TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Raya #1.


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

selamat hari raya kalian. :)
hari ini tak pose yer,,sila makan lemang,rendang,ketupat,kuih-muih semua tue...jangan segan-silu pula.

semalam jam 3 dah bangun dah..sebab kena masak tuk para tetamu.I masak tomyam ayam derr.....then,masak udang masak merah,ayam masak madu & sayur campur.pergghhh,penat masak.lepas je tetamu balik,terus masuk bilik,ZzZzZzzzzzz.

then,bangun jam3 family ajak gi ruma nenek I,(bukan nenek kandung eh,nenek sedara).Lepas borak-borak-borak-makan-minum,masa tuk balik pula.Nak balik tu,makcik dan cousin I hulur duit raya,eh eh tak sangka pula I yang berumur 22tahun ne dapat gak duit raya.berapa banyak?!.derr takyah nak havoc2x....asal ada.ko ada?...takde kan?.heho.

misi mengumpul duit raya diteruskan esok pula,balik kampung belah my mom,tak jauh mana pun,dalam 45minit je dari rumah neyh.

#layan nur kasih the movie dulu yerr.



Selamat Hari Raya Aidilfitri



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Ramadhan baru melabuh tirainya.Kini Syawal menjelma.
Ucapan Selamat Hari Raya buat 
# keluarga tersayang
# sanak saudara yang jauh dan dekat
# teman-teman seperjuangan dari zaman sekolah-UNIRAZAK
# skandal(s) yang ntah dimana(LOL)
# teman-teman blogger
dan istimewa pembaca "cerita dari hati",tanpa anda siapalah saya.
Maaf andai ada penulisan di blog kudus ini mengguris hati anda semua.
Maaf andai ada pernah terkasar bahasa mahupun tersilap bicara.
Saya juga insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Yang baik datang dari Allah SWT,yang buruk itu dari diri saya sendiri.
terimalah kad raya dari saya :)




*simple je eh,sebab tengah edit sambil sedia bahan tuk masak tomyam*

>maafkan saya andai ada salah silap<
>jemput datang ke rumah..Kg. Tambilaung,Kota Belud,Sabah<
*-*

kumenangis kerna pemergiannya.


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

kehadirannya dicanang meriah,
dan malam pertamanya begitu indah,
hari berlalu,tanpa disedari.

malam-malam terakhirnya
aku berdoa kepadaNYA
mengharapkan agar ia takkan berakhir.

namun apa yang diharapkan
semuanya telah disuratkan
hati menangis hiba
pemergiannya kini telah tiba detiknya.

Ya Allah,
aku merelakan pemergian bulan suciMu ini
dengan pengharapan agarku dikurnia hidayah
agar apa yang kuikhlasi di hari-hari yang berlalu
akan dapat kuteruskan selamanya.

Ramadhan,
semoga kita berjumpa lagi....

Geng Blog Pink Merdekaraya[merdeka merdeka merdeka]


^_ASSALAMMUALAIKUM_^


kembali dengan segmen ke-dua GBP Merdekaraya.Kalau segmen 1 kita namakan GBP Merdekaraya [raya owh raya].Segmen ke-dua ini ialah.................

GBP Merdekaraya [merdeka merdeka merdeka]


apa yang perlu kamu buat ialah....
1) tulis entry bertajuk GBP Merdekaraya [merdeka merdeka merdeka]
2) letakkan Banner diatas.
3) tulis puisi (samaada pantun,sajak,cerpen atau apa saja) berkenaan MERDEKA.
4) PINGkan entry kamu ke GBP fbgroup.
*selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia*

Geng Blog Pink Merdekaraya[raya owh raya]



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

heyyo...GBP segmen derr....KEMBALI LAGI!.Segmen kali ini bersempena dengan bulan kemerdekaan serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.Segmen kali ini diberinama.....


GBP Merdekaraya
*banner tuk segmen ini*

dalam segmen ini,korang kena lah lukis ke,tulis ke,decorate ke,..kad raya GBP.korang boleh gunakan gambar dibawah ini.[right klik-save as].tapi kalau korang rasa korang teramatlah kreatif,sila lah decorate sendiri kad raya alam maya tuk gbp tue dengan SYARAT..logo GBP kena ada.kat bawah ada cupcake tu[right klik-save as].Medium tuk kamu edit,tak kisah lah,guna paint ke,gimp ke,picnic ke,photoshop ke...tak kisah.nak dalam bentuk animasi ke,flash ke,yang biasa-biasa pun oke.





entry kamu harus ada ini:
tajuk entry : Geng Blog Pink Merdekaraya[raya owh raya]
kena ada : hasil kad raya kamu.
kena letak : lagu raya feveret kamu.
kena tulis : ..apa erti raya bagi kamu dan SEBAGAINYA.(tulis je apa kamu nak,variasikan penulisan kamu,taklah  bosan bila baca kan)
dan akhir sekali:....PING entry kamu ke GBP fbgroup dan UPLOAD hasil kad raya kamu ke GBP fbgroup.
"selamat memerah otak melakar kad raya alam maya untuk GBP*




client ooo client |jom edit blog,harga runtuh|


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

I baru balik dari berbuka puasa dekat pejabat mama.Letih,bukan letih makan,letih tengok gelagat all the staff.I makan tak banyak,,,sebab makanan tu tak sedap kot.ntahlah,dah memang takde selera.Sebab teringat-ingat dekat sate kambing :)

heho....dah tertunggak task neyh.cian dekat sorang blogger yang juga ex-housemate I.Dia dah minta I editkan blog,amik Menu D....harga sama tapi dekat dia sebab kawan I juga,I bagi SPECIAL.apa yang special?.nanti update yer.

BTW,sapa-sapa nak I editkan blog,boleh tengok menu dekat sini.|servis edit blog|.
SPECIAL PROMOTION untuk SYAWAL.

Menu A: RM5 + banner blog.
Menu B: RM10 + header&banner blog.
Menu C: RM15 + header,banner&watermark.
Menu D: RM20 + header,banner,watermark& shoutboxframe/picture footer.
*promotion only for menu biasa,menu rojak...still the same* 

SYAWAL SPECIAL PROMOTION SEHINGGA 1SYAWAL SAHAJA.
dan semua blog akan diedit dalam bulan syawal(starting 2nd of syawal).

nak?...sila hantar mesej dekat FB.|eca dwinky asha|
ataupun email ke ecasha.89@gmail.com
ataupun YM : e_casha@yahoo.com.my[please do tell me who are u before add yer]
.and please SPREAD this lovely promotion to your blogger friends.

Tips membuat Rumah Terbuka


^_ASSALAMMUALAIKUM_^



arghhh,nak buat rumah terbuka,...tapi nak jemput sapa,makanan nak kena sedia banyak ka tidak,duit raya nak bagi tak,kawan-kawan datang ke tidak,sanak-sedara ne nak datang ke tidak,..pening pening pening!.


pening nak buat rumah terbuka?.tak usah pening-pening,ne bakal-cikgu-english-yang-ada-masalah-grammar nak ajarkan.Ini ikut pengalaman I masa buat rumah terbuka SENDIRI (dua tahun lepas),,perggh dua tahun lepas eh eh 2008 dah berapa tahun berlalu..3tahun LEPAS.silap dan malas nak backspace[terima kasih].jom teruskan pembacaan k,ilmu nak kongsi-kongsi:....

1) Jemputan.
Bagi korang yang sudah bekerja,mesti dah melalui pelbagai fasa hidup.Dari zaman sekolah,zaman universiti/kolej,zaman perkerjaan..mesti ramai kenalan nak jemput kan.Mana lagi sanak sedara.Takut pula tetiba datang segerombolan cik kiah masuk meminang,tak ke menang tangan tu?...penat lagi memenatkan.SO,bila nak buat rumah terbuka,agihkan masa.Mungkin pagi untuk kawan-kawan sekerja,petang pula untuk teman-teman seuniversiti/kolej dan malam untuk teman-teman zaman sekolah.Another days,boleh buat untuk kaum keluarga jak.Kan bagus bila lebih ramai yang berkumpul dalam satu masa.Contohnya,bila korang tak aturkan jadual camtu,tetiba datang teman sekerja,lepas tu datang pula teman satu sekolah..dah bertembung.Nanti bila korang asyik layan teman sekerja tu,teman-teman lain bila nak layan,takut pula dorang kecil hati kan.

2) Makanan.
Dah namanya raya,mesti nak grand sikit kan?.Tak salah bagi kamu nak tempah makanan dari mana-mana katering,lebih mudah dan kamu tak susah untuk kamu bangun awal berpenat di dapur.Itu kalau ada bajet LEBIH,bagaimana pula yang takde eh eh tak berapa nak ada bajet....jangan risau,guna kelebihan yang kamu ada.Contohnya,kamu dah expert sangat masak laksa(merujuk kepada diri sendiri le tue...hikhikhik),apa salahnya kamu buat je laksa dan hidangkan kepada tetamu.eh eh laksa baru satu hidangan kan,dibuatnya nanti ada tetamu kamu yang tak makan laksa camna?..tak usah susah-susah....masak nasi(variasikan jadi nasi+kismis ke,nasi kuning ke,nasi tomato ke)...then masak dua tiga lauk,hidangkan..dah jadi.Nak tambah lagi,buat kek takpun beli dekar SR(SR mahal gila dowh...1kek rm80,tambah tax dah rm84,boleh bikin 4biji chesse kek..malah lebih lagi..).Kalau agak-agak teman kamu bakal membawa anak-anak kecil,jangan lupa hidangan untuk budak-budak.Kadang-kala bagi mereka,gula-gula dah cukup.

3) Tempat dan ruangan.
Aspek ini wajib dititikberatkan.Bagi kamu yang tinggal di kampung,mungkin oke,ruangan halaman mungkin besar,tak yah halaman,ruangan beranda suda cukup untuk menampung tetamu.Pastikan sahaja sediakan kerusi dan meja disitu,dan paling penting,sediakan bekas habus rokok...sebabnya,ruangan beranda ini lebih diminati oleh kaum lelaki yang keja duk "menambah nyawa".Lagipun ianya lebih santai kan?...Tapi camna pula dengan rumah dengan ruangan yang kecil..hah,,sila rujuk tips #2.aplikasikan.Kat ruang tamu,tak usah nak semakkan dengan perabot yang bagai nak rak.Sediakan ruangan kosong,in case tetamu kamu membawa anak-anak kecil.Mereka neyh memerlukan ruangan yang besar tuk bermain..kan lebih memudahkan mereka.

4) Duit raya.
Kadang-kadang terfikir nak sediakan,tapi kadang-kala tak cukup bajet.hah?!.pening dop?...so,rancang awal-awal.nak beri,tak yah nak banyak-banyak.yang penting ikhlas.eh eh,kalau RM1 pun da oke dah..Kalau dorang taknak terima,I terima...kalau 1rumah dapat RM1,sepuluh rumah..dah boleh cover topup sebulan. :)

I bagi 4 tips dahulu yer,kalau ada I nak tambah,I update nanti.Apapun bila nak buat rumah terbuka,cek poket sendiri dulu,jangan kemudian hari nyesal tak guna...buat takyah grand sangat,kang dikata menunjuk-nunjuk,tak elok,buat ala kadar...sebab apa yang penting,kita ziarah-menziarahi disamping pereratkan hubungan silatuhrahim sesama kita. 


err,korang ada tips nak kongsi ke?..sila-sila-sila ruangan komen terbuka :)

Suasana Hari Raya

^_ASSALAMMUALAIKUM_^



♬♪ ♭♫♪

Berlalulah sudah Ramadhan,sebulan berpuasa,tiba Syawal kita rayakan,dengan rasa gembira.Anak muda dirantauan,semuanya pulang kedesa,ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.Bertukar senyuman dan salam,ziarah-menziarahi,tutur dan pakaian sopansaling memaafiSuasana hari rayawalau dimana pun juamenenteramkan jiwa.Kuih dan muih,beraneka macammakanlah jangan hanya dipandangketupat rendang sila nikmati kawanpenat memasak malam ke pagi.wajik dan dodol jangan lupakanpeninggalan nenek zaman berzamanasyik bersembang pakcik dan makcikduit raya bila nak diberi.

sepanjang zaman!.itu je yang boleh I simpulkan.Biar saban tahun,ada saja lagu baru di corong radio,dulu cuma penyanyi..artis kini deejay radio pun ada juga lagu raya.Namun,lagu Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Ellina neyh,tetap menjadi lagu-raya-kenangan-sepanjang-zaman.Umur I dah 23tahun,lagu neyh dah berapa tahun,namun lagu ini tetap dicari.Ini antara lagu raya TERBAIK,tak jemu dengar berulang-kali.I paling suka dengar lagu raya time nak pasang langsir,tengah buat kuih,tengah sediakan hidangan juadah di pagi raya.....sabar,tak lama lagi semua tu akan kita rasai.




Masalah Broadband Overlimit[pengguna Windows7]



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

dah terlebih limit bagi penggunaan broadband memang sesuatu yang menyakitkan.nak main games,sure tak leh.Bagi blogger,lagilah amat menyakitkan hati bila nak berBW kan?.Nanti keluarlah segala ayat-ayat kurang jelas didengar.So,hari ini,kita belajar macam mana nak maintainkan kelajuan broadband kamu.Tutorial neyh untuk pengguna Windows7 yer.Bagi pengguna Windows XP,boleh rujuk entry terdahulu.|berukband I OVER limit???|





(1)tekan button START
(2) then dalam ruangan search tu,taip CMD
nanti akan keluar macam ini:....


selepas tu,korang taip ipconfig/all
untuk lebih jelas,tengok gambar dibawah.


then,cari I Pv4 Address.
contoh kat bawah neyh.


lepas tu,scroll kebawah sampai korang jumpa
C:\Users\Win7>
korang tambah ini pula selepas itu
ping<jarakkan>I Pv4 Address tadi<jarakkan>-t
contoh dekat bawah ini:


nampak tak kat situ ada tulis
"Pinging 10.161.202.3 -t"
then,keluar pula macam kat bawah tu,maknanya kamu sudah berjaya.
benda neyh biarkan je selama kamu online.Kamu boleh minimize,jangan tekan X tue.




Tutorial ini I buat sendiri yer.kalau nak COPY please BAGI KREDIT balik dekat sini.Penat buat,heho.Ne pun setelah pinjam lappy adik.Lappy I masih menggunakan windows XP.Kalau takdapat,tanya I dekat FB terus.Dan semoga korang berjaya. :)

UPDATE:
I buat tutor neyh guna lappy adik.Acer Aspire 4250,windows7.So,kalau takdapat,HARAP MAAF.I takleh tolong.UNLESS I got same lappy(same as u) with me,I will.SO,hopefully U can do this..BTW,if I can solve ur problem,I'll UPDATE LATER. :)


Blog & FB Viruses


^_ASSALAMMUALAIKUM_^



nak proceed tak bila nampak WARNING camtu?.

ne bila mood BW suda mari,blog sunyi tanpa entry.Nak membalas kunjungan blogger yang datang ke blog ini,tapi apa yang terjadi?..seperti diatas.

kalau tak tahu,itu WARNING blog kamu mungkin ada virus.tengok kat atas tu ada malware.agak bahaya juga tue....tak pasal-pasal lappy I kena serangan virus lagi,then lappy kena format lagi,than encik amir membebel tak pasal-pasal.tak suka =.="

sekarang ne virus sana-sini,I cakap bukan ikut sedap mulut je.Ini betul...ingat fenomena virus FB "wanna laugh"..ingat dah berakhir.Rupanya tidak...Minggu lalu,dapat chat dari seorang teman blogger dekat FB,dia say "hi".Kebetulan lak masa tu,I AFK(away from keyboard),so tak dapat balas chat dengan segera.Just send her msg je.Tak lama dia balas "eh,bukan I yang hantar tu,tu virus".Nasib dia inform,kalau tak,sah sah lappy ne kena masuk bengkel encik amir sekali lagi.

Lepas tu kazen I pula dah ajak chat tulis "hi",dalam hati terus cakap,"apa kena kazen aku ne tetiba baik say hi"....sebab I tahu takkan nyer la kazen-kazen dan kawan-kawan I cakap bagus camtu dengan I.Paling tidak mesti dorang cakap "ecaaa..........".tau sangat kawan-kawan and sedara-mara I.

eh eh,melalut lak I cakap kan.Sebenarnya I nak cakap pasal VIRUS dah.heho.So,beware dengan Blog & Facebook Viruses,jangan masuk website yang dah contain segala macam sedara virus.tekan button X terus.Then,jangan lupa update antivirus korang,I cadangkan guna Kapersky mahupun Avast,bagi pengguna Avira,,bukan tak bagus,just ada sesetengah virus dia tak detect dan kadang-kadang kita ingat dia dah bersihkan virus tu,sebenarnya tidak dan virus semakin bertambah.SO,ingat tu,antivirus kena update dan sentiasa SCAN ur lappy.Jangan jadikan lappy tempat segala virus membiak dengan jayanya :)

Kalau kamu rasa blog kamu ada potensi diserang segala macam malware,cuba cek dekat sini.|online link scan|..dan jika ada malware dalam blog,cuba tengok cara mengatasinya di blog bro aried neyh.|www.ar-rifke.com|.

*blog I selamat,jangan risau dan datanglah SELALU*





Isu follow-memfollow


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

sebenarnya dah lama nak buat entry pasal isu neyh,tapi takut nanti kena meriam buluh dari others blogger.Cuma,I harap ada diantara kita membuka sedikit minda berkenaan isu ini.

*entry MAYBE mengandungi ayat-ayat kurang enak*

Isu #1.
I follow U.....
LOL,apa lah ertinya bila korang jerit kat shoutbox tu.."hye,i follow u tau".Bagi I,macam takde erti je lah.Bukan bermaksud tidak menghargai followers,tanpa followers takde la semangat kita untuk terus menghasilkan lebih banyak entry.Tapi,ayat camtu yang tertulis dekat ruangan shoutbox,bagi I macam tak ikhlas lah.Kita kalau nak follow,biar follow dengan ikhlas.Biarpun blogger tu tak terkenal,bukan #retis,takde follower ribu-riban,tapi entry BAIK PUNYA,infomasi BAIK PUNYA.....tak salah kita follow tuk kebaikan bersama.

Isu #2.
I follow U,U follow BALIK TAU!. 
hah,yang ini buat I sentap deiii...I balik-balik dapat jejak cam ne dekat shoutbox,dekat group blogger.Dalam hati I tanya,"I tak paksa U follow I puwn,janganlah suh I follow U balik"...I rasa bukan I seorang je kena cam tu kan?..Bukan bermaksud I dapat jejak macam tu I ignore je..no no no.at least,I pergi blog dia,balas jejak "eca balas kunjungan"....kalau I rasa blog dia BEST dan BAIK PUNYA,sure la I FOLLOW balik kan.Kalau blog cam Terok Ayeem Ayam neyh,...tu hah button X tu,macam panggil-panngil I je suh picit dia sambil cakap cam ne.."eca,tekanlah aku,tekanlah aku,aku tak sanggup berada lama di muka lappy mu ini".

Isu #3.
Follow tapi ???....
ne yang buat I benggang sangat...,dapat jejak "follow U" tapi bilangan followers dekat blog ne statik cam tu je.Eh,kata ada orang FOLLOW.follow privately ke?...tapi kalau in private kenapa nak inform lak,camne I nak terjah dia balik.Lepas tu,cek followers balik.Takde pun muka dia situ..So,apa erti memfollow camtue?.cuba habaq sikit kat I.

okelah,setakat tiga(3) isu yang I nak tampilkan.Semoga minda kita semua terbuka.Eh eh eh,I tulis isu ne bukan bermaksud I tak FOLLOW bloggers yang datang blog ini oke.Ada yang I bookmark blog dia,ada yang I masukkan kedalam bloglist.Bloglist tu bukan I biarkan macam tu je,selalu kalau I nak blogwalking ke,blogjogging ke...bloglist tu 1st refference I yerr.

oke,cuba korang tengok gambar dibawah ini dan beri pandangan diruangan komen pula.

* jumpa ini masa tengah blogwalking sahur pagi tadi*.

I tak kisah kalau ada yang UNFOLLOW I lepas neyh,sebab I tahu kenyataan I amat menyakitkan hati,I tak kisah kalau ada yang UNFRIEND dengan I dekat FB,sebab I tahu some of the bloggers suka duk tulis dekat FB "follow me back...follow me tau".I tak kisah kalau I kena hentam habis sebab pernyataan ini.I follow others blogger dengan ikhlas.bukan paksa-paksa.tak masyuk pahala,apatah lagi dibulan mulia ini :)


keterujaan mendapat bonus.[part 2]


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*kesinambungan dari entry ini*

dengan perasaan kecewa tu,jalan-jalan survey lagi.tapi langsung takde yang  berminat ooo.I masuk butik LATINA,tapi takde satu pun dapat menggoda I,,see,even mahal tapi takde yang berkenan takde guna juga kan?..Lagipun,I fikir,barang branded ne tak sesuai dengan I yang masih bergelar student neyh.Biarlah beli kat pasar malam,tapi kalau lawa,sesuai citarasa,senang dan selesa digunakan,itu lebih baik kan?!.betul ke tidak?.

aktiviti shopping pun diteruskan lagi ke sebuah lagi shopping mall.Time ne I minta duit dari mama,tuk bayar broadband je eh,tapi time nak gi bayar broadband tu yang payah betul!.sebab line celcom tak bagus.nak gi celcom centre malas lak.So,jenjalan je buat sakit kaki kat situ.Then,ada lak promotion celcom broadband.Adik I apa lagi,siap angkut sebiji weei,habis kopak duit I eh eh,duit yang mama bagi I.bradband I tka bayar lagi,dia dah beli satu broadband baru,takpe sabar eca sabar....orang sabar disayangi Allah.Nanti bila tak dapat online,amik je broadband dia.heho :)

tengah adik pompuan  I deal nak beli broadband tu,I pun amik masa tuk cuci mata tengok kasut.sekali bukan cuci je.siap angkut bawa balik rumah.harga sandal tu takkisahlah,yang penting sandal tu selesa dipakai kan?!.hehe.then,misi balik ruma dekat KB.petang sangat,takut juga berbuka tengah jalan.So,singgah kejap di Tuaran tuk berbuka.Sampai ruma lebih kurang jam8 lebih dah.Lepas mandi,terus tidur eh..ngantuk sangat-sangat.

eh eh,kisah mama dengan bonusnya tak berakhir lagi.Rupa-rupanya mama da amik pakej astro b.yond.cehh,,siap dengan TV LG 42"....errrrr,ingatkan mama main-main bila cakap nak beli sume tue.rupa-rupanya....nak halang mama beli sume tue?..er,tak mampu,sebab tu duit beliau.yang penting,duit belanja I ada..tak lama lagi nak masuk sem  baru.lagi tiga minngu je lagi.Lepas ne takde la mama berebut nak tengok sinetron dengan adik-adik.boleh rakam  la.tengok ulang-ulang pun takde HAL la..I je la gigit jari tak merasa semua tue....wakakakaka.


mama dengan duit bonus yang dihabiskan membeli barang-barang tuk kegunaan bersama.mestilah I sebagai anak yang mithali(ooo,amat berharap mama baca neyh.uweekk),,sebagai anak terima je la apa yang mama dah beli,boleh tumpang sekaki juga kan?!.hehehe.

korang pula camna?..apa ceta bonus korang,ke bonus parents korang,ke bonus laki korang...ke sesapa je punya bonus?..jom kongsi dekat ruangan komen yer....


keterujaan mendapat bonus.[part 1]


^_ASSALAMMUALAIKUM_^


bagi yang dah bekerja,mesti happy dengan bonus gaji yang diberikan oleh kerajaan kan.Apa tidaknya,bonus separuh gaji pokok.I pun pena alami perasaan tu,tahun 2008 saat bergelar GSTT(guru sandaran tidak terlatih).Eh eh,I tahu la pasal bonus tu,sebab I yang cek mama nye slip gaji melalu e-gaji.

dah dapat duit bonus tu,u'll wat pe pulak?..ini kisah mama I oke,kisah mama dengan duit bonusnya.heho.mama keja nurse.paam2 je la gaji nurse.basic je dah berapa kan...,I tahu la sebab mama keja nurse,kaklong pun keja nurse,bakal-kakak-ipar pun keja nurse,eh bakal-nurse..tak habis study lagi.I seorang je tak involve,sebab I nak jadi cikgu...

mama dan bonusnya..shopping sakan,yang beruntung,anak-anaknyer...yela,mama shopping angkut sekali anak-anak.save sikit duit I,eh duit I eh,dari mama juga kan?.^-^.eh,I pun kerja sambilan juga la tuk dapat duit.Ingat yang I cakap ada RM100 tak tahu nak buat apa tue?.duit tu hasil I kerja la.kerjanye nak kata senang tak juga,sebab kerjanya sediakan makanan tuk 150orang students masa majlis solat hajat kat uni.

berbalik kepada mama.Hari tu,shopping,eh beli barang...I dah set,kalau ada kasut ke,baju ke,beg ke yang sesuai dengan duit I dalam purse tu,ingat nak angkut la.Then,time adik lelaki I kata nak beli kasut,I puwn tumpang sekaki cari kasut/sandal..tapi satu pun takde yang menarik minat I.

Then,mama lalu kedai jual laptop.Terus masuk tengok...."dek,tengok mana yang bagus"..err,mama nak beli laptop,ingat hari tu dia gurau je.siap suh I deal dengan orang kedai tu lagi.sementara tunggu lappy tu siap format dan install segala macam software yang patut,kami pun apa lagi,teruskan misi bershopping.Dari satu kedai,ke satu kedai.Even bulan pose,semangat tu jelas ternampak.Then,masuklah satu kedai jual beg neyh.1st impression I,."mesti mahal neyh".Dah namanya musim perayaan kan,SALE berlambak sana-sini.Apalagi,bila nampak mama STAY je dekat kedai tu,I pun join leh tengok-tengok,manatau sangkut sebiji dua beg.tengok-nye-tengok,tersangkutlah dekat satu beg ne.kaler putih,design menarik.tak besar sangat tapi rasanya boleh masukkan notes I,sesuai nak gi kolej gitu..TAPI,sayangnya beg tu comot sikit.ada kesan kotor.I cuba tanya kalau ada stok lain,tapi pekerja kat situ cakap takde.punah harapan I nak dapat beg tu.Mama suh tengok beg lain,tapi takde satu pun yang I rasa LAWA macam beg tadi.

eh eh eh,nanti I sambung lagi  ke part 2 yer.macam tak syok lak entry pancang-panjang ne.ini bukan karangan SPM 350patah perkataan.hikhikhik =.="

Tutorial |Mencipta/membuat Watermark|



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Dah wat tutorial tuk letakkan watermark,sekarang kita belajar pula buat watermark sendiri eh.Tapi sebelum tu,korang kena ada PHOTOSHOP,tak kiralah cs3 ke cs4 ke cs5.yang penting PHOTOSHOP sebab tutor neyh I gunakan photoshop.Dah buka photoshop kamu?.jom kita mulakan tutorial ini.

.buka photoshop.
cari FILE --> NEW.
letakkan width = 350,height = 150.
background = TRANSPARENT.

.sekarang,kita masukkan TEXT.
.cuba tengok gambar diatas tue,I dah letakkan button yang korang kena tekan tuk tukar sume TEXT.
.dari FONT,kaler,mahupun saiz.

.sekarang kita da tulis nama kan?.
.nak masukkan gambar/text yang lain,buka satu layer baru lagi.
caranya,tekan button new layer.
(dalam kotak yang I dah tandakan)

kalau nak masukkan gambar kamu,tekan FILE --> OPEN,cari gambar kamu.
bila gambar dah ada,tekan ctrl-x dekat gambar kamu,then gi gambar watermark tu,ctrl-v
takpun,tarik je gambar kamu pegi gambar watermark tu k.
then,pandai-pandailah kamu decorate watermark.ulang je step-step dekat atas tue.
then,dah nak save,pegi
FILE --> Save for Web & Devices
.
.
.
.
.
nak dapatkan watermark dalam transparent,kena tukar bahagian PRESET ke PNG-24
format tuk transparent --> .png
then,SAVE.
pastu,baru letakkan watermark dalam gambar kamu dengan senang hati.
cara letakkan watermark rujuk sini.|letakkan watermark|

Tutorial |Meletakkan Watermark|


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Hari ini,bakal-cikgu-english sekali lagi nak bagi tutorial.Tutorial camna nak letakkan watermark dalam gambar.Apa itu watermark?..Watermark ne kira COP kita.So,dengan adanya watermark dalam gambar,orang lain takleh suka-suki mahu amik gambar kita.takut pula digunakan untuk tujuan yang tidak betul kan.Nak letakkan watermark dalam gambar,kita kena ada software photoscape.|download photoscape dulu|.Dah download,kita buka photoscape.




.buka photoscape-editor-pilih gambar yang kita mahukan untuk diletakkan watermark.


.klik OBJECT(seperti yang telah dibualatkan diatas)

.dari OBJECT,pilih PHOTO(tengok anak panah ditunjukkan)
.sudah pilih PHOTO,cari gambar watermark kamu.
.tekan OK.


.nampak tak ada box pink tu,tulis PHOTO?.
.kat situ ada "opacity",benda ini berfungsi untuk kesamaran watermark kita.
.kalau nak watermark tu nampak agak kabur-kabur,rendahkan je number dekat 'opacity' tu.
.kalau taknak,tak payah tukar.


.akhir sekali SAVE.

.dengan senang hati,UPLOAD gambar dekat blog mahupun facebook.

Tutorial |Meletakkan Banner serta Banner Kod|






^_ASSALAMMUALAIKUM_^

hari ini,nak ajar dua tutorial yang amat berkait-rapat.Macamna kita nak letakkan banner dalam blog serta macam mana kita nak letakkan kodnya pula.So,1st step,korang kena buat ialah:...
Dashboard-Design/Layout-Add a Gadget-Edit HTML/JavaScript.
(biarkan benda ini terbuka,sebab nanti nak masukkan koding dalam tu senang).

Tutorial #1:Meletakkan banner.

bakal-cikgu-english nak ajar camna nak letakkan banner dalam blog kita.Apa yang perlu kita ada,ialah gambar banner kita...Bila dah ada gambar,korang kena cari URL Gambar Banner korang tue?.camna caranya?.

1) Upload ke NewPost Blog 
2) Dah selesai upload,pegi Edit HTML(yang sebelah compose tue eh),cari URL gambar korang.cari src=, selalunya URL gambar ada disitu.Cuba tengok gambar ini:

.yang I dah gariskan tu lah URL gambar kita.

3) Bila da dapat URL gambar kita,sekarang kita main dengan kod pula.

<center><a href="www.ecadwinkyasha.com><img src="http://1.bp.blogspot.com/-MHdGpcKzlb4/Tk1Tv-X0R1I/AAAAAAAAAgc/FJ6rGP5ujzE/s1600/ecabanner.gif" width"100" height"100"/></a><center>

 kaler merah tukar ke URL blog kamu.
 kaler biru tukar ke URL gambar kamu.
 kaler ungu tukar ke tahap kelebaran & ketinggian banner kamu.

4) Kod diatas masukkan kedalam ruangan HTML/Javascript  seperti yang I dah tegaskan kat atas sekali tue.

Tutorial #2.Meletakkan Banner Kod.


Bila dah ada banner dalam blog,nak suh orang ambil kan,baru namanya "exchange banner".hehe.nak letakkan banner kod ini,kita letakkan sekali dalam ruangan HTML/Javascript dengan tutorial diatas tue,I teruskan tutor yer...

5) korang copy kod dibawah ini,dan paste dibawah kod dalam step nombor 3 dalam ruangan HTML/Javascript tadi.
<textarea cols="25" name="Famous Quotes" readonly="readonly" rows="2">Kod Banner</textarea>

6) nampak tak kat kod diatas tu Kod Banner.Kod Banner tu ialah kod dekat step nombor 3.

7) Preview dan Save.

oke,ini I tunjukkan hasilnya yerr....

kod nombor #3 dan kod nombor #5.







.siap dah,kalau rasa-rasa nak amik banner I neyh,amik je lah yer...nanti I amik juga banner korang tue.

Kes Simbah Asid sudah sampai ke Sabah.


^_ASSALAMMUALAIKUM_^


KES SIMBAH ASID SUDAH SAMPAI KE SABAH.
sumber dari sini.

KOTA KINABALU: Seorang gadis melecur pada hampir seluruh wajahnya dan mungkin menghadapi risiko buta akibat disimbah cecair dipercayai mengandungi bahan berbahaya oleh seorang lelaki sejurus turun dari kereta di depan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 2 petang itu, selain cedera pada mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur pada pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair yang dipercayai mengandungi bahan berbahaya.
Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan dan tinggal di Taman Nelly, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian agak bernasib baik kerana bahan berbahaya itu dipercayai sudah dicampur air.
Ketika ditemui di Wad Mata Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini kelmarin, Ling berkata ketika kejadian beliau turun dari kereta untuk ke pejabat syarikat kontraktor bapa saudaranya di tingkat satu dalam bangunan pasar raya berkenaan dan tiba-tiba terdengar seorang lelaki memanggilnya dari belakang.
Sebaik saja mangsa menoleh, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua MyVi memberhentikan keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke muka mangsa.
Sejurus sebelum dibawa masuk ke wad berkenaan, mangsa sempat membuat laporan di pondok polis hospital itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini belum ada sesiapa ditahan.

kes simbah asid kini menjadi modus operandi kepada semua penjenayah diluar sana.Terbaru,di negeri I sendiri,dan lebih mengerunkan bagi I,kejadian ini berlaku tidak jauh dari kawasan rumah sewa I.Selalu limpas/lalu kawasan tu kalau balik kampung,ataupun pegi makan dekat Inanam.Harap-harap penjenayah dapat ditangkap.Kalau ikutkan berita diatas,I rasa penjenayah tu kenal mangsa,kan kan kan?..pendapat korang pula?...


kepuasan bermain


^_ASSALAMMUALAIKUM_^

kepuasan bermain?.
memang puas.mencapai tahap yang diingini,walaupun tersilap langkah,
namun tetap diteruskan.kerana apa yang dicari ialah 
KEPUASAN ketika bermain sehingga memberi impak yang bagus.
tak caya,cuba U main segala coding dekat blog..


hahaha,mesti ada yang dah terkena?.Ingat ini entry lucah ke?!.Bawa-bawalah bertaubat sempena bulan puasa ne...dan banyakkan beribadah...Akhirnya (walaupun masih tak puas)...blog siap diedit..tapi tak siap sepenuhnya.Banyak lagi nak kena buat neyh.Cuma,MASA menjadi kekangan.Neyh kalau diteruskan,ada yang berbuka dengan air putih je.Then,kena marah oleh mama,lepas tu,kena potong duit jajan!.Owhh,itu tak mungkin berlaku,,,nanti takde duit nak pg shopping.>,<"

pengalaman mengedit blog kali ni,betul-betul mencabar tahap kesabaran.So,next time kalau mau edit,SILA BACKUP TEMPLATE TERLEBIH DAHULU.PLEASE DO BACKUP yer cik ecadwinkyasha.JANGAN LUPA =.="

sekarang dah guna pop-up window tuk comment.MESTI KORANG HAPPY kan?!.hehe,I pun happy,sebab U happy.cuma I takhappy bila I nak letakkan icon tuk komen tu tak dapat.dah try macam-macam tutorial,tapi tak jalan.Lupa macam mana buat dulu.takpe eca takpe,nanti cari lagi tutorial tu ek.

PINK+PUTH?!.ya itu masih menjadi pilihan.MASIH dan TETAP.Bukan tidak mahu tukar kepada kaler lain,cuma,sudah begitu selesa dengan pink+putih.Insyaallah,akan ada kaler lain...hehehe

apa lagi eh?!.I pun tak tahu.korang ada apa-apa nak komen?..ruangan komen tunggu tue :)

blog STILL under construction.



selagi benda ne ada kat atas tue...


selagi itu,BLOG masi dalam pembaikpulihan.
T________T"

ingat nak tukar gi design template.
dah tukar,tak backup template lama.
then,godek-godek template baru,ermm >.<"
tapi,end up balik ke Minima Template.
dan sekarang,keliru sendiri dengan kod-kod
.need to refresh.not enough sleep few days.

btw,I would LIKE to share this.
"mencintai sesuatu yang indah,dan dicintai itu lebih indah".
.terima kasih kerana mencintai saya seperti mana saya mencintai kamu.
*apasal jiwang neyh?* T_T"
dan tetiba rasa nak nyanyi lagu ini..

"kita berkenalan hanya dalam laman mukabuku..kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu..ooo".
>,<

jiran barulah...





Ya Allah,hampir lupa nak kenalkan jiran baru dalam blog CDH(cerita dari hati) neyh.Jiran baru neyh,namanya Zaza.comel I cakap kat U.tapi jangan dok pasang angan-angan oke,Zaza ne sudah pun bersuami dan sudah ada anak seorang.Serius I cakap kat u'll,anak beliau cute!.Tengok lah puan zaza dan encik suami tue....




kenapa korang kena-harus-wajib terjah & FOLLOW blog beliau.
1) Blog beliau banyak TIPS.
2) Blog beliau kaler pink,peminat pink,sila-lah tengok yer...
3) Cerita-cerita beliau sangat BEST."sweet je baca blog beliau".
4) Blog beliau puwn banyak informasi...terlalu variety."rugi korang tak terjah dan follow sekali".
5) ...sebab beliau nak buat giveaway/contest tak lama lagi....TUNGGU je tau.


jom terjah blog beliau,tekan banner ini.

ecadwinkyasha's giveaway #Diyana Amalina



walau hati tengah bergelegak dek kerana ini,I teruskan dengan mendesign banner+watermark untuk pemenang GA yang terakhir.Perlu banyak kesabaran juga ne,sebab balik-balik kat rumah ne takde letrik.Nasib baik,I pasang battery laptop,kalau tak,boleh sakit balik lappy neyh eh.Oke,kita teruskan dengan hasill kerja I neyh.

Banner Cik Diyana ne berformat .gif.hah,mesti korang dah tau kan apa tue?..its animation!!!!..again ANIMATION.hehe.nak buat banner cik diyan ne puwn membuatkan I semakin reti mendoodle.sebab its doodle..ne puwn setelah beberapa kali delete-delete-delete.but,practise makes prefect kan?.banner yang ringkas je,sebabnya I telah menghabiskan masa untuk mendoodle dan juga buat animation."sorry dear,takde idea nak bagi gempak sikit.am running of idea".

watermark pula...apa yang boleh I simpulkan ialah BIRU d'Blue.napa I pilih biru?..sebab I tengok kat blog beliau,base kaler adalah biru.Maybe kegemaran beliau kot kan.kita tak tahu.

k,I taknak cakap banyak,kita biarkan banner+watermark ini bersuara :)

#watermark

#banner.ne kalau tak oke,inform k.nanti bagi betul sikit :)

jom kita terjah blog cik diyana secara berjemaah:|Diyana Amalina's Blog|

dah berjaya menyiapkan banner+watermark untuk kelima-lima pemenang GA.Insyaallah,akan memulakan GA lagi..tapi tunggu la ada masa.hehehe.bagi rehat dulu otak neyh eh.Sekarang nak fokus dengan contest,asyik duk delay-delay je..kali ne sure akan join..tapi nak edit blog lagi,,hopefully sempat join before its end :)

dislike this



this is what HAPPEN when I try to open my own blog from my own lappy with my own broadband!.



its only the cached links.BUT,I cant see my followers.Sorry for those that following me,I cant still track u back.But,if u leave msg in myshoutbox,I sure track u via ishoutbox.com.It really suck cant see my own blog...but my friends say "ca,boleh tengok ne blog ko".oke,fine..I asked Mr Amiruldin again.."why this is happen?"..and he reply me "its the celcom". >.<"

I.m using celcom broadband.and ya its sometimes make me ANGRY.grrrrrrrr!And u know what,I cant reply comments T____T".Please dont mad to me if I'm not reply ur comments.

I really have no idea what actually happen.Last night when I open,I can still see it.But today,its back again.Hopefully,I everything can back to normal.As my mood on blogging is on the air due to the new DOMAIN,but what happen NOW was make my MOOD down to the earth.

Mari sujud kepadaNya.



Sujud,
Salah satu daripada rukun solat.Ianya adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat (atau satu rukuk) adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka tapak tangan dan jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya (iaitu muka hujung jari-jari kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.

"Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:Aku diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud; diatas dahi dan Nabi menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kakinya."(Hadis Riwayat Bukhari  dan Muslimin)

Sujud dalam solat mampu membantu kita dalam sistem pernafasan.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk,iaitu sujud fizikal iaitu ketika bersolat dan sujud spiritual berbentk ketaatan kita kepada Allah SWT.Sujud mampu melegakan sistem pernafasan serta mengembalikan kedudukan organ-organ dalaman ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud juga boleh:.....
1) Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3) Melegakan sakit hernia atau burut.
4) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5) Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6) Mengurangkan kesakitan bagi pesakit appendiks atau limpa.
7) Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8) Meringankan bahagian pelvis
9) Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10) Menggerakkan otot bahu.dada.leher,perut serta punggung ketika sujud dan bangun daripada sujud.
11) Pergerakan itu menjadikan otot menjadi lebih kuat dan elastik serta memastikan perjalanan darah semakin baik.
12) Mengurangkan kegemukan.
13) Organ terpenting dalam tubuh manusia iaitu otak menerima bekalan darah dan oksigen.
14) Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Kesimpulannya disini,sujud boleh mempengaruhi kesihatan kita.Dengan itu,tidak perlulah kita berfikir untuk melakukan diet yang berterusan yang mungkin akan memberi kesan negatif terhadap tubuh badan kita.Yakinlah dengan melakukan solat serta amal ibadah kepadaNya,kita akan memiliki tubuh yang lebih sihat,hati yang lebih tenang dan peroleh lebih banyak pahala.


Jaga tubuh kita seiring kita menjaga amal ibadah kita :)

peluang kritik blog.



korang mesti suka ne kan....suka nak kritik-kritik blog orang.heho.ne I nak bagi peluang korang KRITIK.tapi bukan kritik blog orang lain oke.korang kena kritik blog ini.sekali lagi,BLOG ini SAHAJA!.dan korang ada masa sehingga petang ini,(sebenarnya I taktahu spacing masa yang sesuai puwn).hahaha...

eh eh eh,tak perlu buat entry bagai nak rak,sebab takkan ada hadiah dan takkan ada pemenang tuk kritik blog ini.I cuma perlukan kamu untuk kritik segala-galanya dekat blog ini.Apa yang perlu ditambah,apa yang perlu dibuang,apa yang perlu I letak,apa yang perlu-perlu-perlu untuk memantapkan blog ini.

Bagilah idea sikit,sebab I dah buntu nak edit blog neyh.sangat-sangat buntu.nak buat ini,macam xkena..nak buat itu lagilah tak kena..OMG,sangat-sangat teruk kan kepala otak I neyh...

korang boleh tolong kan?!..ce tolong dengan kritik blog ini,boleh kan?!.peluang hanya sekali je neyh...orang yang baik,mesti sudi kritik kan...nanti dapat pahala tau.pahala berbuat baik kepada I.hikhikhik.

.saya mencabar anda dengan mengkritik BLOG ini diruangan KOMEN.takyah nak buat entry yer...thanks :)

ANNOUNCEMENT #www.ecadwinkyasha.com new link.



english version.
for those who put my link on your bloglist,please do change it to www.ecadwinkyasha.com.Otherwise,you'll will never see any update from me.Your cooperation are needed.thanks :)

versi bahasa melayu.
kepada sesiapa yang meletakkan link blog saya,sila tukarkannya kepada www.ecadwinkyasha.com.Jika anda tidak melakukan hal demikian,anda tidak akan dapat melihat 'update' dari saya.Kerjasama anda amat diperlukan.Terima kasih.

google translate tiada kena-mengena dalam hal ini :P

DOMAIN sendiri....




ada DOMAIN sendiri baru puas hati?.sapa setuju tekan LIKE!.hikhikhik.oke,kali ini nak ceta pasal DOMAIN.korang tahu ke tidak apa tu DOMAIN.DOMAIN ne kiranya alamat website/blog kita.Dulu kan url blog neyh : ecadwinkyasha.blogspot.com.Tapi sekarang ne dah tukar ke www.ecadwinkyasha.com.Actually bukan setakat [dot]com sahaja,ada banyak lagi pilihan..antaranya [dot]my,[dot]net,[dot]org dan lain-lain.

Kelebihan bila ada DOMAIN sendiri?Cara untuk memilih DOMAIN?.korang baca kat sini.|mejuez.com|.Entry beliau ne lah sebenarnya penguat semangat I tuk terus beli DOMAIN neyh.Then,di entry beliau ne jugalah,I jumpa pihak yang terlibat dalam urusan jual-beli serta melayan karenah-karenah I.heho.

Beli kat mana?
...kat sini: ihosterZ.com.Actually before baca entry encik Mejuez tu I da jumpa ihosterZ tu,cuma tak berapa nak yakin lagi.Nak tahu,kenapa I memilih ihosterZ ne?..salah satu sebabnya,mereka jual DOMAIN dari harga serendah RM27 tau..dan untuk DOMAIN I ne,harganya RM29.tak ke murah tue bagi student macam I neyh?..( dushh lupa lak tanya dia tadi,kot-kot kalau I tunjuk matrixcard ada gi student price :P ).Then,yang bestnya lagi korang boleh beramah mesra eh eh eh,silap korang boleh terus hubungi pihak ihosterZ ne melalui FBfanpage mereka disini.|ihosterZ.com fanpage| dan untuk boleh juga mengurat admin ihosterZ melalui FB beliau|Amiruldin Zulkifli|.I tak tipu neyh oke,,ini bukan MLM.Ini betul-betul,servis dorang memang best.I tanya macam-macam kat dorang,dorang reply (even kadang-kadang apa yang I tanya tu nonsense.wakakaka)

so,apa tunggu lagi,cek ur wallet?.pegi ihosterZ.com.register.order.gi Maybank/CIMB terdekat..takpun guna je mayban2u/cimbcliks...............then YOU'LL BE HAPPY AND ENJOY BLOGGING.-please do trust me-.hehehe :)


kenapa I pilih ecadwinkyasha.com?
Sebabnya I suka dikenali dengan nama tu ECA DWINKY ASHA.
Even kat FB dan others social network pun,I gunakan nama tu
(u can start googling the name,and U'll see me)

 .lepas ne nak siapkan watermark+banner tuk pemenang GA yang terakhir then mulakan edit blog sendiri :)

on set...GO!.



korang boleh tak,tengok kat bahagian address tab tue...er tolong sebut kuat-kuat boleh.
.
.
.
.
.
.
www.ecadwinkyasha.com
.
.
.
.
.www.ecadwinkyasha.com

nampak dengan jelas tak?!.
sekali lagi
.
.
.
.
www.ecadwinkyasha.com

haha,ada baca tak entry waktu subuh tadi?.
sahur sahur sahur

kat situ,I ada state yang I nak ke bank kan?!.
ATAS URUSAN RASMI BLOG.
cehhh,ngada tul bakal-cigu-inggeris neyh!.
actually gi bank sebab nak bank-in duit la,takkan nak beli makanan,tu kat bazaar belakang bank yer.
I gi bank duit tuk bayar baju kelas I lahhh,lupa nak bayar before cuti sem tu.
then,I bank-on duit tuk BELI DOMAIN neyh hah..

www.ecadwinkyasha.com


cun tak?cakap CUN arh,I sayang u'll.tambah-tambah semangat nak buat GA lagi :P
lepas neyh,I akan update "dimana,bagaimana,kenapa,bila,siapa" untuk urusan pembelian domain neyh.
I cakap dekat LU,TERBAIK ooo.
tak tipu,dan I harap kekalkan prestasi dimasa akan datang. :)

oke,till then. :)

p/s: blog betul-betul akan kucar-kacir dua tiga hari neyh,nak tahu kenapa?..TENGOK HEADER!

tolong LIKE gambar ini (re-post)




heho,salam Ramadhan hari yang ke-15 kan.Semoga segala amal baik kita dibulan mulia neyh diberkati dan dipergandakan pahalanya.Amin.eh eh,korang.boleh buat baik dengan I tak?!.Please.........nak minta tolong korang LIKE gambar neyh kat FB.please eh...ikut cara neyh:....

Step 1: 
LIKE fanpage neyh dulu.


Blog Coretan "Long Haffiz" Perantau


Step 2:
LIKE dekat gambar anaksedara I yang I snap neyh.


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150230336509609&amp;set=o.103072749737749&amp;type=1&amp;theater&amp;pid=6847907&amp;id=566029608

 ini balqis.she's 4years old.
gambar ne snap masa kawen kazen I bulan June lalu.please,,I need ur LIKE on FB :)

*semoga segala jasa baik kalian diberi keberkatan daripadaNYa*
thanks~

ecadwinkyasha's giveaway @Azatie



selamat selamat selamat akhirnya menyiapkan watermark+banner tuk pemenang GA seterusnya.Setelah penat memerah otak tuk design seterusnya,akhirnya berjaya juga siap.

Pemenang seterusnya ne bernama Azatie a.k.a k.Atie.Beliau ne mempunyai dua orang anak.tapi sayangnya,tak pula nampak muka beliau sebab dekat blog pun takde.So,memang agak payah lah nak design,sebab pemenang-pemenang sebelumnya,sume ada gambar kan.Then Kak Atie ne pula kata buat je yang boleh...dan beliau juga minta agar banner tu ada bunga ros biru.|niche blog beliau maybe kan?!|

k,lah tak cakap banyak (sebab I sebenarnya dah ngantuk yang teramat..hehehehe)..kita tengok je k :)

#watermark.

#banner.

.agak-agak menepati citarasa akak tu ke?.heho.
jom terjah blog beliau pula..


p/s: sapa tahu camna nak tukar ke pop-up window tuk comment tu?.I sekarang guna new dashboard tu..tak jumpa pula comment placement :(

sahur sahur sahur:)




jom bersahur kalian.
waktu imsak bagi kawasan Kudat,Sabah tak lama je lagi.
tempat korang pula?!....

BTW,today will be busy day for me.
laundry kena siapkan.(dua bakul tue!.nasib ada washer machine).
then,nak gi bank.Urusan-urusan rasmi blog.
eh eh eh,apa ka tu?!...
korang tunggu je ANNOUNCEMENT dari I oke.
[rasa cam nak buat pengumuman raya pulak dah!].

then,teman adik lelaki pegi bergambar pasport pulak.
dia nak join football tournament after UPSR ke bila tu,I tak ingat dah.
tu yang nak ada gambar pasport untuk urusan pendaftaran.

then,jalan-jalan-cari-makanan kat bazaar ramadhan.
.nak makan martabak arh,kena cari neyh!....


psttt..nak edit blog dalam minggu neyh.
korang rasa mana oke antara pilihan ne:..

1) pink dengan putih 
2) pink dengan hitam
3) pink.
4) any suggestion?!..hehehe

p.s: takde ke yang nak belanja I berbuka hari ne ke esok ke lusa ke?..hehehe

Ben ajak teka lagi.....






tetiba rasa nak join,kita join eh.

.klik kalau nak join.


jawapan eca:.... Satu Rasa Dua Hati.tulisan Pahrol Mohd Juoi.

*men teka je neyh...hikhikhik.*

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?




.klik tuk join.


.Blog neyh ntah best ntah tak?.
.cuba korang nilaikan..... :)


#selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa kalian :)