucur,eca suka letak sedikit minyak kedalam adunan tu.Sebab ianya agak lebih garing tau.
2) tak perlu nak campurkan air kedalam adunan tu oke,sebabnya ayam tu akan mengeluarkan air lagipun dah ada telurkan.
3) Pastikan minyak dipanaskan sebelum memasukkan isi ayam tu,jika tidak alamatnya 'rosak'lah hasil gorengan kamu.

nampak je rumit,tapi sebenarnya TIDAKlah SUSAH MANA pun kan?!..hikhikhik.
korang pun boleh cuba sendiri tau mahupun pelbagaikan resepi ini.
Oh ya,kak Ina (IntaNBerliaN) pun pernah berkongsi resepi ini di Blog beliau.Baca Entry
jom cuba,konfirm sedap.


ehem!.Makcik,dah boleh masuk meminang dengan segera oke?!

Terima Kasih Acik @ AkuPenghibur.com

Assalammualaikum.

Tak sangka ada juga yang jadikan eca blogger contoh terbaik gitu dalam bidang blogging ini.#tersentuh hati..auw auw auw.Seriously,siapalah eca ne kan.Dah la follower pun tak sampai 2k (ayat makan penampar sebab utamakan bilangan follower.hakhakhak!)..traffik pun jatuh merundum lately (tue la ko ca,pemalas tahap GABAN..nasib ada entry-entry lama yang best..ngeek ngeek ngeek)

sampai TAMPAR DIRI Sendiri tak percaya ada yang jadikan kita blogger contoh terbaik mereka.(oke,muntah pink)..eca mention-mention ACIK ne,siapa sebenarnya Acik ne eh?!...


itu dia header blog beliau, www.akupenghibur.com

Acik ne mula berblogging dari tahun 2010...tahun lalu mula gunakan domain akupenghibur.com.Antara blogger yang banyak memberi motivasi & cerita-cerita menarik terutama berkenaan cinta,perempuan & kehidupan....Apa yang eca boleh komen sedikit tentang blog acik ialah :

1) lebarkan post body,sayang ruangan kosong kiri kanan blog tu.(hal ne eca da bincangkan dengan beliau).
2) letakkan scroll bar pada archive entry blog.
3) susun elok-elok banner backlink dibahagian sidebar.
4) satukan iklan-iklan diruangan sidebar pada satu kolum.Contohnya,banner exabytes,komli & nuffnang disidebar letakkan sekali je.
5) Buang segala widget yang tak perlu.Contohnya game sodoku..tak perlu kot acik...hikhikhik.
6) Gambar-gambar empunya blog seeloknya tidak perlu letak banyak.Sebabnya mereka da mengenali acik melalui header.Jika nak juga,boleh buka 1 page tuk letakkan gambar + profil peribadi acik.#savesidebar.
7) senyum dan takperlu kata apa-apa,tingkatkan PRESTASI anda.#eh?!.

ohya,eca nak AJAK korang VOTE untuk Acik...
Bagaimana nak UNDI beliau,Terjah Entry INI.

terima kasih Acik atas ENTRY INI.eca doakan acik berjaya dalam bidang ini...
dah jadi HEBAT,jangan lupakan eca pulak yer..
^________________________^,


p/s : jika anda PERNAH menulis tentang blog eca diblog anda,boleh kongsikan linknya tak?!.eca nak terjah sekaligus,boleh la eca buat entry balas balik.*winwinsituation kata orang putih~

Wordless Wednesday #63

Assalammualaikum.


"Salam Maulidur Rasul 1434H
#di Sabah,da nak masuk waktu Maghrib da.

Wordless Wednesday #62

Assalammualaikum.


cucur? popcorn? cucur? popcorn?

#kunyah-kunyah sambil tengok TV ke sambil mengurat mamat lalu depan apartment pun masuk gak ne..oke,nak p mengurat abang jual burger,kot-kot tetiap malam burger FREE kan =P

Wordless Wednesday #61

Assalammualaikum.


aduh teringat-ingat agar-agar buah buat masa balik rumah parents last week.
nak buat,takde duit beli bahan...sabar ye eca.


p/s  : ada orang cakap camne kat FB eca,"WW nanti post gambar makanan yer".
So,maafkan daku..maafkan daku :P

Wordless Wednesday #60

Assalammualaikum.


dah makan belum? ne eca nak belanja korang yer~

#resepi lain entry eca upkan.

Wordless Wednesday #59

Assalammualaikum.
susulan entry Wordless Wednesday #58


MANA SATU MAU POTONG NEYH?!...*konpius*

my love Awang Airil is 4th last year.Tahun ne suda masuk Tadika Lok Yuk Kudat ooo.
terbelit-belit adik aku ne belajar mengira dalam bahasa cina.hakhakhak.

Wordless Wednessday #58

Assalammualaikum.


bukan kek birthday eca,tapi kek birthday siapa neyh?!..siap ada oreo,ada kiwi
#uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.eca jeles suda bha =.="

teka KEK Birthday Siapa Ne???
jawapan dia eca akan tunjuk pada entry seterusnya =)


When I Speak,You Listen!

Assalammualaikum.

Sekarang ne da jadi fenomena pulak ye video Listen Listen Listen tu......bagi yang tak tahu,boleh ketuk kepala sendiri (macam housemate eca lah tue..hikhikhik).Eca pun tak terlepas juga tengok video tu tau....kalau korang tak tengok,mari tengok kat bawah ne yer :

#boleh jadi ringtone ne.hahaha =P

Bila video ne dah tersebar luas,semua orang pun akan 'berbincang' mengenainya.Samalah macam eca dengan kenalan alam maya eca yang dah lama kenal tapi tak pernah nak jumpa.hahaha....antara yang kami 'bincangkan" ialah :

CHAT DALAM FACEBOOK.
kawan : tgk x video listen2 tuh?
eca : tgk a...malas a nak pnjg2 vid tu..biar la sana.
kawan : u tgk sampai habis x?
eca : xsangat.lambat loading...pe jadi kat ujung?
kawan : i nak suruh u cari i je..hahahh.
eca : ingatkan apa je.grrrrrrrrrrrrrrrr~
kawan : haha...nampak jelas kut i.
eca : u duk mana?tepi celah mana?..jap i cri u klu line elok..da 2 bulan xbyr bb.hahaha
kawan : haha..nanti u cari,bukan ramai pun lelaki...dalam 7org jer.
eca : i cri..i capture..pastu i post,u jgn risau =P
[tengok VIDEO LISTEN LISTEN LISTEN,even line slow~,~"]
eca : weiiiiiii...u xyah tunggu sampai habis..buka vid je,da nampak muka u.hahahaa =P
kawan : hahaha..xperlu la..just nak tgk u cam i ke x?
eca : padanlah mcm kenal je masa tgk dlu,tpi takut nk ckp,,takut salah org =P
kawan : hahaha...


So,korang nak tengok betapa comelnya kawan eca tu dalam video Listen Listen Listen tu...*kalau terpikat,jangan salahkan eca yer..hakhakhak.dan tolong JANGAN GOSIP please.eca dengan dia HANYA KAWAN jer~*




nampak tak lelaki dalam bulatan merah dalam pic diatas...tu la kawan eca.Lama gila da kenal dia ne,dari zaman aktif chatting dekat YM - FB...sampai dia dah tukar berkali-kali FB pun,still contact dengan eca.

padanlah dia kata,"nampak jelas kut i"..dah kalau duduk tepi je,memang JELAS sangat encik Is oi!
terus FOFULAR kawan eca ne yer..satu Malaysia nengok dia dalam video ne..kot-kot ada yang da jatuh cinta tengok dia,boleh la yer PM PM eca....#pst,dia dah berpunya!hahaha.nak jadi skandal,boleh kot!

#KIDDING LOL!


Listen Listen Listen,When I Speak,You Listen....
#hari ini CARI KERJA kat luar..try to apply full-time tuition centre dekat KK..eca berkenan nak jadi guru tuisyen tu bukan apa..mengajar is a part of my life....lagipun nak timbah banyak pengalaman mengajar.

pstt : takde idea nak update entry...ceta ceta mengarut je lah yer.hahaha ^,^"

Calendar 2013 dari rakan blogger.

Assalammualaikum.

New Year 2013 ne bermakna sangat bila dapat hadiah calendar dari dua orang blogger yang SANGAT HEBAT.....tak ikut GA pun,tapi mereka sudi beri calendar tersebut.hikhikhik..SORRY yer,tak sempat join GA kalian tu,eca kan busy dengan thesis hujung tahun lalu.#sorry juga lambat sangat up entry,mood ke laut!

So,mari kita tengok calendar siapa yang eca dapat ::


Kalendar Eksklusif Hazwan Hairy..ala blogger retis yang sedang meningkat naik tu.Keep up goodwork Hery~...btw,Hery sedang siapkan baju blogger tau!..eca pun da tempah satu.Kalau korang nak tempah juga,boleh PM Hery neyh.


RM30 (lengan pendek),RM33(lengan panjang)

Selain dari buat baju,Hery juga tawarkan pelbagai khidmat printing.Antaranya kad nama,mini kalendar dan sebagainya.Untuk maklumat lanjut,boleh terus email -> hazwan943@yahoo.com.my


Mini Kalendar kedua ne dari Shida..ala,pemilik Dunia Shida...comel mini kalendar beliau,macam rupa blognya juga.Mini kalendar ne eca da pass dekat mama,sebab mama tengah hitung hari nak PENCEN.haha....gpun eca kan da ada satu dari blogger ika,takkan nak sumbat semua dalam purse tu,better bagi mama,dia lebih pakai mini kalendar tu.....


Apapun,THANKS for the calendar guys!.Really appreciate it.
#calendar dari eca?!..korang tunggu la tahun ntah bila.hahaha~

Cek Exabytes Ke-3

Assalammualaikum.

Alhamdulillah,sebelum tahun baru hari tu,cek ke-3 dari Exabytes dah selamat sampai ke tangan eca.Parents hantarkan kerumah sewa eca sambil tengok anak mereka yang paling degil ne oke ke tidak duduk sendiri-sendiri.hikhikhik.


cek ke-3 ini menjadikan jumlah bonus blogging dari Exabytes sebanyak RM150.
Alhamdulillah,daku duk menulis cerita merapu pun,dapat juga cek macam ne kan.

rahsianya,Sila Maintain Traffik 350UV sehari.
caranya,permainan keyword & blogwalking.
hasilnya,makan kek Secret Recipes,tengah bulan makan bubur nasi + ikan masin.hahaha~

korang jangan cakap,"eleh eca tu,tembirang je lebih tunjuk-tunjuk cek dia..".sedih ai tau,nak nangis tujuh purnama macam ne =.=" .Sebenarnya korang pun boleh,malah korang boleh jadi lebih hebat dari eca.#erk,daku hebat ke...ayat tu serupa nak makan supkakimanusia je kan.

Mungkin ada yang terlepas pandang entry-entry yang lalu.So,sini eca sediakan senarai entry yang korang WAJIB,MESTI,MUST baca..jangan lepas satu pun dan jangan mengata,"alah,dia tu saja bagi entry lama-lama supaya traffik dia tinggi."..kalau korang ada perasaan PHD macam tu,daku dengan serendah-rendah hati cakap,"fikir elok-elok untuk kebahagiaan dan kesenangan korang sebelum mengata eca dibelakang".


Jom Baca Ini dahulu ::
dan jika berminat menjadi Advertising Partner Exabytes,boleh baca dan fahami cara-caranya diSINI.

kalau korang boleh amalkan semua tu,tak mustahil,korang akan jadi lebih baik dari eca.amin =)

#memulakan entry yang happy-happy untuk mengembalikan semangat blogging ^.^

yang ke-24.

Assalammualaikum.

2013,bulan Januari tarikh 17hb.
yang ke-24 buat aku,syukur padamu Ya Allah,
bertambah setahun usianya,
moga bertambah matang.

yang ke-24 buat aku,
buat aku berfikir,
hidup ini pendek,
bila-bila masa kita akan pergi.

yang ke-24 tanpa kekasih,
tanpa kerjaya tanpa arah,
buat aku perlu bangkit,
agar yang dicita tercapai hendaknya.

yang ke-24 mungkin akan bertambah.

^______________^,

dah 24tahun bernafas...eh 24tahun sehari.hahaha.
last nyte,kumpul-kumpul dengan kekasih-kekasih hati.

inilah dia kekasih hati eca ^___________^,
nama dia Airil...baru tadi dia bersedih sebab kakak eca marah dia.
*ala,eca marah sebab dia main-mainkan puding eca bagi dia.bukan nak makan pun.Penat je kakak dia ne buatkan dia puding...sedih tau..tambah sedih bila dia bersedih kakak dia marah dia >,<"



 yang ini pula,adik kepada Airil tu.nama dia Anip...baru 6bulan ++.
dah pandai tiarap & berguling sendiri....lepas tu,bila eca buka FB,mata dia tengok je kat laptop.
suka 'bercerita',tak larat nak layan 'cerita' dia ne tau ~,~

my bday cake....adik eca yang buatkan....dan dia salah tulis nombor...memula dia tulis 23 
*terima kasih sebab buat kakak anda muda setahun adikku~

so,bagaimana pula kehidupan di usia 24tahun untuk 364hari akan datang ye?!...sama-sama kita tunggu :)

Pemenang Monthly Giveaway #Jan13

Assalammualaikum.

percubaan pertama untuk Monthly Giveaway 2013 agak kurang mendapat sambutan.Cuma 14 orang sahaja yang sudi join.(seorang join saat selepas eca da tutup penyertaan,TIDAK DIKIRA ye~).Senarai peserta boleh tengok kat sini.*oh yeah,maaf lambat publish entry ini.


ohyeah,mungkin ada yang tak tahu apa bentuk Pin Blogger yang eca maksudkan tu yer,mari nak tunjuk sikit


so,hadiah Pin Blogger ini akan menjadi milik pemenang giveaway bulan ini  iaitu ::


kepada pemenang,sila emailkan detail berikut ke email eca (ecasha.89@gmail.com)
Nama Penuh :
Alamat Surat Menyurat :
No. Phone :

terima kasih buat yang sudi join.
in sha allah,17 Februari ada lagi Monthly Giveaway Edisi Februari 2013.


p/s : eca gunakan SimplyLinked untuk memudahkan para peserta memasukkan url mereka.Senangkan?!.

Pink Thesis Template,feedback anda?!

Assalammualaikum.

akhirnya,salah satu wish untuk birthday tercapai,iaitu menukar template blog ke arah yang lebih baik.Actually,da lama intai-intai Thesis Template ne..akhirnya,hati dan minda berubah untuk guna thesis template version 2.

Thesis Template untuk blogspot ini disediakan oleh saudara Shah (forblogger.net) ini memang terbaiklah template yang kaya dengan ciri-ciri SEO.Kod-kod css pun terbaik juga...cuma ada beberapa kekurangan  CSS pada Thesis Template version 2 namun boleh diatasi dengan bantuan pelbagai sumber tutorial.

antara function yang tiada dalam thesis template version 2 yang eca kenalpasti amat berguna :
1) Button REPLY pada ruangan komen.
2) Bahagian FOOTER.

tapi jangan risau lah yer...kedua-dua benda ini ada jalan penyelesaiannya.Eca da letakkan footer pun dekat template ini.Sengaja letakkan 3kolum pada footer.Jika pada template lama,eca letakkan bloglist.Tapi untuk pembaharuan,eca letakkan FFC,Fanpage Like,G+ Follower...Cuma untuk button reply pada ruangan komen je eca tak buat lagi.*pening gila ngadap kod..dah la design blog orang tu tak siap lagi*

Tak payah mana pun nak re-design template ne.Just tukar-tukar kod CSS jadilah Pink Thesis Template macam ne.Hopefully,dengan thesis template ne,dapatlah naikkan ranking blog ke arah yang lebih baik.

mengenai header yang serba pink-purple ini pulak ::


gambar tu eca dapatkan khidmat Azza untuk doodlekan.eca bagi dua gambar,ternyata gambar yang kedua ini menjadi pilihan eca.oh yah,vector gambar pada header yang dulu,Azza juga yang buatkan.
RM3/1 vector.RM5/2 vector.berminat,contact Azza via FB.

ruangan warna hitam dibelakang header mengambarkan kisah silam yang memeritkan.Semua orang ada kisah silam yang mengecewakan bukan?!.Bohong cakap takde,jatuh pokok tu pun mengecewakan juga tau,sebab tak sampai ke atas.hikhikhik.Tapi biarlah kisah silam itu kita biarkan dibelakang,think positive,kisah silam itu mampu menaikkan semangat kita untuk maju kehadapan.*ye yeah~

ruangan kaler pink dibahagian tengah (ala yang macam bentuk ombak tu lah....),eca andaikan satu perjalanan dalam hidup eca.perjalanan kita tak semestinya lurus je kan.punyalah boring tu kalau jalan ne lurus.kena ada cabaran,hidup kita kadang diatas dan kadang dibawah...dipenghujung jalan tu,eca letakkan nama blog,tagline & url blog....berkisarkan blog eca dimana eca bercerita (menulis) entry semuanya dari hati eca.suka,duka dan sebagainya.

ruangan kaler purple itu melambangkan keluarga & kawan-kawan dalam hidup eca.mereka yang menyokong eca selama ini.syukur alhamdulillah.Tanpa keluarga & teman-teman (termasuk korang lah tue~),tak mungkin eca berada ditahap seperti ini.

so,apa pula feedback korang bila masuk ke blog yang berwajah baru ini.
Adakah blog ini lebih ringan atau sebaliknya?.
ke ada yang lebih selesa dengan template lama?.
ce komen untuk penambahbaikan yer =)

nak dapatkan Thesis Template ne,korang cuma perlu download je.
kemudian,masukkan kodingnya ke dalam Template korang.
meh meh amik kod thesis template ini disini :


suka-suka hati eca je kan bagi nama template ne  Pink Thesis Template
jangan marah ye Shah.

Eca Monthly GA #Jan13

Assalammualaikum.


Monthly Giveaway 2013.
(Edisi Januari 2013)

Syarat-syarat :
Follow Blog ecadwinkyasha.com
Like Fanpage ecadwinkyasha.com
Follow Google+ ecadwinkyasha.com
[sila scroll ke bahagian bawah untuk ikuti syarat tersebut]
(++ beberapa syarat tambahan bergantung kepada masa dan keadaan)

Cara Menyertainya :
1) Lengkapkan syarat diatas.
2) Klik entry ini (klik),tekan G+ pada entry berkenaan. [OPTIONAL,tak G+ pun,takpe]
3) Kembali ke entry ini,kemudian lengkapkan detail anda pada ruangan dibawah.
(Masukkan Nama,Email & URL Blog Sahaja-sila masukkan sekali je yer~)


ALERT pada waktu-waktu berikut untuk pengumuman pemenang :
Tamat pada 11.59pm 17 Januari.
Pengumuman Pemenang pada 12.00pm 18 Januari.

Hadiah Bulan ini ialah :: Pin Blogger X 2 pemenang.

Pengaruh Mood dan SEO kepada traffik blog.

Assalammualaikum.

tu dia,tajuk gempak semacam!.As u'olls (guna u'olls giteww,rasa cam nak humban diri sendiri ke dalam laut china selatan sambil cakap,"jerung oh jerung,makanlah aku,aku banyak lemak,lemak berkrim disukai ramai".#eh?!)...Abaikan,sekarang urat da putus sedikit.=.="

wa malas nak backspace,so..here we go!.As been mention in last Monday entry,my blogging mood is running away due to so many blog to be done..seriously,nothing been finished yet...awaiting for the owner'a approval of the design...#design?!.*pengsan jap~

oke,kalau dah tak UPDATE entry,maksud eca....tiada new entry,tiada blogwalking,mesti Unique Visitor JATUH dan JATUH dan JATUH lagi....tapi sebenarnya eca tak risau pun dia JATUH dan JATUH,ada masa boleh NAIK dan NAIK lagi..bukan payah pun kan nak NAIKKAN traffik yang amat PAYAH tu kan.

sekarang even takde NEW ENTRY lah sangat,UV boleh maintain up to 300UV...semua ne boleh dicapai dengan sedikit permainan SEO...yer,tak perlu jadi hebat manapun.cuma perlu,pandai mengolah ayat sahaja dengan menggunakan kata kekunci yang sesuai serta sedikit permainan dengan coding blog yang selalu membuatkan ecadwinkyasha migrain.

hasil carian pengunjung ecadwinkyasha.com 
nasiblah keyword "aizat amdan dan girlfriend" tak banyak masuk sini.
tak juga terhidu hubungan sulit kami #aptb.

UV Nuffnang Tanpa entry & BW kaw-kaw.
even UV tak tinggi mana,eca bersyukur juga.
tau la tak cecah 1k pun..asal ada.

see,SEMUAnya kerana pengaruh SEO yang membawa PENGUNJUNG ke blog ini TANPA ENTRY BARU.....seriously,SEO takdelah PAYAH mana kalau takat nak dapatkan TRAFFIK jangka panjang.Berbanding dengan entry HANGAT SETENGAH JAM,TRAFFIK memanglah AKAN MEROKET tapi tak kekal manapun kan....sama juga dengan entry GOSIP-GOSIP tu.kalau nak selitkan entry HIBURAN,pastikan je lah yang ada kena mengena dengan isu-isu carian ramai.Contohnya : Perkahwinan Aizat Amdan & Blogger Eca,letaklah keyword yang berasaskan perkahwinan.Antaranya,pelamin,warna baju pengantin dan sebagainya.Sure ramai yang akan masuk blog kamu.*apakeh tak boleh BLAH langsung contoh dia tu~,~"


Semoga dengan entry ini mampu mengembalikan mood 'bercerita' dan blogwalking ke blog kalian.Rasa bersalah yang teramat bila tidak membalas kunjungan korang ke blog anda tu....btw,silalah TATAP buat kali terakhir muka eca di header tu...dan SILALAH juga menatap rupa blog ini buat kali terakhir.SEBAB esok,blog ini akan mengalami satu TRANSFORMASI besar-besaran #lah sangat~.~"

ambil gambar kena senyum.baru nampak gambar tu cantik ^_________^,
ohyeah,mood HAPPY..sebab BALIK RUMAH PARENTS!!! ^________^,

p/s : esok ada GIVEAWAY.

terpadam komen

Assalammualaikum.

clap clap*
bestnya bila komen dalam blog sendiri terpadam.
Dalam 100komen juga lah terpadam
ini padahnya bila lapar da buka blog.

so,MAAF ye komen dari 4 Januari 2013,eca TERPADAM secara TAK SENGAJA.
sekarang CARI JALAN nak re-cover balik semua KOMEN tu,
eca try cara ini -> Tutorial

tapi,masih tak berjaya!!!
Kalau korang ada cara LAIN,just let me inform oke~
THANKS IN ADVANCE!



entry kelam kabut!yeah~

Penambahbaikan Blog Eca

Assalammualaikum.

sebenarnya,eca dalam proses tukar template untuk blog ini.
nak tukar template seiring dengan kematangan *eh,matang ke?!*

so,boleh agaknya ye komen & kritik untuk penambahbaikan blog ini
komen je apa yang korang RASA,LIHAT dan sebagainya.

Blog berat ke
Blog kucar kacir ke
Warna terang sangat ke
let me know~.~"


oke,sambung edit blog 'orang tu'.
^_______________^,


p/s : mood blogging kelaut bila kena menyiapkan 5 blog.1 tunggu confirmation,1 otw designing.3 lagi still pending!.Sabar ye...eca pun rushing nak buat sambil2 cari keja area KK ne!

Servis Edit Blog & Rezeki Ibu Mengandung

Assalammualaikum.

disebabkan daku da TAMAT  belajar dan sementara tunggu balasan email dari beberapa syarikat yang eca dah hantar resume mintak keja,eca dah mula serius amik tempahan edit blog.kalau tak,daku nak makan apa,tak kan mengharap duit jatuh dari langit kot.

so,dah bajet 1week,at least boleh siapkan 2-3 blog.Ingat senang nak perah idea,main seru-seru,"Idea datanglah datanglah....".yang tu,sila dok angan-angan je.Idea bukan boleh datang cepat.Kadang-kadang bila idea ada,masalah lain pulak menjelma kan kan.*cakap macam kau ne banyak masalah pulak eca!*

oke,dipendekkan cerita sebab lepas ne nak sambung draft blog orang tu,meh eca tunjukkan satu blog yang eca edit sebelum Final Exam last few weeks.


blog Kak Bunga,beliau baru juga tahun lalu melansungkan perkahwinan...gua happy noks tengok blog yg gambar kahwin letak kat header,sebab berangan bila turn gua.#erk?!.Thanks Kak Bunga atas entry ini.terjah beliau dengan klik banner dibawah :



ohyeah...ne eca nak story sikit pasal blog-blog yang eca pernah edit sebelum ne.
*HAPPY*..kebanyakkan blog yang eca edit semua blog mak-mak ataupun bakal mak.satu demi satu update ceta pasal pregnancy....mula dengan blog yang eca edit setahun yang lalu iaitu blog :

gua panas tengok gambar makcik ne,ada ke patut orang ingat dia Anak Dara,padahal anak dah dua..takpatut makcik!!!.Pasne,taknak letak gambar makcik ne dah,letak gambar anak-anak dia.*saja bagi highlight*.HAKHAKHAK!!!.

Lepas tu,ada beberapa blog juga.Antaranya blog ini :

      
dan sebenarnya BANYAK LAGI...eca lupa pulak LINK mereka~,~"
so,kepada mak-mak,bakal mak-mak..meh meh tempah dengan eca,kot-kot pregnant terus lepas eca editkan.muahahaha *tak menahan betul*,tapi Bulan Februari la yer..sekarang da penuh 5 blog menanti + blog sendiri yang akan bertukar wajah next week =P
sebelum korang nak masuk dalam waiting list,mohon baca entry berikut :
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/faq-edit-template-blog-part-i.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/12/faq-edit-template-blog-part-ii.html
dan Harga untuk setiap Blog yang eca edit,tengok kat SINI.

*oke,siap sedia dengan indocafe,nak marathon bekerja dengan photoshop*

Giveaway Mialiana.com

Assalammualaikum.

belum sempat tuk JOIN Giveaway kak Mia.jom kita join yer...



Eca paling suka entry Kisah Masa Newbie  kerana entry ini mengimbas kembali saat kak mia memulakan blog beliau.Situasi yang kak Mia alami,eca sendiri pernah lalui...yerp,blog banyak mematangkan eca...sedangkan sekarang bila baca entry dulu-dulu tergelak sambil kata,"kurang pandai anda ya eca!".Tidak hairan,eca dewasa bersama blog..Kalau kak Mia widget sana sini,eca pula,background ntah apa je rupanya....header pun comot sungguh,childish~,~"


mialiana.com nama diberi,
blog peribadi kaya cerita,
smile..smile..smile kena dihati,
mari baca cerita kak mia.


eca nak TAG : Shida, Yui, Cik Nur

giveaway berakhir malam ini,
nak join,TEKAN sini.

Sticker Inai Pengantin

Assalammualaikum.


eca nak kongsi sikit gambar my 'customer' gitu....dekat blogshop yang tak berkembang maju tu (gua malas gila nak update sana..sebab NTAH!.haha),eca update kat sini gambar pengantin yang beli sticker inai dari eca.jom checkout dulu gambar mereka....

.GAMBAR HASIL STICKER INAI.


sticker inai pengantin
comel je kan...

sticker inai pengantin
dia tak guna kesemua sticker tuk bahagian jari pun.still cantik~

ini dia pengantinnya,
Jojo & Pak Din

sticker inai pengantin
abaikan pengantin pakai jam tangan eh,dia ROCK....& comel~ hikhikhik.

Thanks Jojo,dan eca doakan korang berdua bahagia sampai syurga.
jauh tau perjalanan sticker inai ne ke Penang...hikhikhik.

ne ada sorang lagi........(gambar curi dari FB atas keizinan pengantin)

sticker inai pengantin

sticker inai pengantin

baru-baru ne,kat FB tersebar gambar hasil pemakaian sticker inai ne kan.....penggunaan black henna tu penyebabnya.So,eca tak galakkan korang guna black henna ye..guna je henna biasa tu.Pastikan henna tu ada kelulusan,eca pena jumpa satu henna tu memang ada kelulusan...senang ceta,guna je daun inai.Janji korang rajin 'mengetuk' ataupun paling senang,blend guna air asam je..hikhikhik.

Setiap pembelian 2 set sticker,eca akan bagi gift kat korang!
oh ye,ada yang SMS eca tanya...1set tu tuk 1tangan 1kaki ke?
1 set tu kan,actually memang tuk sepasang kaki & tangan.kira lengkap..lain la kalau korang beli yang set tangan,tapi set tangan eca takde stok lagi.so,kalau korang berminat,boleh tengok kat sini ye : Sticker Inai

segala urusan,mohon email/SMS sahaja.eca jarang jawab call,apatah lagi kalau dok call pagi-pagi yer!
sah,setiap panggilan korang akan sentiasa dijawab dengan suara paling ayu di dunia ini.trustme~

*kalau beli sticker inai ne,RM7+RM4.5+ RM10(inai)..kos tak sampai pun RM200 kalau korang minta tukang inai yang siapkan..betul ke tak?!...dah,buat keputusan dan contact je!*