TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

kakak gaduh-gaduh!.

Assalammualaikum.

kakak gaduh-gaduh merupakan gelaran baru dari kazen eca kepada eca...and he's only 4 years-old oke?!...hikhikhik..tak tahulah dia tetiba nak bagi gelaran macam tu kat eca =.=".Kami tahu pun yang eca dapat gelaran 'kakak gaduh-gaduh' sebab hari tu,dia + parents dia gi ambik eca dari kerja.So,his mummy cakap,"nahh,kakak eca kau ada sudah!"...dia pulak boleh cakap,"yeh yeh,kakak gaduh-gaduh sudah sampai"....urm,kakak gaduh-gaduh?!.#apekehel?!.

then,tadi my dad pegi interview dia,"pong,napa kau panggil kakak eca,kakak gaduh-gaduh?"...dia pula boleh cakap,"sebab dia banyak cakap"...muahahaha,memang la daku banyak cakap,lebih-lebih lagi dengan budak kecil 4 tahun tu...ada je dia nak melawan cakap dengan daku.ohyeah,menyakat budak adalah hobi yang sangat awesome.Lebih-lebih lagi,bila budak yang disakat enggan mengaku kalah.Sampai eca pula yang kena sound oleh my mom,"sudah-sudah la dik...kasi menanglah pong"...mana boleh?!.kakak yang berusia 23 tahun tidak dan tidak boleh mengalah ditangan budak berusia 4 tahun!!!..serius,tak boleh. #sambilgelengkepala!.

 tahap kegedikan mencapai 200%?

btw,kazen eca ne namanya Awang Airil a.k.a cipong/airil.....next week 7/7/2012 dah masuk empat tahun.Hobi tentulah bergaduh dengan kakak sepupu dia ne....gaduh-gaduh pun,dia tetap cari eca tuk makan aiskrim...sesajala tu nak menghabiskan duit daku..muahahaha!.dia tahu,dengan eca je dia leh buat gitu,kan kakak dia ne nampak garang tapi dalam hati ada taman bunga kembang semangkuk.
KISS FREE,ada sesiapa nak tak?!
dia panggil eca,"kakak gaduh-gaduh" pun,....kalau bergambar,tangkap lentok juga
muahahaha.

semalam kan,dinner kat rumah uncle.Then,masa nak pulang tu,dia tengah mandi...bila dengar je kami nak balik,laju ke keluar dari bilik mandi tu.Siap cakap lagi...

"esok kamu datang lagi ah".
"bha,iya la kau ambil kakak disekolah".
"iya,nanti daddy ambil kakak eca....kita beli eskrem lagi a"
"erm,habis la duit kakak eca beli eskrem seja".

kalau macam ne,memang HABISlah duit daku.
*_________*"


Hari ini cikgu cantik.

Assalammualaikum.


tadi dalam kelas,eca tetiba puji diri sendiri dan pujian itu membuatkan murid-murid daku jadi riuh...oke,salah satu cara untuk tarik perhatian mereka...so far,..my student giving me 100% cooperation and yes,eca dah track kelemahan mereka dan eca akan cari jalan macam mana nak mengajar mereka untuk lebih memahami bahasa inggeris.

nak tahu apa eca cakap...hikhikhikhik,seganlah =.="
...urm,eca cakap, 
"what had happen means what actually happen yesterday or last time...(translate juga dalam BM)..ia bermaksud apa yang terjadi ataupun apa yang berlaku sebelum ini,semalam,kemarin...atau bila-bila masa.For example,...kemarin cikgu tidak lawa,hari ini cikgu cantik"

....dan dan student daku 'gelak sakan' tengok teacher mereka puji diri sendiri.muahahahhaa.dan ye tak malu punye cikgu puji diri sendiri.takpe la,kita takde ehem-ehem,takde orang nak puji.so,nak naik lif kenalah tekan button lif dulu eh?!.hahaha.kadang-kadang gunakan apa yang berlaku pada diri kita mahupun pada persekitaran itu lebih baik dan membuatkan pelajar itu 'cepat tangkap' apa yang berlaku ataupun cepat memahami pelajaran.

ohye,,,,eca dapat freebies dari Kak Azzah.bukan untuk eca je,untuk semua insan yang bergelar-gelar cikguru di Malaysia ini....jom jom ambil freebies doodle comel disini ---> Freebies Guru-Guru.
blog yang ringan dan cukup comel dengan hasil lukisan doodle yang simple dan menarik.
eca suka baca entry yang disampaikan melalui doodle comel,nampak sweet je kan?!.
kalau nak request doodle,boleh la cuba try test tanya kak azzah ye kenkawan sekalian.
jangan tanya eca,eca tangan kasar,tak reti mendoodle.hahaha.
ne dia doodle yang eca siap letakkan nama eca sendiri.


eh,rupa cikgu hari ini?!....esok la upload ye.hahaha.
malu cikgu tunjuk hari ini cikgu cantik.

sedihnya hati ini,patah semangat kejap!.

Assalammualaikum.

Semalam,unimate eca kongsi satu berita yang sedikit menyedihkan.Rasa macam semangat terbang melayang je masa tu,aduh......dahlah tengah praktikal sekarang ne,tambah lah daku down!!!!.

Maybe ramai yang tak tahu yang pelajar universiti swasta macam eca ne,kurang atau dalam bahasa lebih mudah...tidak diterima bekerja di sekolah-sekolah kerajaan.urm,sedihkan?!.....even kami ne diterima menjalani latihan mengajar disekolah kerajaan,tapi tiada lagi 'confirmation' mengenai peluang penempatan disekolah kerajaan.


Sekarang ne pula,sudah ada kenyataan rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri melalui blog KPM.



bacaan lanjut : klik sini.

nampaknya memang takkan ada peluang untuk kami kan?!.urm,sedih tau.Kadang-kadang tu terfikir nak berhenti belajar je,tapi memandangkan dah masuk final year,takkan nak berhenti.Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan.Betul tak?!....sedih dan pedih,tapi ini bukan pematah semangat.Mungkin tiada rezeki mengajar di sekolah kerajaan,mana tahu rezekinya di sekolah swasta..atau mungkin bakal membuka pusat tuisyen sendiri atau akan berjaya dengan bekerja dari rumah.[Klik Sini]

ajal maut,jatuh bangun,semua atas ketentuanNya,
menolak serta menidakkan apa yang terjadi,sama seperti menyekutukan.
Maka,daku berserah atas segalanya,anda ada rezeki ku,disitu lah aku.
andai bukan rezeki,mendidik tetap dalam setiap semangatku.
#cewahhh,terlebih semangat pulak dah!.hehehe =)


"Saya tidak tahu apa-apa".....

Assalammualaikum.

Ingat tak,entry yang lalu...eca ada inform yang hari Sabtu tu..eca kena ikuti meeting di sekolah.Even sebagai guru pelatih je pun,kena datang...bagi eca,memang bagus kami dijemput...so we can learn about the school management,betul tak?!.so,dalam mesyuarat untuk meeting tu,adalah satu benda yang buat eca tergelak dan tersenyum-senyum.Bukan eca je,malah rata-rata kesemua guru pun 'tergelak besar'.



Senarionya seperti ini,dalam meeting tu..adalah beberapa perkara berbangkit.Then,one of the teacher yang telah diberi amanat menjalankan tugas berkenaan ditanya mengenai 'tugas' beliau....dan boleh pula dia cakap,"saya tidak tahu apa-apa dan saya sendiri tidak pandai berkenaan ........"




masa beliau cakap macam tu kan,eca dah tergelak besar.Rasa  bersalah pun ada,sebabnya 'cikgu berkenaan' duduk dihadapan eca.....bukan takat eca je oke?!.Kesemua guru pakat gelak weiiiii.Dah betullah apa yang PK1 dan PK HEM cakapkan kepada eca sewaktu eca lapor diri hari tu.Sebabnya sewaktu eca lapor diri,PK1 dah warn,"cikgu tu tidak boleh jadi mentor ko,dia memang keluaran U tapi masalahnya ko tanyalah dia apa-apa,dia akan jawab tidak tahu".

Bila dia cakap macam tu kan,eca cakap dalam hati,"ishh,memanglah kita semua dilahirkan tidak tahu apa-apa,so tu pasal proses pembelajaran itu akan berjalan sehingga ke akhir usia kita"....so,jawapan tidak tahu tu bukanlah jawapan yang sewajarnya.Kalau pun tak tahu apa-apa,tolonglah cakap yang lebih senang didengar ke..contohnya,"maafkan saya,tugas .... agak baru bagi saya.So,saya memohon agar guru-guru yang lebih tahu ataupun mahir dapat memberi tunjuk ajar kepada saya"..kan itu lebih bagus,betul tak?!.

As a teacher,we faces and thru the learning process.Each of the day pass by,thought something new.The world change everyday,so that our learning level.If today we don't know,hopefully tomorrow we should know something new.


Result semester Feb2012

Assalammualaikum.

alhamdulillah,result semester lepas memberansangkan....walaupun pelbagai kisah hidup yang pahit manis silih berganti....semangat arwah-arwah menjadikan eca lebih maju ke depan,lebih berjaya.Walaupun mereka tidak bersama eca menikmati kejayaan eca,namun eca tahu mereka sentiasa berdoa untuk eca,doa eca untuk mereka juga.


jom jom tengok result eca :)

yang penting : DEAN's LIST.
amin ya allah.
amin ya rahman.
amin ya rahim.

semoga result kali ini terus membuatkan eca jadi lebih berjaya.
moga latihan mengajar(praktikal) pun dapat result yang membanggakan.
dan yang paling penting,semoga segala ilmu yang daku curahkan kepada para pelajar diberkati seadanya.

*____________*
#mood:SUPERHAPPY.

Cerita di bumi New Zealand dari kacamata Ucu & Along.

Assalammualaikum.



Bukan mudah untuk menjejak kaki ke luar negara,apatah lagi terpaksa meninggalkan tugas sebagai pendidik di negara sendiri.Demikian yang dialami oleh Kak Nida serta suami dan anak-anak......betapa eca kagum dengan semangat mereka,berada beribu jauh dirantauan demi ilmu yang tidak ternilai harganya.


Mula menulis diblog Ucu&Along sejak memenangi domain melalui contest pada bulan November 2011.Kesinambungan kisah keluarga mereka di bumi Albany,NZ.ya,dari kacamata seorang pendidik,memang banyak perbezaan sistem diantara Malaysia serta New Zealand....pandangan eca,sistem persekolahan kita patut 'meniru' sistem persekolahan disana,baik dari segi penerapan dalam akademik yang seiring dengan tuntutan "mengajar murid untuk menghadapi dunia luar' sehinggalah sistem pentadbiran sekolah...yer,eca mula memahami kesemua ini walaupun baru masuk minggu ke-3 praktikal.

Mari baca kisah Kak Nida,dalam entry Perlukah Begitu?.Entry yang ringan namun banyak pengajaran.Kita di Malaysia (khususnya kepada sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah) patut mengikut rentak mereka di bumi NZ....pengetua tidak perlu diiring ketika menyampaikan hadiah,pengetua tidak perlu bantuan guru-guru lain....dan guru-guru juga tidak menghadapi tekanan kerana beban kerja yang begitu banyak.Berbanding kita di Malaysia,macam sekolah eca ne,majlis kecil tapi jamuan VIP kena disediakan...Dahlah daku ne guru pelatih,sorang-sorang pula pikul tugas tu,tunjuk ajar semua adalah diharapkan.

Pelbagai lagi kisah yang dipaparkan dalam blog Ucu&Along yang menarik minat eca.....korang jom terjah sana beramai-ramai nak tak?!...klik sini --> Ucu&Along.
to kak Nida ;; thank for the entry for My Little Giveaway participation,really appreciate it and love it very much...and welcome back to Malaysia,selamat mencurahkan khidmat bakti kepada generasi akan datang...dan segala khidmat nasihat dari senior mohon dikongsi buat 'newbie' macam eca ne =)



ATTENTION : kepada kesemua pemenang My Little Giveaway,eca telah hantar kesemua hadiah (pin blogger,keychain/HP Strap,FM,Brooch),manakala untuk pemenang Tapak Iklan telah pun diletakkan di blog sis Maera,pemenang Inner telah juga dihantarkan hadiah kemenangan oleh sis Syu,pemenang domain telah bertapak didomain yang baru,cuma untuk pemenang vector...eca telah usulkan gambar anda kepada sis Azza (yang belum hantar gambar kepada eca,sila berbuat demikian oke?.dan,maaf atas kelewatan,sis Azza baru sahaja memulakan pengajian beliau di Uitm..so,agak sibuk sedikit)

 nak buat GA lagi,tapi bajet tiada sebab bajet lari nak renew domain & renew lesen memandu.
ada yang nak sponsor?!.hahaha :)

Enhance Your Curve with S Line Wear

Assalammualaikum.

Iklan melekat sehingga 22 Jun 2012.
entry terbaru,sila scroll ke bawah atau tekan button 'older'





kita sebagai perempuan,perlu tampil cantik.Bak kata orang,tampak cantik lebih berkeyakinan..betul ke tidak?!....untuk tampil cantik,bukan paras rupa sahaja yang kita perlu pertingkatkan......malah,tubuh badan...yang montel nak nampak kurus boleh,yang kurus nampak sedikit chubby pun boleh..tak caya,jom kita survey-survey S Line Wear.


Ultra Smooth Compression Mid Tigh Bodysuit
  • Single-layer compression firms the tummy, hips, thighs and buttocks
  • Light to moderate control for shaping and smoothing your entire figure
  • Molded seat shapes and lifts
  • Smoothened back bulge
  • Cool fabric feels breathable and soft next to skin
  • Removable and adjustable straps
  • Wear with your favourite bra
  • Crotch less design for easy restroom use, wear your panty outside the bodysuit
  • Lace leg prevents dig-in 

Dengan harga RM99,anda boleh miliki full-girdle tersebut.Berfungsi untuk membentuk tubuh anda.Senang dengan pemakaian seluar dalam diluar bodysuit tersebut,so kalau nak buang air kecil tak perlu susah-susah nak buka lagi,just buka seluar dalam je ye!.Dapatkannya dalam saiz L,XL dan XXL.Kain dari jenis polister dan nilon.Tapi,perlu diingat,cucian tangan je boleh!.Maklumat Lanjut,baca diSINI.



High Waist Tummy Tuck Panty


  • Firm compression to flatten your tummy, tones your thighs and lift your buttocks 

  • You can easily have a flat abdomen and slimmer waist instantly. Enhance your beauty by maintaining your hourglass figure comfortably
  • Makes you look inches smaller and slimmer immediately
  • It will help you fit into your favorite pair of jeans, slinky dress or tailored business suits comfortably
  • Breathable fabric flexes with your body for a more comfortable fit Tummy Control Panty Girdle is comfortable enough to wear everyday, and dramatically slimming enough for special occasions.


Dengan ciri khas yang membolehkan anda memakai seluar dalam diluar boleh didapati dalam saiz XL (71-77cm) dan XXL (79-85cm).Boleh didapati dengan harga RM 55 sahaja!!!.Panty dari jenis kain nilon lembut dan polister.Maklumat Lanjut,klik SINI

Low-rise Seamless Padded Panties 


  • Low-rise Seamless Padded Panties is a solution for your flat butt
  • Special molded padded panty is a one piece panty with foam padding built in
  • No more embarrassing moments with the butt pads slipping out of place or old unfashionable design
  • You will never get caught again with unrealistic looking butt pads
  • Low-rise Seamless Padded Panties works well with most fashion



Bentuk dan ciri sama seperti seluar dalam yang biasa namun ianya lebih halus,selesa dan lembut pada tubuh anda.Kain dalam jenis polister dan spandex mampu membuatkan anda lebih yakin bergaya serta selesa.Didapati dalam dua warna iaitu hitam dan coklat muda (nude colour) serta 3 saiz yang berbeza ::
S- suitable for hip circumference of 79-87cm (31- 34 inches)
M- suitable for hip circumference 88-95cm (34.5- 37 inches)

L- suitable for hip circumference 96-105cm (37.5- 41 inches) 

dapatkannya dengan harga RM 55 sahaja!!!!.Keterangan lanjut,boleh baca di SINI.



bagi mereka yang ingin kelihatan berisi dibahagian punggung,
boleh gunakan 
Silicone Buttocks Enhancer Pack.
silikon ini mempunyai design yang istimewa bagi anda untuk kelihatan lebih cantik secara semulajadi, dan lebih lembut daripada botox sebenar.


Dapatkannya dengan harga RM59 sahaja dan anda boleh miliki,1 set seluar dalam khas dengan silikon botox serta 2 set silikon botox.Didapati dalam 3 saiz berbeza yang sesuai dengan anda :
  • M- suitable for hip circumference of 85-90cm (33.5- 35.5 inches)
  • L- suitable for hip circumference 91-99cm (36- 39 inches)
  • XL- suitable for hip circumference 100-109cm (39.5- 43 inches)
contoh penggunaan Silicone Buttocks Enhancer Pack.

so,nak tunggu apa lagi???.Ingin tampil cantik secara semulajadi dengan bantuan khas,mari kita SURVEY S Line Wear.....dengan produk yang terbukti berkesan dan mampu membuatkan anda tampil lebih kurus,lebih gebu mahupun lebih menawan dari biasanya.Harga yang berpatutan dan mampu milik bagi setiap individu.

bakal-bakal pengantin mahupun anda yang sering ke majlis-majlis besar adalah digalakkan untuk mencuba produk ini!!!!......jangan malu,jangan segan yer =)


istimewa dengan pembelian RM100 (Semenanjung Malaysia) dan RM120 (Sabah & Sarawak),anda boleh dapatkan kos penghantaran percuma!!!!

Lawati S Line Wear ;website : S Line Wear fanpage : S Line Wear on FB

anda ada e-niaga,blogshop,website perniagaan?.Mahu eca review blog anda?.Review dengan entry sticky post selama seminggu di blog Cerita Dari Hati yang mempunyai UV 300-400 sehari dengan harga yang berpatutan?.....KLIK SINI untuk maklumat lanjut!!!.

Tabik Spring dengan Pengetua

Assalammualaikum.

peringatan!...entry ini entry memuji Tuan Pengetua SM Lok Yuk Kudat.Betapa daku mengaguminya ketika ini.....entry ini BUKAN ditulis sekadar untuk mendapat markah tinggi dalam latihan mengajar daku.sekian.

1st time meet him,eca dah mengigil LUTUT weii.Memula dapat tahu pengetua baru dan pengetua ini berbangsa Cina...dalam hati eca cakap,"Hopefully dia akan layan kami (guru praktikal) dengan baik"...Agak nervous jumpa beliau...Syukurlah beliau dapat menerima kehadiran kami sebagai guru pelatih SM Lok Yuk Kudat...Bila dapat tahu pulak,belia ini merupakan bekas nazir sekolah,lagilah daku mengigil.....erk,memang kami akan dinilai sebaik mungkin lah jawabnya.hehehe.

Pengetua dari pagi hingga ke petang berada dikawasan sekolah oke?!...Maksud eca,di bilik pengetua dan di bilik guru..,tadi masa tengah layan blog & FB,beliau panggil eca...erk,muka daku time tu pucat gila wei lutut...."saya tahu cikgu,saya salah melayari laman social pisbuk + berblog disekolah,tapi cikgu,line tu laju,sayang kalau tak dimanfaatkan sebaiknya".hikhikhik

Sampai kat bilik dia,beliau tunjuk dua gambar,tanya pendapat eca ,
"Saya baru balik dari mesyuarat di PPD,tengok-tengok apa yang boleh kita buat untuk ceriakan sekolah.Kalau hias bilik mesyuarat macam begini,oke tak?!"....

Lepas tu buat lawatan rasmi bersama tuan pengetua pulak ke bilik mesyuarat.Beliau tanya macam-maca,daku pun angguk-angguk je lah.takkan nak geleng kepala kan,dalam tu sempat pulak daku cakap, "oke seja cikgu,kalau macam tu,saya buat proposal dan senaraikan barang yang ingin dibeli"....kang naya daku kena guna duit sendiri......elaun praktikal habis praktikal baru dapat weiiii.Buat masa ne,bergantung kepada elaun tajaan PAMA je lah...dan hasil kutipan cukai di blog!.haha.

Bukan sekadar kagum dengan dedikasi beliau terhadap tugas sampai sanggup berada dari pagi,siap ke PPD (pejabat pendidikan daerah) dan sempat ikuti perhimpunan sesi petang,aku lagi kagum dengan bahasa yang beliau gunakan.Penggunaan Bahasa Melayu baku yang senang difahami....ohye,pengetua sekolah eca ne berbangsa cina oke?!..so,eca sangatlah kagum bila dia berucap dalam bahasa melayu...no sound of chinesse slangggggg!...hehehehe.

Lagi bertambah daku kagum adalah teks ucapan beliau.....masa perhimpunan hari tu,pengetua sempat pula ucapkan,"..dalam Al-Quran juga ada menyebut IQRA (I.Q.R.A) yang bermaksud bacalah!.....Jadi saya berharap semua pelajar bukan setakat pelajar muslim sahaja,malah kesemua sekali memanfaatkannya.Bacalah buku atau apa juga bahan bacaan sekalipun terutama ketika menunggu sesiapa sahaja."...tahu muka eca masa tu,terpancar sungguh muka keterujaan daku!!!!.SERIUS macam nak bangun dan beri tepukan yang gemuruh kepada pengetua..eh?!.

eh eh,baru dua minggu praktikal,sudah macam ini ulasannya,belum 3 bulan.
SERIUS,Mr Yap...you're my idol for this moment!!!
nak tengok muka pengetua eca,terjah blog sekolah ini --> SINI.

lorr..takde gambar!.esok-esok je lah yer.entry pula terpanjang,maklumlah..sangat kagum dan teruja

Ben Ashaari dan EcaDwinkyAsha

Assalammualaikum.



join diSINI.



blog yang eca suka masuk?!..

urm,blog yang ringan...memang suka.tu pasal bila eca edit blog orang,e
ca suka jadikannya lebih ringan dari sebelum ini!!!!!.dan eca sentiasa akan pastikan blog ini ringan.Kalau berat,sila buat aduan ekh?.

blogger yang suka datang komen di blog eca.....
ye lah,kekangan masa menjadi musuh utama eca sekarang,SO...nak terjah dari satu ke satu blog itu amatlah payah.....dan langkah selamat ialah dengan terjah blogger yang drop komen diblog eca...then comment juga entry mereka.Kalau tak sempat komen,eca suka tinggal jejak kat shoutbox.

blogger yang suka ping entry di FB Group.
sebabnya,kalau eca bosan...eca akan terjah teman-teman blogger yang ping entry mereka di group-group.tak susah-susah nak cari tempat 'menjejaki para blogger'.BETUL ka TIDAK?!.hikhikhik.

itu blog pilihan eca,pilihan anda pula macam mana?
jom kongsi diruangan KOMEN!.
esok insyaallah eca terjah bila takde kelas ekh~.~"


#yeah,esok JUMAAT,masuk keja jam 1,pastu SABTU..rehat?!..
NO WAY!.ada mesyuarat untuk meeting oke?!.....nanti eca update lagi.

Wordless Wednesday #6

Assalammualaikum.



anda pula?!.

Menabung menjamin masa depan.

Assalammualaikum.


Bak kata orang,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.betul atau tak,hanya kita mampu mengetahuinya.Kalau dari kecil anak-anak dilentur untuk menabung,tak mustahil mereka akan meneruskan apabila dewasa kelak.Iyalah,orang dulu-dulu berpesan,melentur buluh biar dari rebungnya...betul tak?!


Bila dah besar ne,perangai menabung semasa kecil daku masih aplikasikan lagi.Siap ada target,dah kumpul duit tuk beli.......dulu kumpul duit beli macam-macam.Masa baru nak menginjak zaman keremajaan,kumpul duit nak beli Majalah Remaja.suka la nak tengok orang bergaya macam-macam kan?!..dah besar-besar,keinginan pun semakin besar jugalah kan!!!.

ini aim dari hujung tahun lalu .......

tapi bila cakap dekat someone tu.....tetiba dia balas, 
"dari kumpul duit nak beli gadget-gadget yang u memang dah ada (HP),baik kumpul duit beli tanah ke,rumah ke,emas ke,dinar ke......ada faedah juga.Kalau beli gadget,nanti rosak,kena juga keluar duit tuk baikkan.Tapi kalau beli emas ke,boleh juga digadaikan masa-masa kesusahan".

terus CANCEL plan nak beli X10mini,Samsung Galaxy and so on.
cukup je lah dengan vivaz pink daku ne.tapi keinginan itu tetap ada!!!!.
Then,plan nak beli emas....belum pun cakap dengan mama,mama dah beri satu cincin emas...jadi,bila daku nak beli cincin dengan duit sendiri ne?!..nak beli lagi,malas lak..nak orang cakap,"mami jarum junior",tak sanggup weiiii...so,simpan je la duit yang ada untuk jaminan masa depan.betul tak?!.


korang ada tabung?.rajin menabung ke tidak?!....
dan boleh tolong eca menabung dengan klik iklan nuffnang tak?!.hehehe.

BM ke BI,hari PERTAMA MENGAJAR!

Assalammualaikum.

mengigihkan diri mengupdate cerita praktikal untuk hari ke-dua. :)

murid daku sedang tekun meng'copypaste' mind-mapping dihadapan

Hari ke-dua dah masuk mengajar....kelas English,Form 1 Crystal.Kalau ikut ranking,kelas ne yang ketiga/4 buah kelas.SO,eca anggap mereka,"kurang mahir berbahasa inggeris,ketidakmahiran bertutur dan membaca bahasa inggeris"..but,when I test murid yang pendiam...mahupun murid yang sederhana....so far,mereka BOLEH MEMBACA DALAM BAHASA INGGERIS!.yeahhh,memudahkan kerja cikgu =).Membaca tu senang tapi memahamkan mereka tu agak payah...so,eca kena beri contoh yang sesuai.

eca tanya mereka,"do you want teacher speak in english or malay".
dalam 4-5 orang setuju eca cakap bahasa inggeris...bila eca tanya siapa yang nak eca cakap bahasa melayu,tak sorang pun angkat tangan =.="...tapi bila eca cakap,"teacher will speak in both english and malay",semua pun tersenyum kambing.ishhh,"teacher loves you'll today".

dalam kelas eca,eca bagi mereka 4rules (1F,3R)
focus,respond,reward,relax.

focus bila teacher sedang mengajar,bercakap,memberi penerangan.
respond pada teacher bila diminta dan memberi pertanyaan yang sesuai dengan pelajaran.
reward untuk pelajar  yang menunjukkan prestasi yang menakjubkan.
relax dalam kelas,enjoy the class,avoid stress :)

untuk tidak menghampakan korang,meh meh tengok muka cikgu ;;

lepas berakhir dua kelas hari ini.dengan muka berminyak sangat!...adooi 
=____________="


suka sangat bila student beri respond nak eca mengajar dalam bahasa melayu & bahasa inggeris 

1st day,terumbang-ambing.

Assalammualaikum.



ada ke yang ternanti-nanti update eca hari ne?!...ececec,bajet howt dowh!.hahaha.grrrx >,<"

hari ne datang LEWAT,my BAD,I admit!...seriously,penat sebab semalam baru balik dari kampung ++ tak dapat tidur seawal,macam biasa la kelawar macam eca ne,,tidurnya selepas subuh!.So,lambat...dah mula perhimpunan baru sampai,guru disiplin eca siap cakap,"pi la ikut perhimpunan,mau takut apa...ko tu cigu,bukan murid lagi"..erkk,I miss being a student!!!.untuk esok dan hari-hari seterusnya,datang sekolah jam 11.30pagi,sebab eca akan mengajar sesi petang..wahhh,daku suka oke?!

tolong belikan jam loceng yang cute macam ne.
baru leh bangun awal,tidur awal.hahaha.

Hari pertama dah kena gantikan ustazah.....dia dapat pindah ke Selangor,so tiada guru ganti lagi.Terpaksalah eca masuk kelas dan gantikan masa Pendidikan Agama Islam....tak menahan bila murid-murid ucap,'Assalammualaikum Ya Ustazah'...mak aiii,daku bukan ustazah,seganlah kena gelar camtu!.

sekolah daku ada blog,sekolah ko ada?!.
klik gambar untuk ke blog sekolah :)

tadi sebelum balik,daph dapat JADUAL eca...ajar Form 1 & Form 2....kelas pandai-pandai,jangan je lah dorang lagi pandai dari eca sudah!..tapi tadi masa kelas ganti,sempat pula daku menakutkan budak.Siap permainkan budak lagi..yang paling best,student buat-buat tak dengar apa eca cakap,student buat-buat bising....eca jeling sekali je.terus diam!.sukanyer!!.

Dahlah tadi lappy xbawak..terpaksa call bapa minta hantarkan...so,boleh online kejap.even dekat sekolah ada WIFI,eca guna juga berukband biru ne.LINE TERHEBAT!.tapi...hp vivaz lak teda battery,jadi hari ini takde gambar cikgu yang comel ye kawan-kawan. >,<

jam 12.30tengahari nanti,akan masuk kelas dan mengajar!
doakan eca kawan-kawan :)


kisah hujung minggu

Assalammualaikum.


Jam 1.45am...masih berjaga..padahal kena bangun seawal jam 5.30am dan pergi ke sekolah...yer,hari ini hari pertama sesi persekolahan penggal ke-dua.Disebabkan hari ini hari pertama,eca kena pergi pagi dulu,untuk jumpa pengetua,ambil tempat duduk dibilik guru dan ambil jadual kelas.Tapi,masih tak dapat tidur.huhu!!!.
Dari hari sabtu-ahad,eca memang tak dapat online langsung.Malas nak bawa laptop balik kampung,so tinggal je kat rumah parents.Nak bawak broadband balik (online guna vivaz0,broadband pula tertinggal juga!!!.So,memang tak tahu apa-apa perkembangan.Dah balik dari kampung pula,baru lah terhegeh-hegeh baca komen,mcs,email dari kawan-kawan...dan yes,eca terima berita buruk!.

Delete eca delete!!!!
tetiba dua orang kawan eca inbox suh delete gambar,block orang yang tag-tag....haish,tak paam!.Bila update status tanya apa yang terjadi,baru paam!.Apapun,eca doakan kawan kita tu tak apa-apa..ambillah tindakan yang sewajarnya!...dan bagi para suami-suami,yang malu kamu juga.Kerna,maruah isteri ditangan kamu,diakhirat kamu yang dipersoalkan.hukum dunia,mungkin kemenangan ditangan kamu,hukum Allah,siapa tahu?!.

arhh,sudah!Malas nak ambil kisah sangat....yang penting,kawan-kawan tahu itu bukan eca.
Sabtu lalu,pergi kenduri kahwin sepupu.Masa sampai sana,pengantin lelaki pun dah sampai.Eca suka tau!..sebab takyah tunggu lama-lama..hikhikhik.Sampai je,terus ambik makanan..makan..lepak-lepak dan balik!.eh eh,hantar sepupu eca balik rumah dia dulu.Kan sekolah dah tamat cuti.

entry ne memang takde gambar oke?!..entry seterusnya baru eca post gambar banyak-banyak...hehehe :)
"doakan eca dihari pertama ye"





BR1M kali ke-dua dikaji.

Assalammualaikum.

BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) bakal diagihkan untuk kali kedua,demikian yang dicadangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Razak semalam.Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata ,"bantuan tersebut boleh dilaksanakan jika kerajaan memperolehi peningkatan sumber pendapatan termasuklah penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Semalam kita bincang dalam Kabinet,Datuk Seri Noh Omar pun ada.Saya beritahu Perdana Menteri,kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M).Tidak tahulah,itu pandangan saya tetapi PM senyum saja",ulas Timbalan Perdana Menteri ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 100tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa,Jeram.Sambungnya lagi,"Belia kata apa susah,cari sumber,kita ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan kita tidak dikutip dan bila PM arahkan LHDN tingkatkan kutipan,tahun lalu dapat tambahan hasil RM26bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30bilion.


Sehingga kini,dianggarkan seramai 4.78juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M daripada keseluruhan jumlah peruntukan RM2.6billion yang diluluskan kerajaan.Ia termasuk penerima BR1M di Parlimen Kuala Selangor yang mencecah 8,376orang dengan nilai sebanyak RM4juta.

TPM berkata lagi,kerajaan mampu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan melaksanakan pembangunan melalui dasar transformasi nasional yang digerakkan oleh pentadbiran PM sekarang.Malah,bantuan itu diberikan dalam bentuk subsidi mencecah berbilion ringgit setahun,namun tidak disedari rakyat kerasa sudah terlalu lama menikmatinya dibawah pentadbiran keraajaan Barisan Nasional.


"Subsidi yang kerajaan tanggung berjumlah RM2bilion,tuan-tuan tidak tepuk tangan,pasal sudah biasa kerana apa yang BE berikan biasanya orang sudah lali,sebab sudah lama sangat tetapi tidak dapat dinilai.Kalau sebelah sana beri RM100,cerita gempak seluruh dunia.


Katanya lagi,"kita beri RM500, bagi subsidi..(orang kata) biasalah tu tanggungjawab kerajaan,sedangkan tidak semua negara berbuat demikian.Jiran kita Indonesia,rakyat mereka berarak di jalan raya kerana membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.


bacaan lanjut di : Utusan Online

eca cakap-cakap ::
Baguslah jika BR1M diagihkan sekali lagi.Ini kerana peruntukan RM500 kurang mencukupi bagi rakyat,apatah lagi semakin banyak harga barangan naik walaupun harga minyak turun 10sen.
erkk,kalau ada peruntukan BR1M sekali lagi,untuk student ada lagi ke kupan RM200?!.
hikhikhik.



Resepi 'Sinagol' Ikan Yu

Assalammualaikum.

Hari ini nak kongsi satu resepi yang eca perolehi dari mama....dan,semestinya  dah hampir 'pakar' masak masakan ini.Cuma belum sesedap masakan mama lerr >,<". Sinagol ikan yu ne lebih kurang ala-ala serunding ikan.Cuma takde la tahan lama seperti serunding tu yer.Jom kita salin resepi.

Bahan-bahan :
Ikan Yu (pilih yang lembut isinya)
Bawang merah,bawang putih,halia,serai,kunyit.
Cili giling
cili padi (nak pedas,tambah banyak-banyak)
Air asam jawa
Lada hijau
Kelapa parut
minyak,garam,air

Cara memasaknya :
1) Didihkan air dan lembutkan ikan.
2) Setelah ikan lembut,bersihkan kulitnya.[Kulit ikan yu ne kasar ye,so korang kena bersihkan  @ buang je senang ceta..hikhikhik]
Ikan direbus dan dibersihkan kulitnya.*abaikan tangan daku yang comel itu*


3) Tumbuk/Blend bawang merah,bawang putih,halia,kunyit.
4) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk/blend berserta serai
5) Setelah naik bau,masukkan cili giling dan tumis sehingga keluar minyak.
6) Setelah keluar minyak,masukkan ikan yu dan hancurkan isi ikan yu.
7) Selepas tu,masukkan air asam jawa.

8) Selepas agak sedikit kering,korang masukkan pula lada hijau yang dihiris nipis dan biarkan ia masak seketika.

9) Masukkan pula kelapa parut dan gaul sebati.
10) Masukkan garam berserta ajinomoto.
11) Biarkan dalam api sederhana sehingga kering.(eca suka yang kering,so tunggu lama)


"sinagol" ikan yu ne sedap dimakan bersama nasi putih yang panas-panas.Kalau orang Semporna,mereka juga gunakan ikan buntal bagi menggantikan ikan yu ne,tapi perlu 'skill' sebabnya perlu buang racun ikan buntal tu dulu.Ikan pari pun boleh juga,tapi eca dah biasa guna ikan yu,even ikan yu sekarang dah tak banyak lagi dan tak boleh ditangkap lagi.hikhikhik.

so,agak-agak korang nak try tak?.mudah je nak masak ne...dan sedap untuk dimakan.=)
kalau malas masak,call je food deliver...nombor phone ada kat SINI.


p/s : Sebenarnya dah lama nak update pasal resepi ne.Ini pun gambar eca ambil masa mid-semester break bulan March dulu.Tapi takde masa nak update.urmm,lauk kegemaran Arwah Ady & menjadi kegemaran Miss Rain masa kenduri dirumah eca sebelum 'kejadian kemalangan' berlaku.I miss them T______T"

Cabutan Ke-3 Pemenang My Little Giveaway

Assalammualaikum.

Setelah cabutan ke-2 dilakukan,masih juga ada pemenang yang tidak menghantar detail kepada eca.Tak nak hadiah agaknya.So,eca buat cabutan kali ke-3 berdasarkan nombor yang masih belum dicabut undinya.

Tapak Iklan di Maera Ismail Blog (1 pemenang)



HP Strap/Keychain tajaan Greennnpanda Craft (1 pemenang)



FM tajaan Mala Nasohah (1 pemenang)


Pemenang barangan (HP Strap/Keychain @ FM),sila hantar detail berikut ke email eca, ecasha.89@gmail.com

Subject : Pemenang My Little Giveaway
Hadiah Kemenangan :
Nama Penuh :
Alamat :
No. Phone :

Pemenang tapak iklan,sila hantar detail berikut ke email eca, ecasha.90@gmail.com
Subject : PemenangTapak IklanURL blog :Kod Banner :*eca akan forward kepada Sis Maera*


Sila hantar detail anda sebelum hari Ahad,jam 7.30pm.Kelewatan berbuat demikian,akan membatalkan kemenangan anda dan eca terpaksa buat cabutan yang ke-4 pulak dah.

PERHATIAN :: 
  1. eca dah hantar hadiah kemenangan bagi pemenang yang sudah hantar detail kepada eca (cabutan pertama).Insyaallah,eca akan pos kan lagi hadiah untuk pemenang cabutan ke-2 pada hari Jumaat @ Sabtu.BTW,eca hantar guna pos biasa bersetem RM1.Hopefully sampai la yer,sebelum ne pun pernah hantar juga guna setem RM1,sampai juga hadiah-hadiah tu...SO,kepada semua pemenang,sila tunggu yer =)
  2. pemenang-pemenang VECTOR tajaan Azza.eca dah send kepada Azza dan tunggu Azza approve gambar kalian.Kalau dia kata oke,dia akan proceed la buatkan vector korang.Kalau tak,nanti eca akan minta gambar lain pula.
  3. pemenang-pemenang Inner tajaan Azy Collection,eca dah send detail anda kepada Syu.So,sila tunggu yer.Kalau tak dapat dalam masa seminggu,inform eca ye.Kalau dapat pun,inform eca secepat mungkin.
Sabtu : Attend kenduri kahwin cousin di Tuaran.
Ahad : Ikut parents attend kenduri kahwin di Kudat.
Isnin : My 1st day praktikal dan 'selamat datang kesibukan'.


orang-orang sekitar Klang,sila dapatkan perkhidmatan 'food deliver' di SINI.

sudah setuju

Assalammualaikum


Selasa yang lalu,jumpa PK1 (penolong kanan 1) kat sekolah lama eca.yeahh,penolong kanan 1 ne merupakan guru kimia eca dari tahun 2005-2006.Jumpa beliau atas arahan Tuan Pengetua...nak ambil jadual dan urus perkara-perkara berkaitan....dan paling penting,nak minta tandatangan Pengetua/PK 1 untuk surat permohonan menjalankan latihan praktikal di .......

apakah ini?!.....

 itu SAMPUL SURAT RASMI yer kawan-kawan.nak dihantar ke...
Executive (Practicum Training), UNIRAZAK Wilayah Sabah.

dalam tu ada,

dan KAMI (eca dan dua kawan) OFFICIALLY LAPOR DIRI dan persetujuan dari pihak sekolah untuk menjalankan latihan praktikal di SM Lok Yuk Kudat telah diperolehi.Surat ne nak kena hantar ke kolej.

sepanjang dua jam (sejam menunggu,sejam berbincang),banyak ilmu dan informasi yang kami perolehi.
Jadual belum dapat,cuma hari tu kami bincang berkenaan subjek,projek dan lain-lain.

Maybe,eca akan ...
  • ditempatkan ke sidang petang (Form 1 & Form 2) sebab sidang pagi dah penuh.Lagipun ada guru praktikal dari UMS sedang menjalani praktikal mereka.
  • ajar subjek Bahasa Inggeris,dan juga akan ajar subjek Maths atau BM.erm,nak ajar Sains tak dapat.Sebabnya masa SPM dulu eca tak ambil SPM,cuma ambil Kimia,Fizik,Biologi.So,tak boleh ajar Sains.(bayangkanlah cigu BI ajar BM.tunggang langgang lah student daku =.=")
  • akan jadi guru pembimbing untuk Puteri Islam,English Club,Kelab Badminton.aktiviti ko-kum kena aktif lah :)
  • bakal menjadi guru pembantu untuk unit Bimbingan dan Kaunseling.suka-suka nak bagi kaunseling dekat para student..ada yang nak try dulu tak?!.hehehe.
  • mungkin akan involve buat 1 projek untuk sekolah dan dapatkan markah untuk kami bertiga.

cuti sekolah dah nak TAMAT dah!.
Sila-lah anak murid sekalian siapkan kerja sekolah yer.
eca pun nak siap-siap untuk hari pertama.
ohyee,name tag dah buat :)
Siti Ashah atau Ashah?!.
teka teka teka 
^__________^


orang Lembah Klang dan kawasan berhampiran,sila klik SINI.

Download Our Catalog,Buy Your Choice at NurDiana's Collection.

Assalammualaikum


Anda suka ber-shopping secara online?!...ataupun suka untuk berniaga dalam masa yang sama?!..jom jom reramai check-out NurDiana's Collection.


Shopping sambil menjana pendapatan sampingan di NurDiana's Collection.

Antara barangan terbaru di NurDiana's Collection adalah ....

 

Foot Powder (Bedak Kaki)
Dengan adanya triclosen dan sulfur,bedak ini membantu menghalang pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kaki anda berbau.Pemakaian bedak kai akan menjadikan kaki anda segar dan berbau wangi sepanjang hari.

Harga : RM11.25.
keterangan lanjut,klik SINI.



Foot Care Pedicure Set (Set pedicure kaki)
Didatangkan dalam bekas  transparent berwarna biru yang ringkas namun masih kelihatan trendy.Lengkap dengan    aksesori penjagaan kuku termasuklah 'buffers'.'cuticle pusher','toes separator','clipper' dan berus untuk memudahkan proses pedicure dengan mudah dan kemas.

Harga : RM8.75
keterangan lanjut,klik SINI.



Bukan sekadar menjual barangan untuk kesihatan kita,NurDiana's Collection juga menjual pelbagai jenis bag,purse,handbag dan macam-macam lagi.

pelbagai saiz,bentuk dengan harga berpatutan :)
paling berkenan yang ini ;;

baru puas hari....banyak KAD boleh simpan,HP atau mini-organize pun boleh letak,apatah lagi kunci kereta...tak perlu pakai handbag pun cukup...harga pun tengah promosi tue =)


sambil shopping,leh berniaga juga.
jadilah DORPSHIPPERs NurDiana's Collection


apa yang perlu anda lakukan adalah ::
berminat,cuba baca info lanjut di SINI.

ingin tahu produk terbaru di NurDiana's Collection,download catalog mereka --> Download.
LIKE fanpage mereka di -> Nur Dianas Collection


mari kita meriahkan Little Giveaway Nur Diana's Collection.cuma perlu buat review ke atas blogshop tersebut dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.Klik SINI untuk maklumat lanjut.
dan meriahkan juga Contest Blogger & Forum CariCyber (turut ditaja oleh NurDiana's Collection)

"happy shopping and happy business"
~cepat-cepat download catalog mereka untuk pelbagai lagi produk terbaik~

Wordless Wednesday #5

Assalammualaikum.



ada sesiapa nak?!



Cabutan Ke-2 Pemenang My Little Giveaway

Assalammualaikum.


Senarai pemenang My Little Giveaway cabutan pertam, KLIK SINI.
Disebabkan beberapa pemenang tidak menuntut HADIAH dari eca (tidak lapor diri dan hantar detail),even eca dah PM mereka d FB dan entry blog masing-masing,eca buat cabutan ke-dua.

Inner tajaan Azy Collection (1 pemenang)
--> http://kisahsidairy.blogspot.com/2012/04/my-little-giveaway.html (38)

Tapak Iklan di Maera Ismail Blog (2 pemenang)
--> http://www.akmarwati.com/2012/04/my-little-giveaway.html (32)
--> http://suhadarazman.blogspot.com/2012/04/my-little-giveaway.html (40)

HP Strap/Keychain tajaan Greennnpanda Craft (2 pemenang)
--> http://manjelurvehijau.blogspot.com/2012/04/my-little-giveaway.html (53)
--> http://azzafdzal.blogspot.com/2012/03/my-little-giveaway.html (21)

Vector tajaan Azza Life Story (1 pemenang)
--> http://sikecilaina.blogspot.com/2012/05/my-little-giveaway.html (63)

FM tajaan Mala Nasohah (1 pemenang)
--> http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/05/my-little-giveaway.html (71)

Pin Blogger dari eca =)
--> http://lurun-niaraf.blogspot.com/2012/05/my-little-giveaway.html (68)


Kepada semua pemenang,sila hantar detail anda semua ke email eca, ecasha.89@gmail.com.
Subject : Pemenang My Little Giveaway
Hadiah Kemenangan :
Nama Penuh :
Alamat :
No. Phone :

Pemenang Tapak Iklan,hantar detail ke email, ecasha.89@gmail.com
Subject : PemenangTapak Iklan
URL blog :
Kod Banner :
*eca akan forward kepada Sis Maera*

Pemenang Vector,hantar detail ke email, ecasha.89@gmail.com
Subject : Pemenang Vector
URL Blog :
Attachkan gambar yang ingin divectorkan.Gambar hendaklah jelas + close-up.

Harap kesemua pemenang beri kerjasama dan tempoh untuk anda diberikan sehingga Hari Khamis jam 7.30 malam.So,jumaat eca leh send hadiah untuk anda.Bagi pemenang yang dah hantar detail,eca akan send hadiah untuk anda pada hari Selasa,5 Jun 2012.*see,cepat anda hantar detail,cepat juga hadiah anda dihantar*.Cuma bagi pemenang inner,hadiah akan dipos oleh penaja,means..kena tunggu kesemua pemenang send detail yer,harap bersabar.

p/s : adik bongsu eca cakap, "eh,dorang tu nda mau hadiah ka?..buat penat jak aku cabut!"

Kerja Sebelum Kerja

Assalammualaikum.

Cuti sekolah ada seminggu je lagi.So,seminggu lagi lah juga jawabnya eca mampu bermanja-manja dekat rumah.Boleh lah,tidur lewat,bangun lewat....mandi jam 10 pagi,tengok TV sampai bosan,boleh online sepuas hati even coverage berukband mengatasi segalanya.

Dalam seminggu ne memang banyak yang eca kena selesaikan.Antaranya :

Edit Template Blog.
Ada 4 blog yang tak siap lagi.Satu dah siap edit,cuma tunggu nak letakkan kat blog.Satu lagi nak edit colour,colour sebelum ne owner tu tak berkenan.Satu dah start design.Satu lagi masih belum sentuh.Banyak keja.Insyaallah,siapkan juga!...sabar eca sabar =)

Name Tag.
err,serious tak sempat-menyempat keluar gi kedai tuk buat name tag ne.Tunggu parents balik kerja,kedai tu pula dah tutup.Ingat nak buat esok,hopefully sempat siap sebelum hari Jumaat.ke ada yang nak tolong buatkan?!...alamat eca ada diruangan 'contact me'.kihkihkih.
Kalau guna nametag yang macam ne boleh tak?!.Rasanya nametag masa sekolah dulu,elok lagi.Jahit kat tudung,tiap-tiap hari jahit,sebab guna tudung yang berbeza.ahaks!

eh eh,nak tulis apa kat nametag yer?!..Siti Ashah atau Ashah je?!.tolong-tolong.....

Fail.
Untuk praktikal eca,kena sediakan 3 fail wajib.
nak fail warna pink ble?!.

1) Fail Sekolah.kena buat research tentang sekolah.Senang kalau sekolah ada majalah ataupun website,copypaste je.muahahahaha..gelak jahat!.kerja nampak senang tapi....(kita nantikan je lah!)

2) Fail Rancangan Pengajaran.Nak mengajar kenalah sedia rancangan dulu,nak ajar apa,aktiviti nak buat camna...erm,, I can smell so many works~.~"

3) Fail 'Log Book'.Log Book ne merupakan 'reflection' harian eca.Semua yang eca lakukan setiap hari kena catatkan.Kat blog pun akan buat 'daily reflection' dengan gambar seorang cikgu-perasan-comel.ngeee =)

nervous and excited!.eca harap praktikal kali ini berjalan dengan lancar..kerja pun senang dan paling penting dapat A+,amin.erm,,fikir-fikir lagi apa yang tak selesai untuk praktikal neyh?!..rasa macam banyak lagi benda tak selesai.Korang doakan lah yer,semuanya OKE.